Wednesday, November 24, 2010

Buat Sang Pelukis-Pelukis

Nak beritahu, seorang kawan aku [berbangsa India] akan mengadakan kursus melukis inai di tangan hingga siku dan di kaki dengan guru yang diimport khas dari India iaitu Mrs. Radhika Gopi. Kelasnya, 'Mehandi Artwork Course' akan diadakan di Jananez Beauty Point, (di atas Yashree Sri Puchong, selepas IOIMall, berdekatan dengan tol USJ). Beginner
3 & 4 Februari 2011 (Cuti CNY)
Bermula 9am hingga 5pm
Yuran: RM400
Subjek:
. buat kon
. lukis garisan
. mencampurkan inai
. design-design
. teknik2 yang patut diketahui sebelum dan selepas melukis
. dan tips untuk membuatkan usia lukisan longer.

Advance

5 & 6 Februari 2011 (Sabtu, Ahad)
Jam 9am hingga 6pm
Yuran: RM500
Subjek:
Syllabus merangumi design yang lebih sukar yang sesuai untuk majlis tunang, kahwin. Menunjuk-ajar teknik-teknik yang betul untuk melukis dan menyambungkan antara garisan-garisan.

Maklumat am: upah untuk seorang pelukis Mehandi adalah dari RM0 hinggalah ke RM250.

maklumat sangat am: RM0 tu kalau saya atau baby w yang lukis di tangan awak, kita pakar melukis orang lidi juga alien dogol, tiada kompromi ;p

Boleh atau tak boleh kita ni lukis inai kat tangan? aku adalah keliru okeh.....

Saya membuat carian google dan menemui:
Inai di tangan efatwa dot gov,
Inai di tangan 1,
Inai di tangan 2,
hadis tentang inai di tangan, Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadis riwayat Abu Dawud).

(Iklan ini adalah percuma untuk member itew).

Kepada yang berminat, sila emel kepada ceritakosong@gmail.com.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

Frodo Baggins said...

buat inai satu badan ...
baru caraaa ... keh3x

Pala Maldini said...

masa kahwin dulu aku pakai semua jari.. har har har..

atty's said...

fuh..tak merasa berinai mcm ni masa kawin dolu2.

Cik Pah said...

dulu waktu kawin sy nak lukis inai jugak tapi wan saya tak kasi.. bile tanya nape .. hepp..cakap orang tua jgn melawan..ok fine.. tapi bestlah kot feeling kalau dapat berinai camtuh kan?

~ yus ~ said...

Cantik!!! Saya tak merasa berinai macam ni masa kahwin dulu, kalau saja gatal nak buat untuk suka suka, takut cik abang perli pulak..hahaha.

Tengok orang lain pakai ajelah..

eelobor said...

mahal gak yuran dia yer?

aNIe said...

Maksu... akak pun keliru bab inai ni... sebab ada terbaca pasal katanya pakai inai kat jari boleh... tapi bila melukis menyerupai tatoo tak boleh...konfius akak

Yan said...

kitepn konfius ngan status inai ni
banyak sangat versi
tp dulu ade kuar kat sotkabar.. tak sure sotkabar mane.. katanya tak boleh berinai sbb menyerupai kaum lain..
inai letak kat rambut untuk tujuan berubat takpe..

Mak Su said...

sy pun sebenarnya konpius, member mintak tolng buatkan iklan..itu jer. harap2nya ada ler geng2 dia yang terbaca kat sini dan berminat, itu jer intention saya. anyway secara general sy terbaca, kalu nak lukis yang simple design setakat sikit2 kat belakang tangan and tapak tangan tu kira oraitler.

maaf, tak ingat plaks nak amik linknya or sumbernya, main baca cenggitu2 jer.

Mak Su said...

eelobor - mahal, amik cikgu dari india datang ngajo :)

DrSinga said...

saya rasa geli bila nengok lukisan inai banyak-banyak kat tangan tu.....
macam sarang labah-labah..

T@sh Sch@ said...

erm... pernah terdengar satu ketika dulu ... (thn2 lps jerrr) .. lukisan inai ni haram ... tapi kenapa mcmaan leh di haram kan plak kan ... sdgkan hadis dah ternyata di situ ...