Friday, October 15, 2010

I Love ICT

Ha... tahu tak gambar siapa di atas tu? Beliau adalah enna banana yang menganjurkan contest I Love ICT. Terima kasih atas kesudiannya menjemput maksu untuk menyertai contest, I Love ICT.

Walau bagaimanapun maksu rasa ralat sikit sebab maksu ni tak pernah lagi sampai ke i-si-ti, bukan saja i-si-ti, i-si-tu pun belum pernah sampai lagi... maknanya, maksu ni entah layak entah tak. Kalau kata cita-cita, memang ada... memang ada sangat hajat nak ambil gambar lampu lip-lap terang pelbagai warna tu.

Tapi dengan berbesar hati dan terharu atas kesudian enna_banana datang ke blog ini, marilah kita pakat duduk ramai-ramai kat bangku di tepi tasik.
Gambar ni memang gambar ori dari kamera maksu yang kecil tu, diambil masa bawa budak-budak berkelah ke Taman Tasik Permaisuri, atau nama lainnnya adalah i-si-nun, kadangkala orang memanggilnya i-sa-nun.

Seterusnya, ini adalah gambar ke2 yang maksu pertaruhkan, ini juga gambar ori, bukan gambar fotostat dari tiang lampu kat depan rumah awak tu..... hih hih hih.

Lokasi tu adalah di sungai yang dekat rumah maksu iaitu di i-di-sanun-tu. Maksu suka gambar ni, lively, ada aksi, kak lang sedang berusaha nak tangkap pelampung, di hujung sana adalah tempat yang dalam di mana kita acapkali dapat lihat aksi terjunan percuma gaya bebas dari pemberani-pemberani yang minat terjun, ada sekumpulan keluarga mandi-manda, aliran air sungai yang memangil-manggil, u-mai-sini, u-mai-sini.Buat mereka yang berminat nak sertai contest ni, ada 2 kategori disediakan iaitu kategori individu dan kroni. Hadiah yang disediakan pula ialah sebuah lampu tidur yang comel untuk setiap kategori. Tarikh tutup adalah pada 10 Nov 2010. Cepat-cepat jangan terlewat ya.

Seterusnya penganjur mahukan sebuah slogan-> "I Love ICT because it enlighten my dreams and now my dreams are with colours".

Jangan tidak-tidak, kena tag pula 5 orang. Mari kita lihat siapa yang kena....
rozita
ibuika
kak anie kaklady
linda miamanis
kamato

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

23 comments:

Gayahspears said...

gd luck :)

Mak Su said...

tq :)

Enna Banana said...

maksu!!!!
kenapa enna cam nak nangis nih
terharu sgt ngan maksu
sangat gigih maksu nak join ini contest
sumpah sumpah nak nangis! touching gila ngan entry ni

anyway thanks for joining up and also promoting my contest.
boleh x nak sayang maksu??
muahxx muahhxx

nottingham said...

selamat ber i-si-tun maksu! nanti dapat lampu meja tu, sila ambil gambar kat tepi sungai dan kat bangku tu


you can do it! woot woot!

Tihara said...

eh, bile la nk sampai kat i-si-nun tu :)

LiNda said...

Tuan punya contest dah sayang maksu .
Kompom !
maksu menang .. huwaaaa...


erkk.. tak cuba tak tahu kaans ..
so, saya nak join gak
thanks maksu tag saya ..

I_Hate_Lolipop said...

ict tu slalu aku lalu, mcm takde apa2 pun. tapi ict ni suh uitm beli sbb diaorang dah nak bankrupt dah. huhuhu

shasha said...

dah pegi ICT..yeay!!!
tapi panas laaaa...

arsaili said...

salam..i sitok bole?

Insan Marhaen said...

mesti best kalau IM dapat mandi kat i-di-sanun-tu bersama ibu_suri, kan!

huuu... sudah lama tak nikamti dingin air kali...

annfrendly said...

maksu..
saya suka gambar yang maksu amik ni..
berseni...

tengok gambar air sungai yang molek mengalir tu.. tetibe je saye menggelupur nak mandi sungai...
bestnya dapat rendam2 badan kat sungai..

DrSam said...

masuk mak su jangan tak masuk...good luck!

Zareda Norman said...

alahaimaksu dah duedate ler pulak.

baru hari ni dapat buka notebook setelah seminggu berkelana jauh dari rumah dan ofis

Zareda Norman said...

lorr

10 nov ingatkan 10 okt.. tak mau masuk contest tp nak tayang gambar kat ict aje.. hehehe boleh???

PinQib said...

xdak dslr la maksu.. =(

Jum Singgah yer

Latest entry di:
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Oke tak eden?

PinQib said...

xdak dslr la maksu.. =(

Jum Singgah yer

Latest entry di:
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Oke tak eden?

zino said...

nak ambik gambar kat ICT tu kena kamera yg canggih manggih baru gambar tu menawan, kalau tak dapat la juga gambar yg menarik je hehe

Sahrul Hasmad said...

Tgk gambar jeram tuh jer dah terasa sejuk eh...lum mandi laie..he..he.he..

luahfikiran said...

SALAM,
TENTANG ICT NI, LF KELABU SIKIT. NAMPAKNYA MAKSU LAGI HEBAT. JADI TERUSKAN HASRAT MAKSU TU

Mr PenyuBiru said...

mak su buatlah kontes jugak dan hadiahnya Siti. hehe

Rozita said...

mak su,
terima kasih tag saya, tapi kan, sy tkde gambar yg nak di pertaruhkan. pastu, sy macam kurang paham akan tag yg ini...huhuhuhu~

Enna Banana said...

double check contest! :)

Bukan Gadis Comel said...

tahniah maksu!!