Monday, October 4, 2010

Bila dah ada duit....

kenalah beringat, oleh itu, selepas cuti raya tempohari, aku bawa anak-anak pergi menyimpan duit, simpanan asb.



Jum layan journey kami yang melenguhkan sendi-sendi aku,


1 - pergi pejabat pos yang dekat dengan rumah, tak boleh buka akaun remaja sebab borang remaja dah habis



2 - tinggalkan pejabat pos dengan perasaan tak puas hati, dan pergi ke bank arrr_ash_bee di batu 9, ambil borang dan tengok budak2 isi borang dan tekan nombor, cuma kakngah dan kaklang dapat buat buku asb remaja, kakak tak dapat sebab ic tak boleh dibaca. selepas aku hampir-hampir terlena, barulah siap 2 buku simpanan remaja asb.


Itu si kakngah tengah cek cap jari kat kaunter.
3 - pergi ke pejabat pos di batu 9, oh.. masalah, pejabat pos perlukan salinan ic aku juga rupanya, kat bank tadi tak kisah..... pergi cari kedai fotostat, "makcik pergi makan, datang lagi selepas 1 jam", kata pakcik penjaga kedai tu.

4 - kecewa kerana tak dapat nak siapkan hal buku asb si kakak, aku bergegas balik dan cuba cari tempat fotostat di dekat2 rumah, tutup juga.....

sehinggalah sekarang, simpanan asb untuk kakak belum dibuat lagi...... ya lah, nak buat cemana, belum ada rezeki gamaknya, till next time....


kucing ni, entahlah, dia ada ic atau tak? aku tak tahu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

Jard The Great said...

baguslah mak su da fikirkan ASB utk diorg.. ehehe

iina said...

Mak su.. confirm kucing tuh takde ic.. hehehe ;)

nidus2 said...

Pak Nidus yang tua ni pun taada ASB lagi tapi IC ada...heee3.

kak Erna said...

mak su buat lawak pulak dah..kalau la kucin tu ada ic

tukang karut said...

emmpph...dlm bank pun snap gambaq ker?tangkap kurung nnt bru tau....

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

sy ngah pikir..mcm mana rupa gambar kucing kat ic dia..

Ibuhani said...

bagus mak su ajar anak2 simpan dr skrg......sikit2 lama2 jd bukit.... :)

ana said...

klu kucing tu ada IC dia pun nak buat gak buku asb

Tihara said...

kucing tk sapu tahik mata..hehe..
bagus buat dari awal.simpan baik2 buku tu, nti payah nak buat semula.. :)

LiNda said...

Selalu masukkan duit utk anak
pun selalu pinjam duit anak .

ahaks !

Kucing tuh pun gelak kalau dia ada ic .. miawhahaha

shasha said...

hmmm....teringat arwah mak saya...macam mak su jugak...buatkan simpanan utk semua anak2 dia..

sahromnasrudin said...

salam maksu..buat aduan ke BPA je..sebenarnya urusan itu boleh dipermudahkan...

Shukri Mohd Ali said...

helo kucen =)

HEMY said...

dulu kecik2 remaja ke..tak sempat nk bukak buku akaun..ada saja di salurkan duit raya kuu

luahfikiran said...

SALAM MAKSU,
HEBAT MAKSU NI. BIMBINGAN DAN DIDIKAN YANG AMAT BAIK KEPADA ANAK-ANAK. SANGGUP PULA BERSUSAH PAYAH MENGURUSKANNYA

MOKCIK AZWA said...

kalau ada ic pun belum tentu kucing itu selamat dari dianggap sebagai 'pati'...alahai nasib kucing..

kaljis aka onggon said...

Tahniah kerana malabur dalam ASB hehehe mcm org ASB plak saya ni kan.. :)

julietchun said...

jgn kakak abeskan duit sudahlah yer :P

makdara TERdiva said...

maksu..mula2 sya rase sdih tp dah nak abes terus rase nak gelak tgk muka kucing yg kesian tu..haha!

Pala Maldini said...

kucing tak de i/c.. sebab kalau JPN nak minta cop jari tangan kanan dan kiri, macamana kucing nak bagi ?