Monday, November 1, 2010

Resignation

Surat berhenti kerja ni boleh dikategorikan kepada 2 jenis secara amnya, iaitu jenis panjanggggg, kedua jenis pendek.

Kalau jenis panjang dan lebar pula bermakna ada perhubungan antara majikan dan pekerja, ada suatu line halus seni yang menghubung-kaitkan mereka, menandakan ada suatu perhubungan baik antara mereka. Mereka ni seolah-olah tak mahu berpisah tapi kerana adanya peluang, sebab tertentu, perpindahan, migrasi - terpaksalah salah-satu pihak menamatkan kontrak; maka terhasillah suatu surat resignation yang panjang lagi lebar. Mereka itu pula adalah orang yang walaupun sudah tiada lagi perhubungan rasmi antara satu sama lain, tapi masih saling menghubungi dan mengambil tahu akan perkembangan. Andainya terputus hubungan, sekiranya terjumpa tersenggol bahu di tepi jalan boleh bergurau senda bertepuk tampar dan menjalinkan semula tali persahabatan.

Tetapi bagi yang berurusan menamatkan kontrak dengan surat resignation yang pendek, maknanya amat mudah, good bye, boleh blah!! I don't want to see your face anymore.

:D

Dan aku ini, masih tercari-cari...........

Al, terima kasih ya sebab sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

6 comments:

puterikurekure said...

saya rasa, kalau saya resign suatu hari nanti, saya beri surat pendek je kot. malas nak akrang ayat panjang2. huhu.

MOFASAD said...

sedang2 macam mana?

Me, Myself and I said...

-->maksu: untuk yg tak sambung kontrak tu, paham2 je la...khidmat anda tidak diperlukan lagi!!! Sila berusaha untuk kesinambungan hidup...huhu

pB said...

insyaallah

tak mau resign

biarlah pencen

Mak Su said...

intan, maksu pun cdg cenggitu gaks, straight to the point

mofasad, sdg cari kerija lain, ahaks

me, myself and i - ahaks... kah kah kah

Mak Su said...

pB, hopefully, moga hepi selalu perhubungan pb and majikan :)