Friday, November 26, 2010

SOHO

Memulakan dengan terimakasih kepada fuzzy atas kesudian follow blog ini.

Okey, sambung cerita;

Sesekali kena tunggu hubby, aku bersidai di pondok sekuriti, sekuritinya adalah mat bangla. Selalu panggil aku "kaka, kaka, kaka" (tiba-tiba aku terasa macam professional footballer pula).

Setiap kali singgah di situ aku hairan, akhirnya aku bertanya pada hubby, 'mat bangla ni rumahnya di mana?' Paksu chot kata inilah rumahnya inilah pejabatnya (pejabat tau, bukan pondok sekuriti).

Sekali pandang, memang agak lengkap untuk sekadar dipanggil pondok sekuriti, gambar-gambar yang tertera di bawah membuktikannya. Ada kapas korek telinga, sikat, gunting, log books, pinggan, beras, periuk nasi, tilam, bantal, kerusi typist, sofa pvc, kipas meja, peti tv, poster footballer, baju yang disangkut dihanger dengan kemas; pemain cakera padat pun ada tau.
Aku bertanya, 'bini tak ada?'. "Bini tak adalah kaka, saya satu orang saja sini".

"Kat kampung tak ada bini?"

"Takkan mahu tunggu, saya sini banyak lama, kasi lepas sajalah kaka".

"Tak rindu kampung?"

"Mesti rindu juga, tapi saya sudah sayang sama ini Malaysialah kaka, itu Bangladesh kampung halaman, ma ada, ayah ada, abang ada, kalau hati ada ingat, boleh kol".

"Dah berapa lama duduk sini?" (aku ni tiba-tiba ada banyak soalan pula, layanzz)

"Sudah 10 tahun kaka, kawan pun sudah ramai sini"
"Awek ada?"

Bangla tersenyum-senyum, "Tak adalah kaka".



(apakah ada gambar Kaka di poster itu?)
Katanya dalam adik-beradik dia, cuma dia seorang yang merantau di Malaysia, keluarganya kaya, ada tanah rumah dan tanah pertanian dan ada kuli paling kurang pun 8 - 10 orang untuk membuat kerja-kerja bertani. Semua pun tanam sendiri, padi, sayur, lembu ternak sendiri, semua di bawah bumbung sendirian berhad.
"Awak datang sini tengok tempat tidur awak, sini tidur sini kerja, ruangan kecil, kalau kat kampung sana, ada orang buatkan kerja untuk awak, lagi best".
"Tak apalah kaka, saya sudah sayang sama ini Malaysia", sedih sikit, mungkin teringat kat kampung.
Paling tidak pun, sekarang aku dah tahu apakah itu SOHO, small office home office, small ordinary home office, small office hai oh, saya ok hang ok, siapa osom harap OK - tah hapa-hapa ntah ;)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

ckLah@xiiinam said...

Banyak ramah ini kaka...

hihi

Nia Dhani Nasir said...

betul ke ade byk kuli kat sne? Apsal jdi kuli kt sini.

anymz said...

dongar lah temberang mat bangla tu maksu..kuikui:)

PinQib said...

bijak betoi.. kesiann

Pala Maldini said...

1) aku agak impress bila maksu tau yang KAKA itu nama pemain bola

2) Kat poster tu macam gambar ARJEN ROBBEN

3) sejak bila maksu jadi pegawai imigresen menanya banyak soklan ??

hehe

zino said...

kaka banyak baik.. esok saya belanja kaka eskrim.. ya

Kakzakie said...

Salam ka su,

Ini kaka banyak prihatin sama saya. Tengok suma barang yg saya ada sudah banyak lama. Kaka mahu kasi ganti tak? Saya sedey nie....

Zaitun said...

Jangan layan sangat bangla maksu nanti lain jadinya hehehe.....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
berjiwa art dan seni juga maksu

Ibu n Abah said...

maksu...
pepatah ada mengatakan...
kalau hendak seribu daya-walaupun terpaksa tinggalkan kampong halaman tapi demi nak mencari harta sanggup mat bangla ni datang kerja di Malaysia. Kenapalah pula orang kita tak sanggup bersusah sedikit berusaha mencari kerja hingga sanggup jadi papa kedana dinegara sendiri???..

ckLah@xiiinam said...

Psst:
Fuzzy tu...macam kenal.




....hmm, bukan macam. Memang kenal sangat! He..he..

tasekM said...

sempat yu amik gambar su.


.