Friday, October 22, 2010

Membuka untuk pengiklan-pengiklan

Inilah yang saya lakukan seharian, memeriksa arkib-arkib di template ceritakosong yang lama, membuang, mengguna-semula, mengkivkan apa yang patut.

Apa yang ingin saya war-warkan adalah saya dengan rendah hati dan berbesar hati ingin menawarkan ruangan-ruangan iklan di side bar kiri dan kanan blog ini untuk anda, para usahawan yang berada di luar sana.

Penerangan yang lebih jelas ada saya letakkan di SINI. Selamat berkenalan dengan My Special Mall.

Maafkan susunatur Mall berkenaan yang jelas sekali merupakan sebuah 'warehouse' terpakai (itulah template ck yang lama, hi hi hi), nanti insyallah akan direpair.. hu hu hu ;)

Oleh itu, saya mengalu-alukan para pengiklan produk mahupun perkhidmatan untuk meninggalkan komen serta emel anda untuk saya hubungi, andai berminat.

Apa yang anda boleh tawarkan:
Sewa lori
Sewa teksi jarak jauh
Tusyen
Jualan beg, kasut, kain ela, samping songket, aksesori untuk wanita mahupun lelaki, pakaian dsbnya.
Mengajar tajwid
Mengajar komputer
Mengambil upah menaip
Memotong rumput
Membersih rumah
Menggosok baju
Katering
Khemah kerusi meja untuk disewa
Fotografi
apa-apa saja, terpulang kepada anda.

Peringatan secara sepoi-sepoi bahasa, walaupun blog ini namanya juga adalah ceritakosong, tapi gurauan kosong adalah tidak disenangi.

Salam sayang,
mak su

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wow dah ada papan iklan hehe

mak su anda di tag ;)

endiem said...

tahniah lah..semoga bisnis maju jaya.

LiNda said...

Gud luck maksu !

Tihara said...

tahniah..dah ada commercial board..menandakan maksu punye trafik sgt mengagumkan.. :)

Insan Marhaen said...

memang kalau dah otak bisnes, mana ruang kosong akan digunakan untuk bisnes...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

wah mak su dah upgrade dah biz sekarang...pak su tak tolong

ckLah@xiiinam said...

Selamat maksu..

zino said...

bagus ada kemajuan...

Tihara said...

maksu, saya nak balas dendam..ambil tag di beog saya..before stock last :)

Tie said...

Amboi maksu, hihihi...
Nanti kaya, boleh belanja Tie ABC tau!!!

kella said...

wah wah wah maksu... ada peningkatan ni.. :)

SUZIE APAI said...

amboi...maksu. Bagus!!! sy tak der bis nak tempek kt sitewwwwww...

Mak Su said...

gdsb, heheeh, tq, insyallah akan buat

endiem, thanx

linda, i need it, thanks

tihara, insyallah

IM, hahahah, nak cari pendapatan tambahan, mgkn boleh dijadikan main income kelak

brutalsolo, takk... saya sendirian berhad jer

tq cklah

tq abang zino den :)

tihara, amboi....ok

tie, hahaha, insyallah

kella, insyallah , moga-moga

suzie, alah........

PinQib said...

mk su smoga BERJAYA dunia akhirat

Latest entry di:
Aku dan makanan

MOKCIK AZWA said...

All the best!