Wednesday, December 15, 2010

Menaipngut 1, 2, 3

1) [menaipngut - menaip sambil bersungut sebab tak puashati dalam kehidupan] [har har har]
[bukan menaip dengan sesungut, ya]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2) Pada hujung minggu ni, hubby kata dia akan mula pasang tiles di kabinet dapur jiran tu. Ceritanya ada di * sini *

Masalah kami adalah ini boleh dikatakan first serious job yang hubby ambil di bahagian kerja kontraktor/renovation ni. Sebelum ni ada juga,
* buat dapur, buat dapur sebiji tau - di 2 buah rumah
* buat garage
* buat lantai untuk halaman rumah teres
* bubuh atap di rumah flat ground floor

upah yang didapat cumalah, sebekas kedap udara kerepek & kuih raya, baju-baju lama yang tuan rumah dah tak muat [kira sedekah kat aku dan anak-anak aku katanya - tapi satu pun kita tak pakai sebab bukan saiz wealls at all], RM35.00, RM100.00, RM50.00.

Mengenai upah RM50.00; adalah untuk renovate kabinet lama dapur dengan menukarkan tiles lama ke tiles baru - buat lepas kerja, hubby balik lewat banyak hari.

Jadi di blog, aku tak tahu samada nak cakap aku bangga or kecewa dengan suami aku sendiri memandangkan hasil kerjatangannya tidak pun mendatangkan hasil TAPI aku tak boleh cakap apa-apa tau kerana dia buat kerana suka, daN NAK tolong kawan. Tapi cuba awak fikir, kalau ada duit untuk supping raya, untuk jenjalan vacation ke sana ke sini 4 hari 3 malam, dengan suami aku engkau kasi upah RM35.00, RM50.00 - berbaloikah? Aku tak boleh cakap apa, takut berdosa ambil tahu, campurtangan dalam urusan suami. Kaedahnya......... kan...... [?]

Yeah, so annoyed......

Okey, berbalik kepada perihal sekarang ini, orang tu sekarang bukan saja suruh buat kabinet dapur, suruh pecahkan belakang untuk extend dapur, suruh bubuh simen dan atap di halaman berumput, so berapa kami nak ambil? Kami baru ambil RM600 sahaja untuk beli barang plus upah untuk buatkan kabinet dapur. Kalau tambah kerja, takkan cukup dengan RM600 jer [?]

............... susah, susah ........

Anyway, hubby akan minta tambahan duit juga nanti. Aku pesan kat hubby, kita kenal jiran, kita tahu latarbelakang kewangan dia sikit2 macamana, biar berbaloi tapi jangan melampau, buat macam-macam, tapi dapat upah cuma RM35.00..... eeiiii? apakah...? manalah letak pemikiran diaorang ??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3) Mengenai baju sedekah, kena cakap juga ni, it's ok nak sedekah kat orang susah [kami memang kategori orang sederhana tahap susah - yuran sekolah anak biasanya tidak dapat tidak mampu nak dibayar cepat hinggakan anak-anak kena perli ngan cikgu; sebab dua2 kami gaji kecik, susah nak adjust sana adjust sini] [tak malu pun nak mengaku, mula-mula dulu malu juga, tapi pedulik hapa aku, it's my life, afterall], tapi kalau baju tu saiz tak sama, how to take? anak-anak aku saiz xs. aku pula saix xl. baju yang didapat adalah bersaiz xxxxl.

we simply cannot

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

nabilah_2908 said...

jiran maksu tu dah mengmbil kesempatan atas kebaikkan hubby maksu..tak patut la macam tu.. ;(

jom ke APA KATA HATI pulak,
S.I.B.U.K

Marina Monroe said...

Mak su, jgn sesekali jadi kaldai dan jadi unta. Sayangkan diri dan harga diri. Dapat upah macam tuh tak berbaloi langsung, kalau sakit2 badan gi urut pun upah nya lebih mahal dari itu. Begitu juga duit klinik.
Memang betul elok berunding dgn suami, ambil upah RM100 sehari, sampai kerja siap. Kita bukan jenis curi tulang..
Orang sekarang hanya mementing diri dan ambil peluang..
Sian suami mak su di pergunakan begitu.
Maaf mak su, saya marah betul dengan jiran maksu tuh..

Oasis said...

Hayyooo...tak kan la seciput tu je upah? Biar betul...?

Me, Myself and I said...

MakSu...upah baiki paip bocor pun kosnya RM200.00 tau. Dari pengalaman saya la...kalau kerja-kerja renovation macam ni upahnya mengikut kos barangan yang dibeli. Contohnya kalau harga barang RM1000.00...upahnya RM1000.00 jugak. Pesan dengan hubby MakSu tu..kalau nak berbudi pun biarlah berpada-pada. Tak guna berbudi kalau orang tak tau berbahasa.

PuteriKureKure said...

teruknya jiran maksu tu. tak berbaloi la maksu. slalunya org bayar upah sama harga dgn harga bahan. dapat rm35 apa ke heynya yeop???!!!!!!!!!

haihh..geramnyaaaa!!!!!!!!!!!

♥ manje ♥ said...

tak berbaloi buat kerja dengan upah mcmtu... ~

ct rahani said...

mmg x patut la maksu.. x berbaloi ngan keje yg dibuat.. kdg2 bila terlalu baik org amik kesempatan lak kan..

cikceriacorner said...

maksu..sabau ye..maksu..memang xpatut jiran maksu buat mcm tu..sy sgt xsetuju..ni guna tenaga org tau..penat..cube dia buat sendiri mesti xlarat..xpe maksu..nanti tuhan balas...baru dia tau...

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

OMG!!!!...Mak su...ape ke baik beno Pak Su tu...tk bleh jadi ni...saya buat garaj keta je makan puluh riban....barang + upah...ape ke hel dia nk bg 35.00 ajer....tk leh jadik ni....(emo nehhhh)

julietchun said...

bukan org upah ikut harga brg yg habis ke zaman la ni?

My Special Mall said...

tq semua yg singgah, nabilah, auntie marina, oasis, mymyselfand i, intan, manje, ct rahani, cikceria,Lia, julietchun - errrr, yang upah 35 tu history. for your info, kat jiran ni kita belum ada keberanian nak bukak mulut utk bincang hal fee. yang kasik upah 35, 50, 100, 150 tu adalah kawan-kawan rapat paksu sendiri.

saya sendiri pun tak puas hati, kononnya mereka susah, tp bila tgk barang kat rumah dah macam show house aka butik, lagi kata susah.....

PinQib said...

diskus elok elok.....

^^
maksu.. lain kali kalau x ubah lg, lupekannn lagii...

Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

shasha said...

amik kesempatan atas kebaikan namanya nih....tak patut tak patut