Tuesday, December 28, 2010

Duit

Kerja Renovation rumah jiran
- Alhamdulillah, jiran datang tiba-tiba dan bayar duit baki renovate berserta duit upah. buat pengetahuan semua [boleh tengok entri2 lama untuk gambar-gambar], ongkos yang kitorang minta tak kurang dari 2 ribu ringgit dan tak lebih dari 3 ribu ringgit. Kerja yang melibatkan, buang 1 pintu tak perlu, buang 2 tingkap tak perlu, buang 1 tembok batu tak perlu, buat kabinet untuk memasak, buat lantai tinggi sikit untuk tuan rumah letakkan mesin basuh dan peti aisnya, tambah sinki. Tambahan sinki akan dibuat pada hujung minggu ini insyallah. Paksu bukan kerja kontrek sepenuh masa, dia masih lagi makan gaji jadi kuli [support staf] untuk sebuah syarikat di Selangor; oleh kerana itu cuma mampu buat kerja pada hujung minggu, kalau tuan rumah sanggup bersabar, bolehlah saya slow talk dengan paksu yang kawan-kawan blog berkenan kat anak dia nak minta dia tolong renovatekan rumah etc

Belanja sekolah anak
- Pada mulanya tak nampak mana nak cari duit untuk belanja anak-anak masuk sekolah, sebab kami dua-dua pekerja swasta dan tidak ada peruntukan bonus hujung tahun, dan sebagai pekerja tahap tupai-tupai sahaja, kami tidak biasa pun mendapat bonus 10 bulan gaji.
- Baru-baru ini menghabiskan beberapa ratus duit gaji untuk hidupkan roadtax dan perbaharui insuran kereta di mana kami tidak pula mendapat diskaun ncb, menurut pejabat pos, dalam sistem tak ada diskaun, kalau encik nak, encik kena pergi sendiri ke pejabat ncb [ncb ker ncd ntah??]
- oh deng!!! what the hell tak ada diskaun?! padahal tak pernah claim apa-apa insuran pun selama berkereta dari anak sulung masih kecil hinggalah anak sulung dah mula mencari kerja! Tak pernah buat claim, tak pernah mengclaim dan tidak dapat diskaun ncb? Terimakasihlah kat .... well, i don't know to thank whom kerana menyusahkan aku pada bulan disember ini.
Aku tak paham undang-undang
- anyway, bolehlah bawa budak2 pergi shopping persiapan sekolah this weekend, dak w nak masuk ke tadika, si kaklang nak kena dapatkan uniform purple dan kasut hitam sebab dia jadi PRS dan kakngah nak kasut yang cantik sikit sebab dia dapat keputusan PMR yang meriah haritu, juga dia minta upah kerja kontrek menolong ayahnya menyiapkan dapur di rumah jiran.

TERINGAT {tambahan}
- teringat kepada arwah kakak yang meninggal pada bulan puasa dulu, sebelum dia tenat, dia ada bercadang nak main kutu selepas kembali sihat jika diizinkan oleh Allah Taala katanya, supaya kami berdua adik-beradik ada duit untuk persiapan sekolah anak dan juga ada duit untuk hidupkan r/tax & insuran. Tapi janji Allah terlebih dahulu menjemputnya kembali ke alam barzakh sebelum kami sempat pun main kutu :(

p/s: terimakasih art_touch, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

PuteriKureKure said...

takpela maksu. samala kita. bersederhana je lah. :)

atty's said...

Alhamdulillah ye maksu..

Ummi said...

mak su, Allah bagi kelapangan, waktu susah dok fikir pasal masalah anak-anak tup tup jiran datang hantar duit

syukur mak su rezeki dari Allah :)

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah...Allah bagi rezeki utk moksu...tetiba jiran byr duti renovate tu,...

ana-kirana said...

peliknya maksu..kalau tak penah claim, ncd 55% tu..byk tu..
sy tak penah buat kat pos ofis..selau buat online call direct sykt insurans jer

My Special Mall said...

intan :) [tapi ada orang kata , maksu ni orang berada] [heran sungguh pandangan mata dia nampak apa ek?]

atty, ummi, softtouch :D, alhamdulillah, sangat terkejut

miloais said...

salam maksu...
ncd tu... pesal tak penah claim???
sokmo bila renew insurance setahun ada dah ncd tu.. bleh kurangkan bayaran renewal insurance...

rezeki maksu lah kan...
alhamdulillah

Mak Su said...

ana, miloais, dah 2 tahun ndc saya tu 38% i.e last year and also this year. so sepatutnya leh dapat nbc 45% kan... tapi pejabat pos kata non ado.... :(

tapi alhamdulillah utk pendpatan tambahan yg jiran kasik [final payment dari mereka, 4 instalment]

~ain said...

maksu.. mcm mana tak boleh diskaun.. org pejabat pos tu kelepet duit akak kot..

ish tak baik nya!

cikceriacorner said...

alhamdulila mak su..:)

Enna Banana said...

berseedehana itu best! Allah suka :D

~ yus ~ said...

Yelah kompius kenapa ncd nya tetap sama. Sepatutnya dah tambah tahun, tambah le diskaunnya. ..

Zareda Norman said...

alhamdullillah..

shasha said...

hujung2 tahun ni macam ni la ek mak su..byk nak pakai duit...

ejaMaria said...

Alhamdulillah... dapat jugak duit utk belanja naik sekolah...

oh... psl ncd kite plak renew insuran + road tax slalu deal dgn bank terus... mmg diskaun la... lagi tambah tahun tambah la diskaun... klu tak diskaun naya weh... nilai keta pun susut ape ikut tahun... :)

Cik Pah said...

mana boleh takde ncd maksu.. something fishy lahh..