Wednesday, October 20, 2010

Ketagihan (1)

Anda sekeluarga ketagih pada facebook bila semua ahli keluarga anda ada akaun facebook masing-masing dan pada suatu senja anda letak status:

"sedang sediakan makan malam, keluarga tengah menunggu"

dan suami anda klik pada butang 'Like', seterusnya anak-anak anda balas komen dengan menyatakan,

'cepatlah mak, saya dah lapar ni, mak masak memang sedap', dan anda balas dengan klik pada butang 'Like' juga, seterusnya anak kecil anda menulis di wall anda,

"mak, saya nak susu, yang suam-suam, nak suruh siapa tolong buatkan ni?", malangnya tiada seorang pun abang-abang mahupun kakak-kakaknya yang sudi nak klik pada butang 'Like', sehinggalah anda menghantar mesej inbox pada anak sulung anda dengan tajuk,

'Adik nak susu' berserta mesej, "Kakak, tolong buatkan susu sebotol untuk adik".

Kalau nasib baik, dia akan bangun, kalau nasib tak baik, dia akan hantar gambar botol susu sahaja pada adiknya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

23 comments:

pB said...

salam



sib baik , belum lagi sampai ketahap itu lagi ...

rATu kEBaYA said...

alhamdulillah.. masih blm sampai tahap tu lagi..

PinQib said...

haha.. xda.. sbb appa and amma xda.. kakk n adik jer ada fb tu pun idop masing3. hehe

Check out on these:!

Latest entry di:
Present
Lagu Nangis
Ciri bini idaman

Ummi said...

lawak lah pulak mak su

ummi cuma menghadapi masalah berebut lappy dengan batrisya aje :)

~terataibungaindah~ said...

hai..d0k mukabuku je, bile nk masak nasinye.haha

shasha said...

kesian....
tapi FB sekarang dah jadi trend...budak sekolah rendah pun dah ada...dahsyat!

kakngah said...

kite takde FB
:P

GaDis CoMeL said...

hahaha. lawaknya. letak je gambar makanan kat fb.

syaf said...

hahaha macam2 kan...kalu jadik macam mane ek..

Rozita said...

demam fb and butang 'like' lah ni ye

HEMY said...

haa..mak su kah ni??eelelelele

Mak Su said...

tq pb, ratu kebaya, pinqib, ummi, terataibungaindah, shasha, kakngah, gadis comel, syaf, rozita, hemy... gurau-gurau jer... hihihiih, kita tak macm tu pun... hahahhah

julietchun said...

hebat penangan fb ni kan.

rasp said...

kahkahkahkah...tak leh bayangkan kalo betul2 gitu kan...

kak ina kl said...

teruk tul family tu.agaknya family sape ek

azq said...

*like* jugak

Cik Pah said...

addicted jugak..tapi tak tahap camtuh lah maksu.. setakat online 2 jam sehari jer.. cukup..pastu logout..kalau idak mmg tak leh buat kerja lain.

Mak Su said...

julietchun ~like~

rasp, hhehehe, just joking

kakina - ooo, entah ler ;p

azq ~like~ ;p

cik pah, saya dok terfikir jer scene ni, hehehe

Tihara said...

betapa pengaruh mark zuckerberg merebak dgn pantas..

Hamizah said...

pening macam ni..hehehe

DrSinga said...

'adik dah korek hidung ni sebab tak dapat-dapat susu!!!!!!!!"

shafarina said...

hehehe kelakar nih....

fizz said...

maksu..

kalau ada button like, sy dh like entry nie :d