Thursday, December 23, 2010

Nak cari kerja terjumpa IT AIMAN

Aku sedang mencari kerja, terketaq-ketaq lutut aku ni nak cari kerja, semangat tinggi sungguh.

Cari punya cari, terserempak dengan Blog Dunia IT Aiman, dengan taglinenya, "Laman dunia it aiman, pusat segala informasi tentang komputer dan it".

Dia ni telah mengiklankan untuk mencari seorang volunteer untuk menulis blog secara sambilan di dunia IT Aiman untuk membantu dia dalam menguruskan blog ITnya.

Nak jadi volunteer memang boleh tapi aku mencari kerja bergaji buat masa ni; belum mampu lagi nak bervolunteer, ya dik Aiman... what to do, ayam tak patuk itik tak sudu - maksu ni adalah mata duitan gitu ;p

TAPI BIARLAH, itu kehidupan aku, itu masalah aku. Jadi sekarang ni memandangkan aku dah jadi kenalan kepada adik Aiman tanpa mengira perbezaan usia, aku nak perkenalkan satu lagi blognya, iaitu Blog Kehidupan Aiman.

Selamat berkunjunganlah ke blog-blognya, dan mari kita meriahkan, mari beri semangat kepada blogger remaja, tahun depan dia akan naik ke Form 3. Selamat Berjaya buat adik Aiman.

Oh ya, untuk sesiapa yang mahu membantu dia menguruskan Blog ITnya sebagai penulis volunteer, sila baca dengan teliti:

Kami Perlukan Seorang Penulis Blog Untuk Meringankan Beban .
Syarat - Syarat Untuk Seorang Penulis Blog :--
1) Jangan Meniru Atau Mencopy Artikel Orang Lain Daripada Blog Yang Lain
2) Jangan Membuat Post Tentang Bahan-Bahan Lucah Dan Yang Tak Sesuai Bagi Budak-Budak
3) Jangan Membuat Post Tentang Sebuah Game Torrent Atau Software Yang Mengandungi Malware Atau Spyware
4) Jangan Membuat Post Tentang Kelemahan Blog Ini

Sekiranya Terlanggar Peraturan Atau Syarat-Syarat Di Atas,
Akan Dikenakan Tindakan Seperti Berikut :--
A) Akan Dibuang Jawatan Sebagai Penulis Blog
Dan Sebagainya.

Sekiranya Anda Berminat Menjadi Sebagai Penulis Blog, Sila Email Ke it.aiman2009@gmail.com

Okeylah adik Aiman, selamat berjaya sebagai blogger remaja, berikan tawarkan kebaikan kepada dunia, terutama di bidang IT dan selamat berjaya dalam PMR, SPM, STPM, apa-apa M lah.... M - menjadi yang terbaik, bukan....

m - malas.

Good luck!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

5 comments:

cikceriacorner said...

ehheheh..good luck adik aiman..
tp sy pon ada sedikit M...mcm mana tu..heheh

kella said...

hehe.. M yang itu memang takleh nak buang.. selalu ado jo... heheh...

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

M itulah yang ada pada kakak dlm hal nak menulis dlm blog.

Bijak Aiman hingga offer blogger tulis dlm blog dia.

Mak Su said...

cikceria, kella, k.zakie - heh heh, aiman tak kesah [eh, aku pulak tolong jawabkan]

Pentadbir Dunia IT Aiman said...

Salam,

Sy Aiman Dari Laman Dunia IT Aiman Ingin Berterima Kasih Kpd Semua Yg Melawat My Blog Dan Menkomen Post Pasal My Blog....