Wednesday, December 15, 2010

Left right left right cemerlang

Perkongsian dari ceramah Datuk Dr Fadzilah Kamsah

[tidak ambil nota, berdasarkan ingat-ingat saja] [applicable more to pelajar dan elok juga buat semua, yang ingin merubah diri jadi insan cemerlang] [tambah sikit-sikit ikut suka hati maksu]

Otak terdiri dari 2 bahagian dan orang yang cemerlang guna otak kiri kanan secara seimbang.
- otak kiri kawal anggota kanan, otak kanan kawal anggota kiri
- otak kanan untuk sastera, kreatif, imaginasi, fantasi, rekaan, design, seni, keindahan, thinking out of the box
- otak kiri untuk matematik, logik, realiti, teknikal, sistematik, teratur, rapi

Penggunaan otak kiri dan kanan penting dalam kehidupan seharian sebagaimana burung terbang dengan menggunakan kedua-dua sayapnya untuk mendapat imbangan. Begitu juga dengan manusia.

Perbezaan ketara kelihatan terhadap seseorang individu yang lebih banyak menggunakan sebelah bahagian otaknya sahaja, kiri - contoh: saintis, ahli perniagaan, politik, doktor, designing a pattern for the good of mankind.

Lebih menggunakan otak kanan, contoh: seniman, sasterawan, pelakun, scripwriter [hehehe, please don't take as a scriptwriter, pening], blogger [bolehkah?], pelukis.

Untuk seseorang pelajar menjadi cemerlang dalam usia remaja mereka, mereka digalakkan untuk menggunakan otak kiri dan kanan serentak; latihan yang sesuai adalah dengan cara menggerakkan kedua-dua belah tangan, kaki serentak secara beritma dalam satu masa.

Contoh: main piano, main gitar, main dram, lumba lari, berenang, berbasikal sambil juggling.

In another matter, kita boleh juga bermain sudoku, puzzle, dam, kuiz, teka-teki, responding to tag di blog [bolehkah? hahaha] - sebagai latihan menajamkan pensil otak.

Banyakkan membaca quran, elakkan pikun
baca juga terjemahan, tafsir, dengan tekun :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

ejaMaria said...

dah makin berumur... makin malas la nak 'mengasah' nih... ;p

PinQib said...

hehe.. maksuuuu. lama x menjengokk/ sehat takk??

Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

PinQib said...

hehe.. maksuuuu. lama x menjengokk/ sehat takk??

Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

Oasis said...

otak kanan saya cam tak berfungsi sgt skrg nih.

Mak Su said...

eja, biasa ler tu :)

pinqib, sihat :)

oasis, ler...awat?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GKSB suka main puzzle n word quiz kat fb hehe

Acca Ca Chunk said...

main gitar pun boleh?
smart lah~

Melur Jelita said...

Salam Mak Su jelita,
sangat menarik...suka dengan semua tips yang diberi terutama yang terakhir sekali.

zino said...

banyak ilmu ni..

Mr PenyuBiru said...

betul tu maksu. perkara camni lah yg tgh saya serapkan pada anak²..

sal said...

berziarah pagi..banyak informasi..

Kakzakie said...

Salam Mak su,

budak sekarang exercise dia depan komputer. kurang sangat main lari-lari atau berbasikal. nak kena suruh mereka tukar cara.

bagus N3 mak su nie. kakak dah suruh anak kakak baca.

cikceriacorner said...

salam..mak su..terima kasih..entri ni sgt bagus sekali..terima kasih mak su..:)

mugiwara said...

pikun tu pe?

[teringin nak men drum secara hebat]

@tidh@ti said...

ye la maksu... pikun 2 ape?? sy slalu dgr pakcik sy ckp pikun tp lupa nk tya maksud eh..