Tuesday, September 28, 2010

Ribut dalam perut

Timakasih Keri! sudi jadik follower saya ! :D

Saspen plaks rasa di hati, bagai ada ribut dalam perut, selepas baca jadual periksa PMR anak aku si kakngah tu..... fuhhhh...... bergelodak rasanya.

Belum lagi aku baca jadual periksa SPM, awatler si kakak ni senyappp jer... dah dapat jadual lum?

.
.
.
.
.
.
.


aku sebenarnya takut nak rapat-rapat dengan orang perempuan kat tempat aku cari makan ni, dari sejak hari pertama aku bekerja lagi.. almaklumlah, aku cuma seorang old gegerl next door yang lebih plain dari the plain jane. Mereka kat sini hebat-hebat belaka, ada klas, high plaks tu, ada pelajaran tinggi, depa pun orang-orang yang tinggi ala-ala model, kehidupan yang happening, aku segan... rasa macam tak sekufu...dan selepas 11 tahun di sini, aku masih begini, masih mengekal imej LIBRA aku yakni berkawan dengan semua orang, semua orang tau dari tea lady derebar hinggalah ke mereka yang bertali leher, aku can make friend with them ... malangnya konsep aku ni menyebabkan aku tak biasa ber'klik' or ber'close fren' aka kawan cemolot. Ada masanya aku lepak sorang, apatah lagi mmg sikap aku suka supping sorang-sorang sebab AKU MEMANG TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN UNTUK TUNGGU AKU BUAT PILIHAN.

sebenarnya aku pelik dengan sikap orang kat sini padahal ini bukan tempat kerja aku yg I, di tempat2 lain, diri aku tak pernah disungging, masing-masing 'selamat'. tapi kat sini, memang rupa-rupanya budaya klik jadik amalan, masa aku 1st day di sini pada tahun 1999, bila aku cuba nak join orang makan, depa macam tak berapa nak accept aku dan suggesting agar aku pergilah makan dengan orang lain...... (??), sampailah sekarang perasaan aku masih tak selesa, aku takut nak rapat-rapat kat siku mereka takut mereka tak nak terima sebab aku tak sain kontrek nak jadik klik, once bila engkau dah jadik klik, engkau kena maintain dan tak leh join orang lain..... sedangkan aku plaks adalah tak biasa bersikap sebegitu.

aku sedar diri aku, tidak exciting, tidak ada-apa yang gah nak dihebahkan, tidak ada apa-apa cerita menarik nak dikongsikan, semuanya terlalu plain @ boring...... hhhmmmm, entahlah, whatever it is , aku tak salahkan mereka, aku salahkan diri aku saja

kalau orang lelaki pula, kebanyakan mereka hanya hormat engkau yang ada keturunan berpangkat, darjah kau mulia, poket kau tebal bla bla bla :(, even kenal di dalam tempat cari makan, tapi kat luar berkelakuan macam orang asing, langsung tak boleh nak duduk semeja!!!

itulah salah satu sebab mengapa aku bosan dan bencikan pagi isnin, pagi selasa, pagi rabu pagi khamis pagi jumaat, kita semua adalah fake, we faking our smiles

WALAUBAGAIMANAPUN, adalah beberapa orang lelaki perempuan yang cool dan easy, dan aku rasa at ease dengan mereka, sincerely, may they prosper in their lives, amiinnn.. oh, may they all prosper in their lives whether they like me or not

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

HEMY said...

tak rugi la tak join pn maksu..n tak rugi juga lepak sengsorang

nabilah_2908 said...

ada kalanya lepak sorang2 lagi best dr join mereka...

tk payah kisah pun pasal mereka...masih ramai yg sukakan kehadiran maksu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MAJLIS PERTUNANGAN

Mr feckry said...

selamat berjaya untuk anak maksu yang bakal amik PMR

~aSFaLiZa~ said...

ignore je maksu. kalau blh masuk, kita join. kalau rasa diri tersisih, diam sudey...

GaDis CoMeL said...

sy kerja di kompeni yang majoriti chinese, hanya ada 2 melayu. rasanya depa ni ok, cuma kita je lah segan nak join depa.

tak pernah kerja dgn group yg majoriti malays.

whatever it is, jadi diri kita sendiri. ;p

julietchun said...

nasib baik kawan2 saya ditempat cari makan baik dan ikhlas.

MOKCIK AZWA said...

Good luck untuk yang nak menghadapi PMR tu.

Mak su, tak perlu ada klik lagi ok...boleh ke tepi ke tengah hehehe. Even mokcik pun takde satu orang yg boleh dipanggil closefriend kat pejabat ni..dulu ada tapi bila berpindah randah lost contact. lagi elok sebab mokcik jadi bebas dan berkecuali. Cuma adalah masa2nya sunyi tapi pandai2 la hibur2kan hati tu hehehe

Zareda Norman said...

mak su

mmg budaya klik klik kat mana mana ada... kalau tak sama taraf dan taste tak boleh masuk line.. tapi zar dulu pun suka stay alone.. senang tak menyusahkan hidup orang tp sejak geng gegirl transfer balik drpd state ke HQ.. wallah zar dapat semangat baru geng gegirl sangat bes.. la ni mana mana pi mesti bertiga.. bes bes..

apapun kita kawan jer semua org kan maksu...

shasha said...

saya close dgn sorang je..sbb masalah yg sama...ada klik2..

KAKTINY said...

maksu.. just make your life simple and happier..

tiny penah merasa duduk dlm 'click - geng comolot'.. pernah merasa kena 'baneed' dan dibuang keahlian.. penah happy happy ramai2 together-gather hatta ke jamban.. penah kena tinggai sorang2 walaupun keretaku dgn kad minyakku disapu utk dilenjan..

tapi.. itu semua setelah dilalui dgn keinsafan.. maka.. baruku tahu.. BEST OOO BUAT HAL SENDIRI.. DAN BERKAWAN DGN YG KITA RASA NK BERKAWAN... kita yg kawal diri kita.. bukan org lain yg control.. HIDUP GUA.. GUA PUNYA HAL BABE.. lu suka, meh berkawan dgn gua.. tak suka kalu.. itu jalan ada nampak??. pigi sana...

yang penting.. kita tahu makna HAPPY.. walaupun BERSENDIRI.. (Allah sentiasa ada.. dan peneman setia kanan dan kiri, tak pernah meninggalkan kita walaupun sedetik masa...)..so, KITA ENJOY!!... hehehehe...