Tuesday, December 7, 2010

Kerana Bosan

Sebelum mula, aku nak berterimakasih pada Ayiez_frenz91 atas kesudian follow blog ini.

Jiran kami meminta agar paksu chot tolong buatkan kabinet dapurnya, kabinet konkrit. Dia pernah masuk ke rumah dan melihat kabinet dapur dari bahan konkrit yang paksu chot buat Aku ada letakkan gambar secara terperinci dulu, di template lama.


Malangnya dua orang ini tidak bersemuka, yang menjadi orang tengah adalah anak kami, iaitu si kakngah. Orang tu nak suruh paksu chot buatkan, tapi tak nyatakan bajetnya, tak nyatakan apakah corak gaya kabinet yang diingininya, setelah ditanya oleh kakngah, kalau tak silap katanya bajet Rm600 nak buat kabinet dapur sepanjang 8 kaki, garaj, pecahkan pintu, pecahkan 1 dinding dapur.


Aku dan hubby pandang memandang sajalah, nak letak harga tak pandai sebab hubby bukan tukang buat rumah betul-betul/profesional. Buat sendiri untuk jimatkan kos saja. Buat masa ini, pertanyaan orang tu tinggal senyap kerana kesudahannya dia sendiri kata tak ada duit. Untuk mengatasi bosan, paksu chot membuat sebuah kerusi.






Dak w nak terlena dah.....


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
KERUSI TU NAMPAKNYA OK. MEMANG ADA KEMAHIRAN

PinQib said...

hehe
tomwy la..
serba biru maksu blog ni


Interesting facts about JAPAN!
Main GULI dalam telinga

~ yus ~ said...

Aduh! Biar benar nak buat kabinet dapur 8 kaki bajet 600 hinggit je. Itu agaknya dapat beli simen je tak...:D

CikguZue said...

pandai Paksu...

aliaaroslan said...

kalau saya pandai bertukang, mesti macam2 saya buat nak modify rumah punya perabot dah perkakasan

azieazah said...

Kalu tak mahir, elok dapatkan khidmat si mahir....

shasha said...

pak su chot memang kreatif...

kella said...

bagus kan dapat buat sendiri! dapat jimat kos..
kat umah kita ni pun ada tukang jugak tau maksu..hehhehe..
memang kat umah ni kalau boleh nak 'do it yourself' je.. hehe.. yang mana yang boleh la.. sikit2.. kalo yang besar2 kena serahkan pada yang pakar.. :)

best kerusi tu! :)

fizz said...

paksu memang kreatif la maksu..mmg mcm profesional, memang tak perlu nak keluarkan duit upah orang, sendiri buat je sennag..

PuteriKureKure said...

paksu chot kreatif ye maksu.

rasanya 600 untuk pecahkan dinding dan buat kabinet tak berbaloi la maksu. murah sangat. ntah2 bahan2 pun tak lepas.

LiNda said...

Bolehlah maksu bersantai ngan Paksu kat kerusi tuuuu...

Mak Su said...

DLF, cikguzue, shasha, fizz, linda, sikit2 bolehlh, gitu ajelah, tp mcm2 dia dah buat

pinqib, maksu terai bubuh bekground sendirik

yus, puterikurekure - mmg tak cukup pun, nanti kalu dia tanya again, kitorang akan explain and discuss

aliaroslan, he he he

azieazah, betoi

kella, sapa yg selalu jadi tukang

zino said...

nak tempah satu la.. utk malas2an.. hehe

IMANSHAH said...

Wah dapat suami yang pandai kan..memudahkan dan menjimatkan

ibuintan said...

mak su terima kasih datang dan drop komen,..

boleh buat sendiri dapat juga berjimatkan... ringkas dan kemas

kella said...

maksu.. kat umah tu en suami ler yang suka ngat bertukang tukang ni.. turut mengheret ku sekali untuk bertukang.. seronok pula rasanya, bila sesuatu yang ditukang itu menjadi.. rasa cam puas.. hehe.. :)

Mak Su said...

abg zino, elok bebeno tu :)

imanshah, yeah, thank God

ibuintan, tq sudi dtg pula kat sini :)

kella, wah, handy man husband and wife :)