Tuesday, December 28, 2010

Azam tahun 2011

Ini adalah sebuah contest azam tahun baru yang dianjurkan oleh matjoe sebagai menghargai pembaca blognya atas sedikit rezeki daripada income nuffnangnya.

Azamku untuk tahun 2011 ini adalah untuk melakukan suatu perubahan drastik ke atas diriku sendiri iaitu untuk berhenti kerja, berhenti dari makan gaji dengan majikan yang tidak menghargai peranan aku, berhenti dari menjadi seorang yang meminta-minta, berhenti dari menjadi seorang yang berhutang KEPADA seorang usahanita internet yang berjaya di dunia dan akhirat.

Itu adalah azamku untuk tahun 2011, entah tercapai entah tidak, yang penting adalah usaha untuk mencapai ke arah itu. Jadinya, kita ini seelok-eloknya berazam biarlah kita berusaha untuk penuhi, pencapaiannya pula kita adili sendiri kelak.

Aku sudah mula berusaha ke arah dengan menyiapkan sebuah blog My Special Mall & aku juga sentiasa berusaha mencari-cari produk yang bersesuaian dengan tema dan kemampuan aku.

Sudah tentu duit akan menjadi suatu isu utama dalam soal ini tetapi atas kerana azam yang kuat, aku harap boleh atasinya. Apatah lagi, aku juga berkeinginan untuk dapat mempunyai sebuah rumah comel bergaya cottage dengan bilik penuh bergaya di loteng; seperti gambar comel di bawah ini.

Wish me luck untuk mencapai azam itu dan moga terpilih sebagai pemenang kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan juga amat menggiurkan -> wang tunai [topup, bankin], ebook hartanah dan juga sebalang cookies. Selain dari itu, senarai peserta contest azam tahun 2011 akan berada di bloglist hinggalah ke tarikh 15 March 2011.

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30).

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.

21 comments:

PinQib said...

kalau maksu sunggoh3 mesti tercapai punyer

sayangsayangibu said...

semoga tercapai azam tu, semoga berjaya...

HEMY said...

wah...contest ek..semoga berjaya..dan untuk azam tu sekali

zino said...

semuga berjaya..

Oasis said...

Mak su, slamt berjaya. Saya tak sempat nak fikir apalah azam yg sesuai utk saya tahun dpn

aNIe said...

Semoga tercapai azam Maksu... dan semoga menang contest yg dianjurkan...

Mak Su said...

pinqib, sayang2ibu, hemy, abg zino, oasis, k. anie - tq :)

Yan said...

good luck maksu.. kuatkan semangatmu

shasha said...

good luck mak su!! sama2 kita berazam utk tahun 2011...nanti tgh thn kita review balik azam sama2 ek..

luahfikiran said...

SALAM,
AZAM YANG BAIK, INSYAALLAH AKAN TERCAPAI. TERUSKAN USAHA MAKSU

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

Kalau ikut firasat kakak dgn azam mak su tu macam boleh digapai sebab mak su punya jiwa kental.

MOKCIK AZWA said...

Good luck mak su!

Mak Su said...

yan, shasha, DLF, k.zakie, mokcik - terima kasih

k.zakie, jiwa saya lembik, lebih lembik dari jeli :(, huhuhu

azzey said...

Mak Su: Azam saya tahun ni nak join senamrobik every week tanpa gagal....(klu kesihatan mengizinkan..)

p/s: slm kenal & follow blog ni.tq sudi dtg dan komen kat blog saya....AZZEY...

rasp said...

smoga impian menjadik kenyataan...
gud luck!

Ina Hashim said...

gud luck MakSu

makdara TERdiva said...

gud luck maksu! :)

cikceriacorner said...

good luck maksu...:)

nabilah_2908 said...

good luck maksu..!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
GOOD LUCK MALAYSIA..!!

Matjoe said...

salam maksu. tq joint contest yg saya buat.

nnti jgn lupa 'like' banyak2 gambar rumah tu difacebook page.

moga azam beli umah tu tercapai

kak ina kl (1) said...

memang kena keras hati kalau betul kamu berazam macam tu..good luck mak su