Tuesday, October 12, 2010

Gemuk Kurus

Terpulanglah kepada kita samada kita nak menggemukkan atau mengkuruskan belaan kita tu...alah, si setan yang bertugas follow kita senantiasa tu.

Kalau nak biarkan dia sakit-sakit kurus kering tak makan merana, kita beringatlah selalu dan ingat Allah sentiasa. Tapi kalau kita jenis sempoi tak kisah cool kelw, kita buat dunno sajalah, nescaya belaan kita tu, si setan tu, gemuklah ia, sihat-walafiat hendaknya. Dahlah gemuk, kaya-raya pula, apa taknya, kita pakai seluar branded dia tumpang sekaki, kita makan cupcakes, dia tumpang seperut, kita minum barli suam untuk lawas perut dia pun merasa juga.

Sukalah hati menate belaan tu, hahahah

Lain pula halnya dengan si setan yang bertugas mengekori orang yang mendahulukan setiap perkara dengan Bismillah, sebagaimana riwayat ini,

Riwayat oleh Abu Hurairah, "Bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dgn syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk,dan berpakaian, manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan telanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan org mukmin, mengapa engkau kurus?".

Jawab syaitan orang mukmin, "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama ALLAH, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku selalu kehausan, kalau dia berpakaian selalu menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap bertelanjang dan sewaktu dia bersolek dia selalu menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap kusut dan masai"

Lantas berkata syaitan orang kafir, "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama ALLAH dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian."

Tepuk dada tanya selera, anda mahu parasit ini jadi bagaimana?

Setan dalam ini cerita tak ada kena-mengena dengan cerita lama karya/lakunan Seniman Agung kita.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

rasp said...

Senang je kan nak 'meng-kurusnya' tapi tetap ada gak leka...nauzubillah..

ckLah@xiiinam said...

A'u zubillahi-minas-Syaiton-nir rojim.......

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

Assalamualaikum....

tin tin pon pon......mamarempit datang .....hehehe

Mak su....den masuk yo...hehhe...
balik kang nk bitau hal ni pada si hero tamil tu...maklum le..lasak bebeno..bila dh letih...haus...main gogokkkk je air...kan...nanti dia....

Mak Su said...

rasp, saya pun kerap terlajak, huhuhu

cklah :D

mamarempit.. yo silo silo

relevan said...

Bagi je kurus..senang kita nak sepak..

Tihara said...

byk2 berzikir n mengaji kan maksu..

LiNda said...

gemuk kang
menyusahkan !

habis dia hempap kita
takleh nak bangun solat .

kak Erna said...

mak su..biarlah setan tu kurus..jangan lupa bismillah dalam setiap apa yang kita lakukan..insyaallah..

Ibu n Abah said...

Mak su..
jom kita kurus keringkan si setan itu... kita patut hapuskan depa....

kakpah said...

maksu, masa azan jangan masuk toilet. berlumba2 dengan dia tuuuuu hehe..

shasha said...

adakah mereka meraka ini yg suka cakap "eh nak rasa sikit boleh?"

~Nur Zulaiha~ said...

asalamuaalaikum......

1. nak kasi tow... bru follow blog nie, dtg dri blog gadis comel,, nak tlis tp tak nmpak plk chatbox kat sini

2. n3 nie best, mmg da thu, tapi kamu mengigatkan balik... huhu, kna balik mencari diri blk~~~

3. boleh britahu mcm mana nak block spya tak boleh copy pic kat sini?? boleh la boleh la bgtow yer... sy tak ska stalker sy yg mencuri gmbar nie... :)

4. nie url sy HTTP://nurzulaiha.blogspot.com
kot2 la klu sudi singah...

:D :D :D :D :D :D

HEMY said...

baca bismillah utk sume benda nk dilakukan...kelihatan mudah..tp susah nk buat

chekdenoor said...

Salam .....

jom joint blog baru chekdee di www.butik-sayang.blogspot.com

Shopping mata pun ok......

Yan said...

beringat2la..
selalu2la menyebut nama Allah.. tak kire masa.. tp tempat kene kira.. jgn dalam toilet pun disebut jugak.. dlm ati kalu.. takpaa

Mr PenyuBiru said...

satu renungan yg menarik utk input pagi aku ni.