Friday, September 17, 2010

WASIAT (n3 auto publish)

Akhir-akhir ni kerap terfikirkan mati, dan tak sah bila fikir mati tanpa wasiat, bukan harta benda yang nak diwasiatkan buat anak-anak, tak ada apa pun, simpanan tak ada, yang ada cuma duit epf dan telah dinamakan setiap seorang.

Arwah abah mati dulu tak sempat tinggalkan wasiat
samalah dengan arwah mak
arwah kakak yang baru meninggal ni pun tak ada wasiat
begitu juga anak buah yang meninggal dulu tu
arwah kakak ipar pun sama juga, tiada wasiat

bukan wasiat hartabenda, bagi orang yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang macam aku, wasiat hartabenda adalah jauh sekali dari panggang, yang boleh diwasiatkan adalah:
. berapa puasa yang belum diganti
. berapa solat yang tak sempat dibuat
.berapa banyak hutang-piutang kat abang ngah, kak cik, kak long, makcik j, kakak L, mr J, abang Go, kak Sr
. ingat solat setiap hari, jangan jadi muslim pagi kafir petang, muslim petang kafir tengahari, kafir subuh muslim asar, jangan....
. mintak hidayah (bukan hadiah), hidayah akan datang bila kita mendekatkan diri dan menambah taat kepada Allah dari sehari ke sehari
. adik-beradik berteguh, jangan bercerai-berai
. sayang-menyayang dan saling tolong-menolong dalam keluarga, ingat, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
. hormat kepada pak sedara mak sedara mak dan ayah, ziarah mereka selalu
. kalau kenal dengan kawan-kawan mak dan ayah, ziarah mereka juga, itu sangat dialu-alukan
dan macam-macam lagilah.

Kalau boleh, aku mahu supaya aku tahu bila matiku, agar aku boleh panggil anak-anakku untuk bersiap-siap dengan wasiat-wasiat, mungkin lagi seminggu, 3 hari, 4 jam, keinginanan sahaja, semuanya pun terpulang kepada qada dan qadar ketentuan Allah. Yang Maha Mendengar Maha Dekat.

Bismillahirrahmanirrahim
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf : 16-18).

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran " (Qs Al Baqarah, 2: 186)

Saya pasti tentu ada yang pernah terbaca kisah wali-wali Allah/muslim yang taat kepada Allah tidak berbelah-bahagi dimana mereka tahu masa mati mereka, ala-ala tepat gitu,
1. si polan ni siap mandi dan kapankan diri, cuma tinggal nak cover muka dan dia minta anaknya untuk tolong lakukan (tak ingat nama)
2. si polan ni sempat siapkan keranda sendiri, cuma tak sempat siapkan cover saja (cerita dalam Mastika kalau tak silap)
3. si polan ni membaca "laqodjaakum....." (dari surah Taubah) dan meninggal selepas itu dengan sebelum mati tu dia kata, "walaupun aku nak mati dah ni, tapi laqodjaakum tetap basah di lidahku" (lebihkurang)

oh... alangkah indahnya 'HIDUP' ini.

(p/s: alhamdulillah kakak saya yang paling tua ada bermimpi arwah abah memberikan wasiat untuk disampaikan kepada adik-adik)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

makdara TERDIVA said...

terima kasih maksu atas peringatan2 seperti ini.. :)

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH. LF DAPAT BANYAK INFO.

Tihara said...

salam raya n maaf zahir batin mak su..lambat sy beraya ng maksu..

ziarah teman-teman parents tu bagus sekali :)

[-suziey-] said...

so moral nya..sntiasa la kita ingt akn mati..dn bersedia utk menghadapi mati seolah2 esok kita akn mati..:)

kak Erna said...

mak su..kita akan mati bila2 masa kan..tapi akak pun tak buat wasiat juga..bak kata mak su tak de harta..kalau hutang tu..rasanya..ada insuran cover..jadi selamat lah yang tinggal..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mak su,

...

Shifu67 said...

ko tulis je dalam blog nii

azieazah said...

Ada pula tu, bila dah meninggal, tinggalkan wasiat hartabenda pun, jadi rebutan pula..

PinQib said...

tu lah maksu asyik terpikir mati gak same..





Latest entry di:

Let’s Exchange ><
Cinta Pakwe Kulit Hitam

T@sh Sch@ said...

saya ada wasiat yang ditulis dan disimpan rapat didalam gobok ...

errr maksu
apa wasiat arwah abah tu??.. ishk nyibok je nak tau kan ...

aNIe said...

Maksu...bila sahaja mendengar bagaimana seseorang tu mati dgn mudah...sedang solat...sedang lena... terdetik dihati...mudahnya dia meninggal... teringin sgt kematian itu dipermudahkan... dan ketika sedang melakukan kebaikan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jangan lupakan saya ..letak nama sekali

MOKCIK AZWA said...

Teringat citer salam terakhir masa raya baru2 nie...

teringat arwah ayah...dia dah siap sediakan wasiat dia sebulan sebelum dia meninggal. Alhamdulillah, berkat adik beradik sepakat, wasiat dapat dijalankan.

yang sedih kalau sebab harta anak beranak, adik beradik berantakan..