Tuesday, October 5, 2010

Pergi bersantai di tepi tasik

Budak ni pagi tadi sakit perut dan muntah, dia menangis... Pagi ni dia mula dah lah dengan kertas soalan Bahasa Melayu objektif, lepas tu karangan, petang nanti ada geografi pula. Aku kata buat apa nak nak layan sangat saspen tu, buat macam pergi sekolah biasa, over excited akan melahirkan anxiety dan seterusnya merembeskan asid-asid yang melukakan di dalam badan, lalu membuatkan badan sakit-sakit... hhhmmm, itupun aku tak pernah seumur hidup dia aku kata 'engkau mesti dapat Doploh A, kalau tak mak akan menangis macam katak panggil hujan selama seminggu'. Tak, aku tak pernah pun desak dia, mahupun anak-anak yang lain. Kenapalah nak tensi sangat, mak awak ni, bukan jenis mak yang mesti nak bersaing-saing dengan orang lain, mak awak ni sangat sempoi, dan engkau pula nak gelabaaaahhh jer.....

Hari Ahad lepas aku bangun pagi siapkan makanan,
Ingat nak buat rendang ayam sempoi pepagi buta tu, tapi rupa-rupanya ayam disimpan kat tempat ais, alamak! malaslah nak defrost, makanya jadilah sambal sardin saja. Itulah masalahnya kalau kat rumah tak ada ibu, kan (aku pergi berdingin-dingin kat CH dengan tiket kompeni)... aku dah pesan kat paksu chot untuk beli ayam dan bersihkan terus sebab kakngah nak pergi release tension di Taman Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak tu, memandangkan kami ni adalah 1/2 dozen, tak berbaloi kalau nak makan di kedai.

Refer kepada entri terdahulu tajuk backpackers, lihatlah dak w tu dengan stokin di tangannya, dia tanya boleh tak dia pakai stokin, aku kata boleh saja.... aik? kaki sapa terjuntai tu?

Selepas dipakai, terasa panas pula, iyalah kan... stokin tu untuk tempat dingin, dia pakai di tepi tasik di KL, manalah nak sesuai, hi hi hi..... Selepas dia tanggalkan stokin, kakngah dan kaklang pula mencuba.

Kakngah ni punya cita-cita yang menarik sekarang ni, berminat nak jadi fotografer, kalau boleh dengan natgeo. Waduh, jauh bangat tu... lihat gambar-gambar di bawah, dia yang snapped.



Dulu-dulu dia nak jadi askar, lepas tu polis, lepas tu nak bukak tabika/nursery, nak meniaga makanan, sekarang ni fotografer pula.... layanzz... Selamat berusaha!
"Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku, juga anak-anak lain yg menduduki PMR sekarang ni, hinggalah ke minggu depan......., lapangkanlah dada mereka, ringankanlah minda mereka, jauhkanlah gusar dari hati mereka, amiinnn"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

28 comments:

Sha said...

salam:)
smoga anak kita dipermudahkan. Amin

sayapun tak menaruh hrpan yg tinggi. Redha dgn hati terbuka.

ejaMaria said...

hmmm... nak exam... gelabah mmg macam tu... sabor je la ;)

Mak Su said...

kaklong sha, i agree with u

ejamaria, iya ler, ek... saspen banget

syaf said...

wah sempoi bondanya...moge2 anak mak su boley ler jawab kan]

lauk tuh nampak sedap

pB said...

salam Mak Su


kita sebagai mak mak ni , cuma boleh berdoa agar anak anak kita jadi manusia.


tak gitu Mak Su

en_me said...

saspenn tewwww..

MOKCIK AZWA said...

Sama-sama kita doakan kejayaan anak2 kita maksu...

kayteeze said...

Samalah dengan anak Tie, semoga berjaya semuanya.

Jadi photographer pun bagus, maksu... Kalau ada kelab di sekolah, bolehlah join...

PnConfused said...

maksu, baguslah.. anak2 tak pressure...


tp kdg2.. mak2 plak pressure lelebih, sbbb kwn2 dia duk compare anak2 masing2... bukan bdk2 yg kiasu, mak2 bdk yg over kiasu.... hehehhehehehehehehe

nidus2 said...

Maksu sendiri tak ambik periksa ke?

Pak Nidus tahun depan baru ada anak ambik PMR dan SPM...tapi anak nga mak lain ada 191 orang..semoga dia orang berjaya sebagaimana doa dan harapan kita...

Mak Su said...

syaf, hahaha, lauk biasa jer

pb, yezza

en_me, iyer

tq mokcik

tie, thanks, a good idea

pnconfused, hehehe, masing2 ngan cara masing2 :)

pak nidus, saya nak belajar lagi, nak amik ijazah, tapi malas nak study, so tak dak pereksalah, hahaha, amvoi, ramainya anak, 191 orang!

Tihara said...

yg penting jadi orang yg berguna..kan mak su :)

julietchun said...

sempat juga maksu bawa anak2 piknik.
moga kakngah akan dapat mengatasi tensinya :P

Cik Pah said...

bagus bawak anak anak amik angin release stress kan..

moga mereka semua dapat menjawab ngan tenang..

tukang karut said...

bkn ke kt tasik tu dingin gak?
time ujan la....

makdara TERdiva said...

samela maksu...together2 kita ber PMR..eh! adik saya..

sekamar rindu said...

salam..mak su,

seronoknya santai di tepi tasik..

Pala Maldini said...

semoga dipermudahkan urusan anak maksu.. Ammiinnn...

Ibu n Abah said...

salam maksu...
benar bagai yang maksu kata...
kita yang jadi emak ni jgnlah nak mengharap bulan dan bintang bila anak kita periksa...
kita dah didik yang terbaik... doa sajalah biar menjadi anak soleh dan solehah... berjaya didunia dan akhirat...

iina said...

Amin.. semoga yang sedang menjalani pmr ditenangkan hatinya menjawab soalan ;)

ana said...

semoga anak maksu dpt jawab soklan dgn baik n tenang!

kak Erna said...

amiin..semoga kak ngah dan semua anak2 yang menghadapi PMR..akan berjaya menghadapi nya dengan tabah dan tenang

shasha said...

doa ibu selalunya makbul...aminnnn~

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, hopetu perut sakit budak now okay.
Hey, you a good photographer. Not bad. Outstanding! Very sharp pics, boleh nampak ikan dalan tasek tu.

That 'stokin' looks...real cool, ha ha.
Mak Su, you stay young and have a nice day, Lee.

azieazah said...

Selamat menempuh peperiksaan buat semua yang menghadapi.

Moga tenang dan dapat menjawab dgn lancar.

rATu kEBaYA said...

salam

maksu.. semoga yang menduduki pmr mendapat keputusan yang cemerlang..

Madness Maxima said...

Assallamualikum!!! Apa khabar dari Singapura? Dah lama tak dengar khabar! Harap sihat sejahtera..oh btw sebelum terlambat.. Selamat Hari Raya :DD

Ain said...

gud luck untuk anak2 kita...

danish pun ada exam jugak minggu ni walaupun baru duk tadika...