Thursday, December 9, 2010

Hendak menyekolahkan anak bongsu

Sebagaimana pernah dikongsikan dulu, aku dan hubby nak hantar w ke sekolah tadika berbahasa mandarin, dekat rumah kami ada 1 sekolah kebangsaan bahasa mandarin, aku ke sana untuk bertanya jika ada buat pre-school, malangnya tak ada.

Kemudian aku dan w pergi pula ke tadika jais, luckily gurunya ada di sekolah buat kerja2 admin kot dan aku dah ambil borang.

W tanya kenapa kena sekolah? Aku kata supaya jadi orang berilmu, belajar macam-macam, berkawan.... tapi sekarang ni dia pening, apa itu ilmu?

Ilmu tu adalah kenal rumput dan tahu nama rumput, aku jawab macam tu.

W pun pergi tengok rumput dan tanya rumput apa namanya lepas tu dia kata rumput tak boleh beritahu sebab rumput tak ada mulut.

Ouh, janganlah salahkan aku ajar ajaran sesat pula.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

~ yus ~ said...

Bagus juga hantar anak belajar mandarin kan.

aNIe said...

Hehehe...maksu.. anak2 ni kalau bertanya ada masa kita pun tak dpt nak menjawab...

Mak Su said...

yus, mmg ada cadangan ler

kak anie, hehehe

Pala Maldini said...

budak2 memang berfikiran lurus..

eis said...

hehe pandainya..

julietchun said...

mujur w tak pegi belek carik mulut rumput :D

kakngah said...

hopefully bby w tak menangis guling2 pd hr pertama bersekolah...

cikceriacorner said...

hehhehe...bijak sungguh baby w..heheh

nabilah_2908 said...

hehe..payah gak nak menjawab soalan dari budak2 ni.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
NASI GORENG AYAM

pB said...

Salam


Dulu ada gak cita cita nak hantar anak sekolah cina nie

sekali , sekolah tu jauh giler dari umah.
Terus terpadam cita cita

Cik Pah said...

saya dulu tadika kat tadika cina..tapi tak abis pun..mana tahan ..hari hari nak balik umah jalan kaki sepatutnye..tapi saya berlari sebab slalu kene kejar anjing..

aliaaroslan said...

budak2 zaman skrang, sukar nak tafsir IQ diorang