Sunday, November 21, 2010

Bertanding dengan Burung

Haritu anak aku nak cari kerja, dia tu sebenarnya tengah tunggu keputusan pmr. Itulah sebabnya aku tak seronok pun bila dia nak keluar mencari uwang... rasa kesian dan rasa tidak mampu pula sampaikan anak kena bantu mak cari duit.

Anyway, aku nasihatkan dia, kalau nak cari kerja, kenalah BERTANDING DENGAN BURUNG. Dia tak faham kenapa kena bertanding dengan burung ??

Iyalah kan, kan ada peribahasa cakap 'burung yang keluar awal akan dapat cacing lebih cepat dari yang lain'. Tapi adakah patut, dia kata, "Tapi Mak, kakngah bukan nak cari cacing, kakngah nak cari kerja".

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

11 comments:

Sha said...

salam;)
sama mcm anak saya, beria-ia nak cari kerja. lastnya 3hari aje pastu penat le bu..... baru dia tau ssh snngnya utk hidup.

Nia Dhani Nasir said...

takpe maksu,bdk2 skrg elok ddedahkn ngan dunia kerja.yg pnting maksu tau keje tu xbhaye pd die dan xjejas stdy die.sebb cmpny skrg nak pengalaman. Klu lepas dgree bru nak keje susah.at least die tau cmne susah mak bpak cri duet.

puterikurekure said...

oh. kak ngah baru lepas pmr ye. kalau saya pon saya berat hati la maksu. muda lagi. somemore keadaan sekeliling skarang tak meyakinkan saya nak lepaskan anak dara seawal umur 15 tahun.

maksu dah beri green light dia keje ke? maksu minta dia jaga baby w je la kat umah. hehe.

Mak Su said...

kaklong sha, nanti sy tgklah k.ngah boleh tahan berapa hari... hahaha

betul tu nia, dgn adanya pengalaman kerja, mudah skit

intan - dia nak gaks, sbb dia dah besa ikut org gi buat kerja jual sayur tu... so bila org tu bankrap, dia tetap gaks nak kerja.

makdara TERdiva said...

haha! cute jer jawapan dia..loyar buruk ikot maksu la tu.. :P

sy festime pegang duit keja sendiri mase tgh tggu SPM..keje kat kantin sekolah rendah..tu pun mcm tak konfident jer..

Insan Marhaen said...

cerita burung cari rezeki itu adalah ibarat orang yang kuat taqwanya pada Allah. dia yakin bahawa rezeki Allah itu ada di mana mana..

T@sh Sch@ said...

hahhahahhahahhaha

hahhahahhahhahahh

ahahhahhahahhahah


lucu lah mak su nih

DDrfauziah said...

Aslmkm.
TQ kerana menjengah ke laman Kak G ... ni berkunjung balas ler. :)
Jawapan spontan anak tu jelas. Tapi jika dia ingin keje untuk mengisi ruang masa, sokong jer. Berterus terang juga supaya dia tahu menjaga diri. Ya kan?

shasha said...

alamak!! salah faham dgn maksud peribahasa kah?heehheh...burung sekarang dah tak makan cacing dah rasanya maksu..

zino said...

budak2 ni masa cuti PMR saya tak bagi kerja.. lagi pun sekejap je.. lepas SPM ok..

julietchun said...

hahaha, saya suka jawapan kakngah.