Friday, November 26, 2010

Hanya Mampu Kasihan

Sebelum bercerita, terima kasih kepada rieyana ynn - sudi folo blog ini :D

Jiran yang baik di rumah ni sakit, kena penyakit yang macam brain tumor tu. Cakap pun macam blurry, ingatan kabur, pergerakan sukar. Kakak tu dah tak dapat nak meniaga di gerai di tepi jalan tu. Kasihan, tak tahu nak cakap apa, dia tu rajin bersedekah.

Seorang lagi jiran pula mengadu badan lemah, sakit kepala dll. Seorang lagi peniaga yang lain, yang menjual ayam madu mengadu yang resepinya hancus biarpun itulah cara masakannya sejak mula meniaga.

Dengar khabarnya ada seorang peniaga tu menggunakan kaedah black magis supaya orang lain tak dapat meniaga ataupun supaya pembeli tidak tertarik/tidak nampak gerai-gerai yang lain melainkan HaNYa NamPaK kedainya sahaja. Tak baiklah buat kat orang macam tu.

Percayalah bahawa REZEKI DI TANGAN TUHAN, bukan di kehebatan magis penunggu, makhluk halus dari zuriat syaitan iblis jin tu.... nauzubillahi min zalik.

Aku berlindung dengan Allah, dari syaitan yang direjam.

Kasihan kepada jiran-jiran di rumah ni yang kepayahan dalam mencari rezeki.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

kakngah said...

cam tu la 'org kita'
mudah sgt rasa cemburu & hasad dengki ats rezeki org lain...

pB said...

orang MELAYU ni kenapalah penuh dengan hasad dengki di dalam hati mereka


tak takut pada balasan Allah ker??

Rozita said...

banyak cerita yg mcm ni sy dengar
sanggup menutup rezeki orang demi mencari rezeki sendiri. halal ke tu?

PinQib said...

tk.. kurafat semua ni..
dunia dunia belaka

fa*atip said...

Janganlah kita hilang yakin bahawa REZEKI TU ALLAH YANG BERI.... :(

Cik Pah said...

melayu tipikal mmg camtuh..tak leh tgkorang sng sket..

atty's said...

selalu mcm tu lah takde persaingan sihat langsung..dengki je bomohkan .

semoga jiran2 maksu semua nya sihat ye..maksu jugak

Jemari Seni said...

Sangat keji perangai dia.
Tak kesian ke tgk org susah. peniaga mcm ni tak layak dipanggil peniaga sebab takut bersaing.

kella said...

rezeki masing masing buat apa nak dengki2! kita pun tak faham, kat sini pun ada kes camni! sanggup bomoh2.. kesannya kedai makcik ni lansung takda pengunjung!

hari2 lengang je!

ada seorang ustaz turut lalu situ, dia dapat singgah ke kedai makcik tu..
katanya dia tak nampak kedai tu pun, nampak hitam, tapi dia rasa ada yang tak kena, dan berdoa sikit, barulah dia nampak.. rupanya ada kedai..

so dia offer diri ikhlas untuk menolong makcik ni..

alhamdulillah sekarang semakin ramai orang dah 'nampak' kedainya..
rata2 nya berkata.. eh ini kedai baru buka ya? sebelum ni tak nampak pun? hmmmm....

sekadar berkongsi cerita dari entri maksu..

selamat menjalani aktiviti harian ya maksu! :)

Mak Su said...

entahlah, sy igtkan benda ni dah tak dak lagi.... :(

tq kakngah, pb, rozita, pinqib, faatip, cikpah, atty, JS, kella

kella, tq kongsi crita... ada gaks sorang orang tua yg agak alim kabokan kat si peniaga, ada sesuatu ganggu kedai awak, pi lah cari ubat. that's how she knew she sudah kena buatan.

nabilah_2908 said...

org zaman sekrang dh mula hidup dalam cara org yg tak bertamadun...jadikan syaitan sebagai pendamping...

Ya Allah....mcm2 hal kan...kepada jiran2 yg terkena buatan tu...teruskan lah bersabar...setiap yg pahit pasti ada manisnya... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
UNDERWATER LIFE

Ibu n Abah said...

maksu..
org yg memakai ilmu hitam tu tak ingat akan/nak mati ..

makdara TERdiva said...

mak saya pun pernah gak alami mcm ni mase berniaga bulan ramadhan di ipoh 2 thn lepas....
hari pertama lauk abis, ke dua..separuh..lama2 sikit jer yg abis..cukup 2 mggu org pun x nak dtg beli..rupa2nya ade org dah letak hantu dia kat situ..terus tutup gerai..bulan puasa pun ade hantu gak yer.. wallahualam..

Mak Su said...

nabilah, ibu n abah - sy harap mereka dpt cari cure

mdt - hhmmmmm (?) :(

Nia Dhani Nasir said...

nak meniaga tapi nak cepat nak naik dgn jatuhkan org. Sye cukup benci ngan perangai gini.kire murtad sbb gune ilmu itam.da kire bole bunuh hukumnye.mak su kalu jumpe org ni bole bunuh die.xdose pun.

ckLah@xiiinam said...

....ckLah pun pernah jd mangsa dengki yg kronik. Dahsyat sungguh...