Wednesday, December 29, 2010

Menyeru

Sepasang suami-isteri, rakan kepada paksu chot baru balik dari mengerjakan haji, mereka sebelum ni pernah buat umrah, jadi kesesakan di musim haji tidaklah menjadi kehairanan sangat. Namun tetap jadi ketawa mendengarkan cerita-cerita mereka tika di tanah haram yang terpelihara itu. Antara cerita-cerita mereka:

- yang lelaki tu terpaksa sembahyang jumaat di tepi tangga bergerak kerana terlewat keluar ke tempat solat, i.e pukul 10.30am. Kalau nak duduk di depan sikit, kena berada di kawasan solat sejak pagi-pagi buta lagi.

- yang perempuan pernah terpaksa solat duduk di atas tangga kerana sempit ruang juga

- mereka pernah solat di laluan saie menghala ke bawah bukit, bayangkan macamana nak handle anggota kaki ketika rukuk dan sujud [itu yang jadi gelak tu]

- tengok orang berebut tempat duduk macam budak2 dan hampir bertumbuk [seriau dibuatnya]

- melihat orang solat dalam keadaan marah kerana tak dapat tempat duduk [takut mendengar ceritanya walaupun masa tu tergelak sakan, siap dah beri salam, hamba Allah yang marah itu sambung lagi marahnya]

- bertawaf tapi terpaksa buat semula kerana kena himpit dan badan terpusing-pusing 360 darjah ikut arus manusia.

- tengok orang baling bukan saja 7 biji batu tapi juga selipar kasut payung dan segenggam lagi batu-batuan [yang ini dah biasa dah diceritakan oleh arwah emak]

- dapat solat di raudhah dengan mudah kerana sudah memohon kepada Allah Taala

- diajak bershopping

dan macam-macam lagilah.

Terimakasih abang On kerana menyeru maksu dan paksu chot, insyallah, kami memohon dimurahkan rezeki agar dapat pula mengerjakan haji [menunaikan rukun Islam ke 5].

Terimakasih azzey, atas kesudian following blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

cikceriacorner said...

amin..insyaallah mak su dan pak su chot..saya doakan..:)

[-suziey-] said...

insyaAllah akn tiba masa maksu dan paksu chot.. :) mcm2 dugaan yek..

PinQib said...

yuhuu. teringin nak gi mekah bawak parents
Bom ATOM| |BANANA obsessed! |

Mak Su said...

:D

wahida said...

insyaallah, kita dpt jugak ke sana satu hari nnt...sama2 lah berdoa...

Pistachio said...

insyaAllah... bila sampai seru, ada rezeki untuk maksu ke sana..

Mak Su said...

tq wahida, pistachio

pistachio, tq for following :)

relevan said...

Malaysia boleh malam ni Mok Su..!

MOKCIK AZWA said...

maksu...ada kawan mokcik kata..bila org ke Mekah pesan supaya dia seru nama kita depan Kaabah..insyaAllah cepatlah seru kita ke sana...tak tahu la betul ker tak, tapi itulah terjadi kat dia [semua org yang dia jumpa dia pesan seru nama dia dpn Kaabah. tak lama lepas tu dia dpt ke Mekah, guna pakej tapi puas hati sebab katanya ntah kenapa hati dia dah tak sabar2 nak ke sana]

artisticklytouch said...

InsyaAllah

gadisBunga said...

insyaAllah...tak lama lagi dapat la pegi tuu... :D

kak Erna said...

mak su..memang seronok kan,,cerita2 orang balik dari menunaikan ibadah haji ni..

shasha said...

aminnnn

Tie said...

Insyaallah, ada rezeki sampailah sana..

Tihara said...

Indah nya..kalau dapat ke sana..Semuga sampai lah seruan HJ ke sana..Insya Allah