Friday, December 31, 2010

Imbasan 2010

Banyak yang dilalui sepanjang perjalanan hidup ini. Bukan sahaja di tahun 2010 malah di tahun-tahun sebelumnya. Suka duka silih berganti, senang hati, marah, geram - pelbagai perkara terjadi. Memori di minda yang bakal berusia 42 tahun pada penghujung 2011 ini menyimpan pelbagai kenangan.

Apatah lagi kenangan-kenangan yang berlaku di tahun 2010, yang pahit-pahit dan pahit kebanyakannya. Dari keburukan nasib yang aku dan paksu chot alami berkaitan dengan tempat cari makan kami masing-masing. Berkenaan aku yang kehilangan kakakku, iaitu seorang yang rapat denganku sehinggakan aku berasakan bagaikan si buta kehilangan tongkat ataupun sebagai Kasim Selamat tanpa saxsofonnya.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Dalam pada itu, beberapa kejutan yang menarik juga muncul seperti pertemuan semula dengan rakan-rakan lama di sekolah rendah, menengah dan ipta. Bertemu semula juga dengan bekas bos. Bertambah lagi jaringan rakan-rakan dengan adanya facebook.

Hati yang berbolak-balik antara meneruskan sahaja perjuangan ataupun berpindah arah menyonsang arus dan masih lagi berlaku timbang-menimbang peperangan antara keputusan a ataupun b.

Tersepit antara kemahuan peribadi ataupun kepentingan mereka yang merupakan orang-orang yang penting di dalam hidup.

Kesempitan demi kesempitan dilalui, nadi bagai terhimpit di celah-celah tulang rusuk yang dikecamuk oleh ombak ganas yang bertarung di dalam perut.

Pendekata bolehlah aku katakan bahawa 2010 memberikan banyak sumbangan airmata kepadaku tetapi tidak lagi kedukaan itu mampu mengeringkan perigi airmata kerana itu mungkin juga salah satu terapi yang terbaik selain dari bercakap dengan seseorang.

Kawan-kawan yang rapat menjadi longgar, kawan-kawan yang longgar semakin erat. Dunia terus berputar dan aku tetap di sini, menjadi penghuni setia blog, Coretan Mak Su di alamat pos ceritakosong dot blogspot dot com.

Aku mendoakan yang terbaik buat anda semua di tahun 2011, lebih baik lagi lebih berjaya lagi lebih maju lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

6 comments:

shasha said...

mari kita buat azam baru mak su!!
azam nak kurus nih...heheheeh

sayangsayangibu said...

semoga di permudahkan segala urusan kita semua di muka bumi ini
amin..

Tihara said...

semuga yang terbaik menanti di sana (2011) nanti ;)

Dinas Aldi said...

selamat menyambut tahun baru, Mak Su!

kayteeze said...

Samalah denga Tie, maksu.
Yang rapat jadi renggang, tapi yang penting kita redha dan terima apa je dengan rasa bersyukur.

Semoga kita terus diberi peluang untuk menikmati hidup ini dgn tenang dan bahagia. Salam ikhlas dari TIe.

ckLah@xiiinam said...

Semoga semakin baik semuanya ya Maksu...