Saturday, October 30, 2010

Semua orang yang jahat itu adalah baik

Mereka tak percaya bila aku katakan bahawa semua orang jahat itu adalah baik.... hubby tak pecaya, kakak tak percaya.... ok, ok... mari kita tengok sama-sama. Biarpun mamat tu naik motor, biarpun dia rampas kereta 4-wheel orang itu - tapi mereka adalah orang jahat-orang jahat yang baik.

Habis tu siapa yang jahat?

Yang jahat adalah orang yang menjadi kawan baik kepada Bala.

Bala sekeluarga iaitu dia, isteri dan seorang anak kecil yang belum fasih bercakap pergi bercuti ke rumah makbapak Bala di kampung. Penjaga rumah agam itu ialah makcik Bala. Kehadiran mereka sering dilawati oleh rakan sekolah rendah Bala iaitu xyz [aku tak ingat namanya]. xyz ni kerja sebagai broker hartanah.

kata orang, kalau rumah dah lama kosong, maka akan adalah penghuni lain, paranormal! mister! seram!

Kehadiran keluarga mereka di sana disambut dengan penuh kasihsayang dan gembira oleh..... siapa? siapakah yang disitu ketika Bala tiada?

Pada suatu hari ketika Bala membawa isterinya keluar bersiar-siar sambil menyanyi di gunung lagu rentak baru, ini kerana Bala ingin memujuk isterinya yang ketakutan kerana iserinya percaya bahawa rumah agam itu berhantu!

Perjalanaan mereka diekori oleh seorang lelaki yang Bala elakkan. Mrs Bala kehairanan dan ingin menegur orang itu tetapi Bala cepat-cepat menarik tangannya beredar. Mereka sampai ke rumah dan tiba-tiba saja rakan kongsi niaga Bala, encik abc sampai bergegas2. Tak lama selepas itu sampailah si penunggang motor misteri tadi diekori oleh sebuah kereta.

Dari celahan tingkap, sesuatu atau seseorang memerhati.

Ketika itu Bala sudahpun berbalah berbisik-bisik dengan kawan kepada lelaki si penunggang motor, bosnya dengan jambang elok berurus bertanya perlahan, "Bala Sir, bila you mahu bayar hutang i lima karor (5 juta)?" Bala berjanji akan bayar secepat mungkin sebaik saja pelanggannya melunaskan bayaran sebanyak 20 karor (20 juta). Isteri Bala kehairanan tak mengerti apa terjadi. Apa yang dia tahu, dia cuma mahu meninggalkan rumah itu kerana baginya rumah berhantu itu sangat menakutkan, apatah lagi, anak mereka disukai oleh hantu di rumah itu.

Tetapi Bala menghalang lalu terpaksa menceritakan keadaan sebenar tentang hutangnya, dan samseng ceti itu akan mengambil isteri Bala sebagai ganti.

Dipendekkan cerita, pada mulanya Bala tidak tahu tentang kehadiran hantu di rumah itu sudah mula sedar dan ingin lari pula dari rumah itu, malangnya samseng ceti itu berkawal di pintu masuk keluar rumah depan dan belakang dan hanya akan melepaskan mereka jika dah bayar hutang!

Tanpa Bala sedari, rupa-rupanya client dia dah pun bayar tunai 20 karor, tapi kawan niaga kongsinya cuba nak songlap duit tu, tapi hantu di rumah itu lebih bijak, dia menghantar sms kepada isteri si abc suruh datang bawa duit.

Di satu bahagian lain, Bala memohon bantuan xyz utk mencari bomoh menghalau hantu, bomoh datang dan melakukan upacara exorcist, dia tiba-tiba ketawa!! "hahahahhahaa! engkau semua kena tipu, hantu di sini tak mahu keluar! hantu di sini adalah hantu kasihsayang, iaitu roh makbapak hang yang mati eksiden kereta dan rasa merana dan pilu kerana tak dapat teruskan kasihsayang mereka menjaga hang!!!", kata si bomoh.

Bala yang panik kemudian cuba menjual rumah itu melalui xyz, malangnya xyz dengan orang yang berminat telah ditakut-takutkan oleh hantu yang bermain-main daun tingkap.

Tak tahu apa nak buat, mereka akhirnya berpakat nak lari tengahmalam, xyz disuruh sediakan kereta. Selepas memastikan selamat, mereka mengendap2 keluar dan usaha mereka telah dihentikan oleh samseng ceti and the gang. Kejar-mengejar berlaku di mana akhirnya si abc lari bawa wang tunai dalam beg meninggalkan isterinya kena tangkap. Sementara Bala sekeluarga tak tahu nak ke mana, lari semula ke rumah agam. Akhirnya dengan mengah, si abc pun sampai semula ke rumah agam tapi dia terus lari dengan beg masuk ke bilik kerja mendiang ayah Bala. Ketika di dalam bilik itu, kejahatan tersembunyi abc telah dibongkar, "aduh! tolong! tolong! hantu pukul aku! tolong!"

Abc jatuh berdebuk-debuk dari tangga ke ruang tamu dan beg duit telah dilemparkan ke arah dia, beg itu terapung-apung di atas abc dan terbuka lalu berderailah duit 20 karor! abc cuba juga nak melawan bila tiba-tiba pen kegunaan mendiang ayah Bala terbang pula lalu berhenti betul-betul depan mata abc, abc lalu duduk berlutut memohon maaf.

samseng yang mengejar terkejut, Bala, makcik Bala, xyz, abc - semua pun terkejut. aku tak berapa terkejut sebab aku dah terbayang dah skrip ni.... hehehe, berkat banyak menonton tvlah katakan, oops!

Geng samseng ceti terus memegang abc, sementara ceti pula mengira wang-wang yang bertaburan, "Bala sir, take your money 15 karor, i take only 5 karor the amount you owe me". "Wahai Bala Sir, you all youngsters memang tak tahu tentang orang tua kamu, andainya saya nampak pen ini siang-siang, sudah tentu saya tak tuntut hutang 5 karor tu sebab nilaian pen ini lebih tinggi, lihatlah, pen ini adalah bekas kepunyaan PM kita, Mahatma Gandhi", ulasnya sambil tersenyum.

Dan mereka live happily ever after! eh! ini bukan cerita shrek, hahhaha. Mereka happy, hutang selesai, abc malu, Bala marah tapi bila samseng ceti nak bawa abc ke balai polis, Bala menghalang. Isteri abc dengan muka bengis, ikut naik kereta samseng ceti.... melepaslah abc. Itulah, ja'at sangat... nak auta kawan sendiri.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Ibu n Abah said...

mak su...
'bala' betul cerita ni...
dari awal lagi dah payah sungguh nak memahamnya.... hihihiiiii..

Tihara said...

panjang nye bala nye cerita..

Mak Su said...

ibu n abah, tihara - hahaha, layanzz

nuraarin-life said...

berkerut-kerut dahi membaca cerita maksu ni, banyak sangat karektornya.. anyway, sib baik tak ending tak macam cite hindustan..

T@sh Sch@ said...

a ah .. me setuju ngan tajuk n3 tu ... mcm me lah ... walaupun me jahat ... tapi me hati banyak baik wo ...

me buat jahat tag maksu lak kali ni!!

http://akudidiari.blogspot.com/2010/10/teka-teki-dik-rizki.html

Mak Su said...

nur, iya ker? hehehe.... ni crita tamil

tash, erk... kena tag? okie okie

SUZIE APAI said...

mak su, mula2 tak paham..pahtu blur..pahtu buat2 paham..

nama penuh bala aper? ahakssss...

stetmen :org jahat pun baik..Mereka ttp ada hati yg dikurniaan Illahi..cuma putih atau hitam jer...ari tu, kt area umah nenek, ader pecah umah, tp yg isunyer skrg, org yg pecah umh tu sempat balut luka kpla tuan umah yg berdarah sbb diketuk oleh dia sendiri...baik ke jahat tu????

shasha said...

hmm...ni cerita hindustan ke cerita tamil? sempena deepavali ek maksu...

Pala Maldini said...

bala betul baca cerita Bala ni.. macam cerpen dalam surat kabar.. hehehe

btw, kena tau kenapa orang tu buat jahat.. macam orang kebulur curi roti..