Monday, September 20, 2010

Kepulangan yang dinanti

Kepulangan aku ke pangkuan ayahbonda majikan adalah amat dinanti-nantikan oleh fellow worker yang mengreplace aku semasa aku bercuti iaitu dari 8 Sept hingga 17 Sept. Lama kan........ memang disengajakan.

Sebelum terlupa, terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi mai sini jamah teh o kosong selama aku bercuti :), i appreciate it a lot! :D

Aku ni tak biasa berholiday, bercuti panjang sejak aku bekerja dari tahun 1999 hinggalah sekarang ini. Kebiasaan cuti raya aku hanyalah 3 ke 4 hari sahaja, hanyalah pada tahun ini aku mengambil cuti raya yang panjang iaitu 6 hari, 6 hari saja, bukan 16 hari. Itupun sebab aku kecewa dan sakit hati setelah sekian lama aku masih TIDAK DIHargai di sini.

MC pun baru digunakan 3.5 hari sahaja, dan emergency pun cuma baru 4 hari. Baki cuti pun masih banyak lagi, menandakan aku bukan KAKI TUANG, har har har.... (dengan bangga)

Kepulangan aku yang dinanti-nanti disambut dengan perasaan marah dan geram oleh pekerja yang menggantikan tempatku dengan menyatakan bahawa kerusi dan kasutku adalah panas, terrible, dahsyat, too many works, cannot cope, so many things to do, terrible terrible terrible. Siap compare pekerjaan aku dengan pekerjaan dia yang memegang tangga gaji dan kedudukan yang sama dengan aku, tapi pekerjaan dia adalah sangat relax sampaikan dia boleh buat kerja MLM SLM QLM PLM ZLM JLM entah apa-apa m lagi lah during office hour!....

Adil ke tak adil ni? Aku yang dah kerja kat sini dah 11 tahun dah, dia baru kerja 2 tahun dah dapat kedudukan dan gaji yang sama..... "ala kipas ala kupas ala lupas ala lipas".

Teruk kan... aku ingatkan aku bakal disambut dengan kompang dan bunga manggar.

Tapi aku ni bangsa spesis berat mulut, diammmmmmm saja sampaikan apa aku buat pun orang tak tahu, jadi nak bagi orang tahu dunia aku adalah dengan melarikan diri seketika dan biarkan dunia orang lain berputar tension menanggung keperitan aku.

Tapi entahlah dia insaf entah tak..... kuang kuang kuang.

Well.........

* * SEKARANG BARU KAU TAHU KERJA AKU, kan...... kan kan kan??!! kau ingat aku kat sini kerja kira bulu mata aku ada berapa helai dah tercabut? Lepas tu kerja cungkil gigi bersihkan gigi???"

Dia tu dulu pernah assume aku hanya melepak sahaja di tempat cari makan ni. Yang benarnya selagi kau tak duduk kat kerusi aku, tak pakai selipar aku, kau tak akan tahu cemana aku suffer.

So aku jawab, "this the reality of my work if you want to know, that's why you always see me so quiet and tense, i have lots of things to do" (nak saja aku cakap lebih-lebih kasi pedas berdesing telinga dia, tapi tak sampai hati pulak)

Well, datang-datang kerja saja dah tensi, nantilah petang-petang sikit ker aku upload gambar-gambar raya yang sakan........ Hmmm, ginilah nasib sorang pekerja yang pendiam dan tidak happening, just a plain girl next door. Tidak dihargai, dipandang enteng, dipandang remeh, dipandang rendah (dan rendang) adalah parts and parcels of my life. Aku nak berlatih jadi peramah dan cakap terjerit-jerit dan jadi drama queen pun dah tak mampu dah, memang darah yang mengalir dalam badan aku ni jenis darah senyap, nak buat cemana...... ek..

till we meet again....daa

:D

p/s: ada lagi umurku ini di mana sumur, dapatlah kita berblog lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

makdara TERDIVA said...

rindu maksuuuuu!

eh! samela..saya pun penyenyap orgnye..lalalala...cuma dlm belog jer sy mcm kepoh sikit..haha!

manje said...

salam maksu

em sabarlah maksu (^_^)...
ALLAH tahu!

[-suziey-] said...

kadnag2..bila org tu xde or cuti lama baru la kita tau keje sbnr dia..hmmmm mmg dinanti btl kepulangan maksu yek:D

T@sh Sch@ said...

ermmm
:( knp la org yang silent but crazy macam kiter ni sll kene mcm ni???..

ishk .. saba mmg boleh sabar ...
tapi .. cepat ar tua macam nih ... simpan2 siap2 meletop kebaboom .. ishk tak sanggup lah ... kan ... seb ada blog .. huh!!

en_me said...

vah vah vahh ngumpat tewww.. oopss makan ketupat tewww.. uhuhu

shasha said...

selama ni keje dia asik nganga je..bila kena buat keje org complain byk..nyampah!

puterikurekure said...

sha kenal ke ngan kawan keje maksu ni? iskk...benci ok orang camtu. cakap berdentum dentam, tapi habuk pon tarak. haihh~

puterikurekure said...

sha kenal ke ngan kawan keje maksu ni? iskk...benci ok orang camtu. cakap berdentum dentam, tapi habuk pon tarak. haihh~

kakngah said...

slmt kembali bertugas d kerusi panas itu maksu...

Mak Su said...

mdt, manje, suziey, scha, shasha, intan, kakngah - thank memahami :)

en_me, well......

KAKTINY said...

takpe maksu.. tak dpt habuan di sini, dpt di sana nanti..

biar diam duit ringgit.. dari bising duit syiling..

tak rugi jadi pendiam.. kurang dosa mengumpat.. dosa membodek (yg tak sepatutnya), dosa memulakan tugasan mengayam ketupat pulut rendang org.. dan kurang jugak dosa maki hamun org..

walau hakikatnya poket kuncup, duit ringgit tak tebal.. tapi catatan malaikat di bahu kanan sentiasa bertukar lembar saban waktu.. syukur tuh..

Ain said...

suka baca komen dari kak tini tadi...

sabar jer la maksu, ada ganjaran yang menanti di SANA nanti....

selamat hari raya....

achik said...

keje saya xde org replace.. kalau cuti panjang, panjang la keje yg menanti.. huuhuh..

selamat hari raya mak su.. :)

frwls said...

kehkeh. selamat bekerja

Mak Su said...

kaktiny, ain, achik, farwalis - thanks sudi baca keluhan kita ni, huhuhuhu