Wednesday, November 17, 2010

Mengantuk kenalah berehat

Romzi tidak tahan mengantuk, dia mengadu kepada isterinya yang dia ingin berehat sebentar di tol yang akan mereka lalui sebentar saja lagi.

Isterinya yang memang tidak boleh membuka mata hanya mengiyakan dalam kantuk yang dalam.


Kereta yang dipandu oleh romzi pun sudah berjalan ke tepi ke tengah, romzi menahan kantuknya hingga terasa sakit di kelopak mata.

Dari jauh kelihatan berbalam-balam pondok tol bersusun-susun. Rosman bergegas mencepatkan kelajuan kereta kerana sudah tidak sanggup menahan kantuk.


Sebaik sampai di petak, dia menarik hand brake dan secara otomatis, matanya terus terlelap tanpa dapat dikawal-kawal lagi.


Tak lama kemudian romzi dan isterinya terkejut bangun, kedengaran bunyi hon kereta bersorak-sorai seolah-olah ada keramaian, dan ada suatu ketukan di tingkap cermin kereta, “Bang, bang, bang, kak, oo kak, cepatlah bayar duit tol ni, sini bukan tempat tidur. Kalau nak tidur pergi sana, tempat rehat dan rawat'.

Dengan mata terpisat-pisat, Romzi dan isterinya cepat-cepat mengangkat tangan memohon maaf dan Romzi bergegas membayar duit tol. “Tak sangka pula”, katanya, “Kita tertidur di depan pondok tol, abang ingatkan kita di tempat meletak kereta tadi”.


“Cepatlah bang, saya dah malu sangat ni”, jawab isterinya, geram.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

5 comments:

CikguZue said...

hehe...kelakar..
tapi baik juga tak berlaku kemalangan.
betul tu maksu...kalau dah mengantuk sgt, berhenti dan rehat dulu...
Selamat Hariraya Korban dan berhati2 di jln raya.

kak Erna said...

maknsu..kisah benar ke ni..ngantuk betul la tu kan..

Nia Dhani Nasir said...

ngantuk is smething yg tak le tahan.

Nia Dhani Nasir said...

ngantuk is smething yg tak le tahan.

Pala Maldini said...

ini kritikal punya kes ngantuk nih...