Sunday, October 31, 2010

Ambil Tahu: Hanya sangkaan sahaja

Mula-mula, nak ucapkan terimakasih buat Intan Hezliyana sbb sudi folo maksu di sini pula :)

Bismillahirrahmanirrahim

Adh-Dhuha

1. Demi waktu dhuha
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. [Bahawa] Tuhanmu [wahai Muhamad] tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci [kepadamu, dan sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik]
4. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu [kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat] sehingga engkau redha [berpuas hati].

Surah Adh-Dhuha adalah sering dibenci dibaca dalam solat sunat Dhuha, pada rakaat ke2. Adalah wajar untuk kita tahu apa yang kita baca agar dapat relate dan connect, sebagai usaha kita untuk lebih memahami kenapa kita diturunkan di muka bumi ini.

Dan mengenai apa yang didapati dalam surah Adh Dhuha ini, apakah anda tahu kenapa ia diturunkan sedemikian?

Telah diriwayatkan oleh al Hakim dari Zaid bin Arqam, sebegini, Rasulullah saw telah tidak dikunjungi oleh Jibrail a.s., lalu berkatalah Ummu Jamil iaitu isteri pak menakan Rasullah, Abu Lahab kepada Rasul, 'Aku tidak membuat kesimpulan lain kecuali sahabatmu Jibrail telah meninggalkanmu dan marah kepadamu". Maka turunnya ayat ini [ayat 1 - 3] adalah untuk menolak sangkaan/tanggapannya.

Rujukan: Asbabun nuzul, Sejarah turunnya ayat Al-Quran [Imam Jalaludin As Sayuthi]

Pengumuman: terimakasih betulkan saya ya mokcik azwa, tersalah taip, hu hu hu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

11 comments:

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan...

Zaitun said...

Satu amalan yang baik jika selalu melakukan solat sunat Duha.

kak Zai dah berpindah rumah
mamasya2.blogspot.com

chekdenoor said...

Salam,

Solat Dhuha 2 rakaat...baik jika diamalakan kerana insyaallah akan dimurahkan rezeki.

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

Suati yang amat kakak suka bila menghayait tiap ayat yang tertera. Moga dapat muhasabah diri ini.

Terima kasih...

Mak Su said...

tq azieazah, kak zai, chekdee, kak zakie :)

kak zai, okeh

MOKCIK AZWA said...

Maksu,

confuse..."Surah Ad- Dhuha adalah sering dibenci dalam solat sunat Dhuha"?

Seorang kawan yg kerjanya biasa2 saja, tapi sering amalkan solat sunat Dhuha...memang murah rezeki

wa kaljis said...

saling ingat mengingati... :)

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, regret bahasa saya not up to standard nak faham your this posting.
So will just wish you nice day and keep well. Best regards, Lee.

Pala Maldini said...

tak pernah buat, tak pernah ambil tahu..

TQ Mak Su for the info..

berpesan2 untuk kebaikan..

Yunus Badawi said...

Salam maksu.

Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan. Marilah kita lakukan solat Dhuha setiap hari. Kalau tak dapat banyak, 2 rakaatpun jadi.

Mak Su said...

tq mokcik azwa, saya tersalah taip

wa kaljis, palamaldini :)

yb - iya

tq uncle lee for stopping by