Tuesday, December 14, 2010

Idea niaga pros n cons

Sempat juga aku berbrainstormed dengan hubby mencari idea untuk memajukan keluarga terutamanya dari segi kewangan, ini semua berlaku selepas kami melepasi kawasan Bukit Jalil dan melihat bekas tapak rumah hantu yang menunggu tokeinya robohkan untuk dilipat-lepat.

Melihat itu, kami dapat idea untuk membuat suatu perniagaan, rumah hantu! Casnya tidak terlalu murah tidak terlalu mahal, mungkin Rm4 cukup untuk bayaran sewa sebuah pondok buruk usang di tepi hutan gelap-gelita bersemak-samun tebal.

Untuk kelainan kami ingat nak hire hantu-hantu profesional, perkhidmatan tidak perlu dibayar dengan wang ringgit, cukuplah pulut kuning dengan telur kerebau, kan? betul tak? Macam itulah scene yang kita lihati di tivi....

Malangnya takut customer kena rasuk pula, terutama bagi yang lemah semangat tu, tapi ini tidak melemahkan kami, malah kami dapat idea untuk sediakan perkhidmatan sokongan iaitu pondok bomoh. Lepas keluar dari rumah hantu, terus ambil nombor kat pondok bomoh - minta air penawar ker apa ker, kan kan?

Lagi satu additional product, tempat itu kelak bakal disewa dengan kerap oleh pembikin2 filem, pencari2 paranormal dan travellers yang suka melawat tempat2 pelik

Tak ada idea gila! semua idea adalah logik dalam berbisnes.

what a session.... kagum dengan diri sendiri ni ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

11 comments:

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, good idea! Tentu very popular as a lot of people very curious and love to be frightened, ha ha.
Have fun and keep well, Lee.

shasha said...

thumb up!

*cehh..macam facebook pulak

Oasis said...

Hahahaha...idea lawak la ni mak su. Tapi klu kat luar malaysia mungkin blh. Apakan daya negara kita byk sgt undang2 nye

HEMY said...

boleh gak tu...penagih pn leh sewa gak...kita kasi guarantee takkan kena cekup

Kakzakie said...

Salam mak su,

Jangan haraplah mak su nak dapat lesen niaga tu. macam tak faham pulak dimana bumi dipijak?

Silap2 kena tangkap, rumah hantu kemana, bomoh kemana. Ha..ha.....

AngahSayang2314 said...

dalam kitab pun ada kata 9/10 org berjaya dalam biz angah pun tengah berjinak2 gak dalam biz hehehe

wahida said...

hahaha...ini idea lawak + giler neh...x nak saya masuk umah hantu pro ni...
anyway, thanks selalu drop by my blog..awat x follow sekali? x pe, biar saya follow mak su dulu..

cikceriacorner said...

ehhehe..mak su..heheheh..bestla idea tu..:)

Mak Su said...

tq all ;)

eh, wahida, maksu terlupa kot.. hehehe

nabilah_2908 said...

ok juga tu..sekrang ni kan org melayu kita suka sngt dgn cerita2 hantu...huhuhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SAMAN OH SAMAN

Gadis Kampung said...

ai maksu..rindu la lama tak nampak maksu kat blog saya...