Monday, September 6, 2010

Menu ingat-ingat lupa

hhhaaaaa!!!!! (tekejut pulak)

Apakata kalau kita hidangkan teh herba di hari raya hari yang mulia, maaf bermaaf sesama kita tua muda miskin dan kaya...eh! aku termenyanyi! sori

Menu ni namanya bukan ingat-ingat lupa, tapi akulah yang ingat-ingat lupa, ini dapat dari rancangan sedap dan chefnya ialah Puan Asmah Laili, dari S'pore dan anak-anak aku selalu terpana setiap kali menonton ; sebelum azan subuh berbunyi (time sahur) ; kerana dialeknya tak sama dengan dialek kita orang Malaysia. Begitulah nusantara, serumpun tapi lain dailek, tapi jangan bakar bendera ya, hep. babap kang.

Sediakan:
kayu manis seketul
halia seinci dan ketuk
buah pelaga 5, 6 biji
bunga raya dan ros cengkih beberapa ketul
gula sesedap rasa
susu tin beberapa tin, oops! nak kena diabetis ker hang?

Cara-cara:
. jerang air secerek
. sudah masak masukkan herba-herba (ini yang aku lupa ni, ada lagikah atau dah cukupkah herba-herba tu? nak kena tambah bawangkah, lengkuaskah, kunyit hidupkah... mak aiii...)
. biar mengelegak dan masukkan daun teh
. tapis dan bancuhkan gula/susu

Hidang panas-panas, sedap!....

Begitulah cara-caranya, selamat mencuba.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

shasha said...

air apa namanya ni mak su?

Mak Su said...

shasha, air teh herba

fa10 said...

alamak.. tertelan ke nak minum ni? mak su pernah cuba ke?

LiNda said...

ermmm...

boleh cuba neh
saya memang suka
minuman yang membawa bahagia ..

hehe

relevan said...

Tak pedih mata ke minum air ni Mok Su?..

julie^beth said...

teh herba sangat bagus untuk detox..

sayangsayangibu said...

nak rasa
tp dari air tangan maksulah... ;p

kakpah said...

ko bia boto2 maksu. kang terceret beret den kang...

azieazah said...

apa khasiatnya?

uishhh sampai secerek? Buat minum ker nak buat mandi nih? :)

HEMY said...

kalau cmpur serbuk teh instead daun boleh ke?

GDIZ said...

Boleh dibuat untuk hari raya nnti la ni ek..hehe.

Maksu, Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin ;) Jemputlah beraya ke rumah ..hehe

Mak Su said...

sedap ni.... terailah.... guna serbuk teh, bagik kaw :)

tq gdiz, nanti maksu dtg kalu dah jumpa alamat ;)

Kak Long said...

salam aidilfitri, semoga maksu sekeluarga berbahagia menyambut syawal nanti

mamarempit said...

selamat hari rayo mak su....