Tuesday, October 12, 2010

Open

Bulan ni bulan 10, adalah bulan bahasa kebangsaan tapi aku hairan kerana satu rancangan talkshow kegemaran aku menggunakan bahasa Inggeris untuk menemuramah warga Malaysia bukan bangsa melayu baru-baru ini. Eh, aku pun hairan, kenapa aku tulis talkshow, bukan rancangan bual bicara...aaauuuooooooo

Bulan ini juga adalah bulan gambar-gambar menarik di national geographic, aku pun ada ambil gambar, tapi .... menarik kah tidak? Tak tahulah.

Apa yang aku nak beritahu adalah sekarang aku lebih open dari segi percakapan, maksudku, kalau kamu lihat aku 25 tahun lalu, aku mungkin malu-malu dan sentiasa pegang tapis, sekarang tapis teh tu dah mula aku letak ke tepi. Dan aku dah boleh cakap open dengan selesa.

Kalau kamu tak percaya, sila sekarang suruh aku cakap open.

oohhh ppiiii eeiii en

O _ P _ E _ N

thank you.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

LiNda said...

Maksu
gambar pun nak open-open jugak kee?

Mak Su said...

linda, gambar pun open juger.. selain dari mulutku jadik tambah laser, wakakaka, ai loikeeee

en_me said...

tp pasu bunga masih depan muker makk kanns.. ihiks

Mak Su said...

en_me, oops! ;p

julietchun said...

bertambah usia bertambah open, oppssss :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

dah boleh agak dah perenggan terakhir tu.

Mak Su said...

julietchun, a'ah

akeji, heh heh heh

kak ina kl said...

baguslah mak su dah berani open..
open apa ek..

semuga anak dara maksu berjaya dalam peperiksaan..akak pun tak mengharapkan anak dapat 20 A..tapi kalau dapat melompat gak kan

MOKCIK AZWA said...

open house??

open office?

open itu baik, tapi kena juga close sikit2...hehehe

Shifu67 said...

bercakap dah open... bangkali dah tiba masa open gambar tuan rumah kot

suara said...

nak bercakap, memang kena open mulut, kan maksu.

kakngah said...

pagi td tgk MHI kan.. ada la sorg artis melayu tu.. kacau bilau btl bahasa beliau.. kalau nak ckp inggeris tu.. biar la sepenuhnya.. toksah la rojakkan bahasa.. sume ni perosak bahasa kebangasaan kita je...

Cik Pah said...

yelah..usia itu mematangkan kita kan kan

ckLah@xiiinam said...

25 tahun dulu cklah tapis teh dengan gigi je...

Tapi kini, gigi dah jarang....kena ambil balik tapis teh yang dah letak tepi tu....



...makin tua, makin 'tutup'lah ckLah nampaknya.

:)

makdara TERdiva said...

tu la namenye transformasi..

maksu..nnti email kan saya address maksu..saya nak anta kad jemputan :)

Tihara said...

ingatkan open yang utk tontonan 18 thn ke atas..ekeke..gurau jek :D

shasha said...

marilah sama2 kita open mak su..hehe

Pala Maldini said...

aku pun nak cakap open.. Oohh, Piii, Eiii, Ennn ... O-P-E-N

fndrocka said...

I sound stupid if i speak in malay.kah3