Friday, November 19, 2010

Babywear Mei Tai

Dengan gembiranya saya nak beritahu bahawa saya telah pun mendapat persetujuan dari Shada aka Puan Shais , iaitu owner Big Eyes Shop untuk menjual barangan handmadenya iaitu Ring Sling dan Mei Tai, di mana kedua-duanya adalah alat gendongan bayi.

Sekarang saya nak mengutarakan Mei Tai sebagai produk pemula bagi My Special Mall. (kedua-dua gambar didapati dari Google)

Haaaaaa.... tengok tu, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang (oops!), betapa gembiranya mom dan baby di atas tu, berbonding dengan bantuan Mei Tai.

Saya pasti anda tentu sukakan ini kerana ia datang dalam pelbagai corak, warna dan apa yang penting, bukan sebagaimana di tahun 1990an dulu, semuanya terhad.

Bagi yang baru nak mengenali Mei Tai, ia adalah satu alat mengendong bayi (baby wear) yang diadaptasi dari China yang mana dengan Mei Tai ini dapat menampung berat bayi hingga 10kg lebih. Dan yang paling utama adalah ia boleh digunakan seawal bayi anda berusia 2 bulan!

Anda boleh mengendong bayi anda secara Front Carry, Back Carry mahupun Hip Carry di mana jika anda ingin mengendong bayi anda secara Back Carry; anda hendaklah pastikan bayi anda sudah tegap dan dapat mengimbangi kepala dan badan mereka dengan sendiri iaitu lebihkurang 8 bulan ke atas.

Berminat? Sila emel ke ceritakosong@gmail.com ataupun boleh tinggalkan emel anda di blog ini ataupun di blog 'mall' supaya saya dapat contact anda.

Okey, seterusnya, mari melawat ke My Special Mall untuk melihat gambar-gambar yang disediakan.

Reselling of the products is with the approval from Puan Shais.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

syira qahira said...

salam maksu

nanti dah ada baby nak beli lah satu..

thanx singgah gadis kidal..

syira qahira said...

salam maksu

nanti dah ada baby nak beli lah satu..

thanx singgah gadis kidal..

Mak Su said...

syira - thanks :)

aNIe said...

Maksu... kalau akak nak beli nanti kena gendong cucu pulak...hehehe

kakpah said...

faris dah 13 kilo. dah tak terkendong lagi dah, haha..
bagus maksu jual ni..

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

Kakak tak faham macamana yang sling tu nak guna. macam baju berfesyen pulak He...he... ini jakonlah kiranya sebab kalau yang dukung dakap dada atau belakang biasalah tu. Tapi sling tu err...

Mak Su said...

kak anie, hahaha

kak pah, mencuba-cuba kot-kot ada jalan merdeka kewangan di sini pula

kakzakie, tq dgn soalan ini, nanti saya akan dapatkan maklumat dan buatkan posting insyallah :)