Tuesday, October 26, 2010

Anak

[ulangtayang, pernah disiarkan di ck template lama pada 20.02.2006]

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

Tihara said...

dalam maksud nya..baik untuk direnungkan

julietchun said...

bukan senang nak jadi ibubapa yg baik kan.

nanaruzana said...

haih....kene balik KL jumpe ma ayah cepat2 ni...

Abd Razak said...

Salam...

Mendidik anak-anak bermula ketika mengandung mereka...

iva saionji said...

yup maksu....iva harap dan berdoa jika dikurniakan anak iva dan kanda dapat menjaga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah..amin...cabaran masa depan lebih kuat.....

PnConfused said...

benarlah kata-kata itu...

Mak Su said...

tq tihara, julietchun, nana, Us AR, iva, pnconfused :)

beautiful_rose said...

anak harta yang amat berharga.

Suzi said...

moga anak2 kita menjadi antara asbab kita ke syurga....bukan ke neraka...

Insan Marhaen said...

IM harap tidak begitu IM terhadap mak. dan anak-anak IM terhadap IM bila telah tiada nanti..