Tuesday, November 23, 2010

Tetamu datang bawa rezeki

Sedih terasa bila otak ni tiba-tiba teringat kat satu quote yang diberikan khusus buat aku dan paksu chot, 'diorang tu tak datang sini pun tak apa, menyusahkan orang saja, tak berduit buatlah cara tak berduit'.

Terimakasihlah. Dulu engkau tak berduit juga, time-time anak-anak engkau masih cemet-memet kecil dan bersekolah, masa tu aku baru-baru berkahwin. Datang ke rumah engkau pun hidangan yang simple saja engkau hidangkan, sup mee segera, sambal sardin - aku tak kisah, aku tak pernah bawa mulut pun, aku layan, aku makan, aku kenyang.

Sekarang kau dah maju, anak-anak dah besar dah bekerja, dapat beri elaun bulanan pula. Menantu pun hebat-hebat, kacak-kacak bergaya berada.

Tak apa, sekarang baru kau nampaklah maknanya yang aku ni susah, habis tu dulu aku kayakah? Tak jugakan, macam ini sajalah aku. Tambah lagi sekarang ni, aku ada anak bersekolah menengah, dan juga ada anak kecil. Memang aku mengaku, aku dalam keadaan perit sekarang ini, tapi bila kau tolak tetamu yang biasa tidak berkira dengan engkau, maknanya engkau tak suka kepada ketentuan yang kata tetamu datang bawa rezeki ???

Aku ni bukan nak menumpang apa pun ataupun aku nak buka akaun PA&MA dengan engkau, aku sekeluarga cuma menziarah biasa-biasa saja sekali-sekala dan nak tumpang gembira juga tumpang seronok dengan perkembangan hidup engkau tu.....

kenapa? engkau takut kat kamikah? takut kami asyik hulur salam garu-garu tapak tangan, janganlah anggap kami ni pengemis...

Thanks ya aliaroslan, atas kesudian folo blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
mak su...
betul..mereka datang dengan 1000 rahmat

nabilah_2908 said...

sampainya hati dia...mentang2 dah senang...mula lupa diri...

tk pe la maksu...moga2 dia akan sedar satu hari nnti.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERSIARAN DARI UK - PART 2

[-suziey-] said...

huhu sedihnya maksu..ade gk ye manusia yg lupe daratan ni..dia ingt kekayaan dia tu akn kekal..sekelip mata je Allah blh tarik balik..sbr ye maksu..xpela..biarla dia dgn kesenangan sementara dia tu.

GDIZ said...

betul
tetamu yg dtg ke dilayan dgn elok2. Tak kiralah miskin ke kaya ke.

kak Erna said...

mak su..tak pe biar lah..apa orang nak kata..mak su tak menyusahkan orang pun kan..

puterikurekure said...

sampainya hati depa kata maksu sekeluarga camtu. sedih tau.

Mak Su said...

brutalsolo, kan....

nabilah, suziey, gdiz, kak erna - tq, tak de ler saya menyusahkan pun, sekadar kedatangan berziarah jer

intan - mmg sedih, maksu terkejut beruk bila dengar ni

Jemari Seni said...

Sangat rugi menolak tetamu ish!ish! Biarkanlah Mak Su umah dia!

shi3la said...

gitewlah maksu hati orang lain-lain..janji kiter jaga hati kiter supaya tak jadik busuk macam tuh...

tapi tuelah kan kalo tak suka tak aperlah tapi janganlah mengata pulak..menyakitkan hati jerk..sabor eh maksu..

eis said...

alahai..(tak tahu nak komen apa)
betul tu mak su, tetamu dtg bw rezeki..

Cik Pah said...

pilu hati membacanyer.. hidup nih kan maksu ibarat roda ..kengkadang di bawah kengkadag di atas..

Izariza said...

rambut sama hitam, hati lain-lain .. yang menentukan hanya takwa dalam diri. jangan terbawa-bawa emosi ya Mak Su .. cheer up! Bawak bertenang .. masuk dapur masak best2 utk anak2 dan suami lagi seronok,kan .. errr.. saya nak order mee hailam satu boleh? :D

julietchun said...

org baru nak kaya gitulah.

kak ina kl said...

kalau tetamu datang akak bagi ajer apa yang ada. tak baik sambut tetamu dengan muka kelat kan..

Nia Dhani Nasir said...

sedihnye bace coretan mak su ni.sabarlah mak su. Bia kite xkaya harta tpi kaya maruah.dunia kn cume pnjaman je. Xkemane org blagak dgn arte dunie ni. Alih2 msuk lam tanah xbwak pape pun.

shasha said...

kejamnya!

CuTeMiUt78 said...

sokong cakap maksu tu

Zareda Norman said...

chill mak su

jadikan sempadan sikap mereka itu...