Thursday, October 28, 2010

Siapa auta siapa

Duduk-duduk dengan w memang selalu menggelikan hati. Aku pun suka melayan. Haritu dia terjerit-jerit marahkan seekor semut yang sesat dekat dengan tempat dia duduk,

'mak! mak! semut ni nak curi makanan kita. w dah bunuh dia, dia dah mati', katanya sambil menunjukkan semut yang nazak kerana kena jentik olehnya.

aku pula berasa kasihan, 'kenapa usik semut tu, dia cuma tumpang lalu sajalah, lainkali biarkan saja'.

'iya ker dia nak tumpang lalu?' w bertanya.

'dah, dah, biarkan saja dia, sian dia'.

w cuba menguis semut tersebut, 'eh, mak! dia melekat kat tangan!', lalu dia menenyeh semut tu sampai terpenyek di tikar untuk menjatuhkan semut tu dari tangan dia.

'Ya Allah, sian kat semut, dah, biarkan saja, nanti datanglah dokter semut selamatkan dia', kataku pula (kacau betoi, tak faham dah apa cerita di tv).

'iya ker ada dokter semut? w tak pernah nampak pun dokter semut datang pakai baju dokter?', mukanya penuh kehairanan.

aku nak tergelak tapi tahan, 'betul ada dokter semut, biarkan kat situ, nanti dia sampai'.

w berdiri dengan penuh keyakinan dan, 'semut! semut! oh semut! ni ada semut dah mati, mari tolong hidupkan dia, selamatkan dia, semut! semut!' pekiknya di situ.

oouuuppp tokojut den dak w ni, pekik panggil semut pulak dah....... huish, sekarang ni aku keliru, siapa yang auta siapa sebenarnya?

aku yang auta dia, or dia yang auta aku?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

pB said...

perangai turun temurun

julietchun said...

lambatnya dokter semut nak sampai,hahahaha

jedi said...

HAHAHHAHA.......cerdik sungguh si W tue...

ckLah@xiiinam said...

Maksu jangan auta kite tawww!

:D

~ yus ~ said...

hahahahaa....

puterikurekure said...

semut kot kena auta. hehehe.

nuraarin-life said...

haha.. tak tahu nak komen apa dah.. terbayang W sangat comel memanggil Dr semut

Mak Su said...

tq pb, julietchun, jedi, cklah, yus, intan, nur: hik hik hik,.... gelak dlm perut jer masa tu sbb nanti dia banyak soal gaks, naper ketawa, itu ler ini ler... hihihih

MOKCIK AZWA said...

kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi hahahaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bagus adek w...mak ni suka tipu orang kang kalo orang tak lulus peksa maral lak

nieda said...

cerdik sungguh W. last2 anak yg auta mak dia balik..hehe

kak Erna said...

mak su...dah tau dak W tu lagi pandai..ha..auta lagi dia..kan dah kena..

shasha said...

hahaahah...comel!

Sharinginfoz said...

kesian kat semut tu kan

zino said...

ilmu mak dah meresap kat anak hehe

echah_syed said...

baru tau..! :D

Insan Marhaen said...

semut tu lalu.. ada makna,,,

PinQib said...

kih kih, lawak gak si baby w. maksu x bek tipu camtu. kihkih

Pala Maldini said...

haha.. budak2 ni bahaya kalau di ajar benda bukan2

semuanya di serap macam span..