Monday, November 29, 2010

Hendakku merintih kepada Allah

Macamana tak merintih?

Aku memang rasa terseksa di tempat cari makan ni, aku tak kisah cari kerja lain yang memerlukan qualification yang lebih rendah asalkan dapat gerak pergi, keperluan tangga gaji pun aku sangat-sangat tak kisah tapi janganlah kau bayar aku RM700 sebulan (nak beli pad pun tak lepas, mouse pad lah, bukan apa pun) tapi tak dapat, sehingga hari ini aku dah terima TUJUHHH jawapan rejek beralasankan dah dapat orang yang lebih sesuai dengan pekerjaan dan dengan qualification yang sesuai, sedangkan aku adalah overly qualified, however they thank my interest in the company

(mungkin juga mereka nak cakap yang aku dah tuwa tapi mereka segan kot, aku dah 41 tahun, entah siapa yang sudi.......TAPI, kalau aku ni pelakun filem lucah umur 81 tahun baru nak bersara, sohih tentu mereka terima aku kerja sebagai apa-apa pun kan, tak pakai tudung, pakai skirt, high heels 5 inci, beg tangan kaler merah, lipstik kaler shocking pink, CILLAKKKAAA).

Dah tu, baru sebentar tadi aku kena marah via email dengan nada kegeraman yang amat sangat (ingin aku gunakan perkataan MAHA untuk melambangkan besarnya marah makhluk itu, tapi dia itu siapa di sisi Allah sedangkan kita tak sembah tuhan yang sama puuunnn).

Ceritanya begini:

1. 'tali leher' kata nak cuti, aku ambil inisiatif tanya, 'you nak i applykan cuti u tak?'

2. 'tali leher kata, 'nak, mekasih, applykan pada tarikh2 ini ini itu itu itu ini itu'

3. 'tali leher' kata, cancel cuti no 3 dan 4 sebab tali leher kena pergi overseas atas urusan kerja

4. aku pun applykan cuti untuk dia, no 1, 2, 5, 6, 7

5. aku juga apply cuti untuk aku, aku kan banyak cuti, maklumlah, aku ni orang spesis tak cuti, sebab tak ada uwang nak gerak sana sini, daripada dok umah melongo, baiklah aku datang kerja, tarikh aku bercuti adalah tarikh 'tali leher' kena pergi overseas. tukang approve cuti aku adalah si 'tali leher' itulah.

6. dapat emel tulis, 'kenapa awak apply cuti saya pada hari saya kena pergi overseas?? kan saya dah beritahu jangan jangan jangan!!!'

7. jawapan aku: 'tali leher', cuti itu adalah untuk saya, saya nak ambil cuti, nak habiskan cuti tahunan, tarikh cuti itu adalah bersamaan dengan tarikh anak saya pereksa SPM dan tarikh dia dan kawan-kawan dia bercadang nak outing. tarikh saya applykan cuti 'tali leher' adalah pada tarikh seperti diarahkan iaitu 1 2 5 6 dan 7. Tidakpun apply untuk 3 dan 4.

Hendakku merintih kepada Allah, siapakah lagi yang boleh memahami situasi aku? Aku hendak berambus dari tempat yang aku TIDAK DIHARGAI ini... !!! aku bukan baghal yang hendak kau herdik selalu

"Bismillahir_rahmanirrahim: Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yunus: Ayat 107).

Walaupun sudah aku terangkan, tidak pun 'tali leher' memohon maaf -> 'sori', 'sowi', 'alamak! i tersalah baca', 'sorilah, i tertekan sangat pagi ni', 'oohh, i tersilap pandang', 'my mistake', 'pardon me', 'i am wrong', 'aiyoyo apa i sudah buat kat u?' dan sebagainya.

TAK ADA PUN! NON ADO!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

nabilah_2908 said...

nama pun BOSS....cm gitu le perangainya....

so...cuti maksu tu di luluskan tak...?

jom ke APA KATA HATI pulak,
PLAN TAK MENJADI

nanaruzana said...

na pon camtu maksu...apply yg same standard,katenye dah ade experience xmo amik...kalo yg lower sket..kate bg peluang kat depa yg lebih layak...haih...sabar je la...pasal si tali leher tu..memang gitu la alsifatnye manusia yg telah berada di atas kan...sabar yeh maksu...

~ yus ~ said...

Alahai mak su. Memang siksa dapat boss cam gitu ye.

Nia Dhani Nasir said...

sedih bce cite mak su ni. Org kate adat jadi kuli kena marah kna maki tu lumrah tapi kite pun ad hati ad perasaan.kte keje bkn mintak sedekah,minta hak kite 2 pun dherdik. Padahal dorg xpnah nak kenang o ksah jase kite bkerja ngn dorg.sabala mak su. Xke mane org blagak ni.

Ummi said...

mak su, sabaq no, dah abca link ummi semalam kot, so kena tunggu dan tunggu :)

Cik Pah said...

sapa yg bertali leher tuh. mai saya sentap tali leher nya.. sampai hati buat maksu saya camtuh..

Mak Su said...

nabilah, lepas lunch tadi sy tgk ada emel dari dia, sori. gitulah... so short. lepas tu cuti saya dah diapprovedkan. hhhmmmm
(cuba kalau saya yang salah, tentu dah masuk rekod dan difailkan untuk rujukan kamu di masa hadapan samada layak atau tak terima bonus bla bla bla)

nana..... ~ sama ~ :(

iya yus, maksu ada ramai tali leher nak kena dilayan :(

nia, cengginilah nasib diriku yang malang ohhhh Tuhan (nyanyi plaks)

tq ummi

cik pah, tak per, tak per, maksu tahankan..hu hu hu, uwaaaaa

MOKCIK AZWA said...

Dah termalu la tu...cakap sori melalui email...marah2 satu dunia dengar...hmnnn

Sabarrrr jer la mak su

rieyana ynn said...

ronda blog mashu jap..;D.. bos apa mcm tu kan...tunggu lah mashu jd bos nanti...siap dia...ahakss...;p

Ina Hashim said...

Mak Su,

ramai manusia macam tu..tetambah lagik bila dah jawat jawatan besar...kita nih sapelah di mata diorang...sabar jelah ye....

azmiroy said...

sabar Mak Su....
tunjukkan saya orangnya biar saya belas

aliaaroslan said...

orang tu dah terasa diri sendiri dia bagus. so minta maaf tu akan buatkan dia rasa dia low.

padahal, dengan minta maaf tu tak turunkan standard dia pon. tapi lebih membuatkan pekerja bawahan hormat dia.

CuTeMiUt78 said...

klu dah nama pun 'tali leher' kan maksu... memang tak de makno i'm sorry

kella said...

maksu,sedih kita baca! kita faham, sebab kita punya abbi pun mengalami nasib yang sama, tapi dek kerana dia lelaki, teruk dia dikerjakan! kasihan, lansung tidak menerima walau satu ucapan terima kasih pun atas segala penat lelah dia bekerja! malah di maki hamun pada perkara yang tak sepatutnya, staff perempuan pun kena maki! terus berhenti kerja!

mereka bos2 ni, kenapa? dah hilang rasa belas, dah hilang rasa kasih..dah tak ada perikemanusiaan ke.. bila jadi bos terus hilang budi bahasa kah?

takpe maksu, semua ini jadikan sebagai ujian dari Allah untuk maksu, sebenarnya ianya dapat menguatkan lagi maksu, sekurang kurangnya apabila pernah merasa tekanan sebegitu, jika ada ujian lain, makanya maksu dengan senang boleh atasinya,
pengalaman tu semua maksu, jadikan sebagai bekalan jika nanti maksu dapat kerja di tempat lain..
InsyaAllah.. semua itu ada hikmah disebaliknya.. sabar ye..
janji kita ikhlas kerja kerana Allah.. Allah Maha Mengetahui..

panjang pulok komeng kite nih! sorry eh maksu.. terbawa bawa oleh perasaan.. hehe..

:)

shasha said...

hmmm...macam ni punya orang pun ada? macam mana bole jadi boss ek?

Mak Su said...

iyalah mokcik, time sori trus jadik macam mouse, huhuhu

yana, a'ah, nanti dia

ina, tq

azmi, tak per, tak per, sabo, sabo

alia - a'ah, itulah masalah bongkak dah wujud dalam diri manusia

rina, hu hu hu

kella, maksu respek tali leher yang berkarisma, tp so far tali leher adalah kaki 'latah'... meluat

shasha, sebab sijil