Wednesday, September 22, 2010

Cerita Raya 5, Rumah mereka suram dan sunyi

Buat yang masih ingat tentang aku kongsikan kesedihan aku bila kakak aku meninggal di bulan ramadhan tempohari, aku ada melawat anak-anaknya pada 10 syawal haritu. Sebenarnya aku agak ragu-ragu sebab selepas mereka kehilangan mak mereka, abang ipar aku dan anak-anak buah sangat down dan senyap dan sunyi.

Hari ini, anak bongsu arwah menduduki pepereksaan upsr, hari ke2. Moga dia tabah dan tenang. Dialah satu-satunya yang melihat arwah maknya menghembuskan nafas terakhir di katil hospital besar KL.

Jadi selepas melawat anak buah paksu chot di mindef, kami langsung ke rumah arwah kakakku yang berhampiran. Rumah mereka suram dan sunyi. Anak gadis tunggal cilik yang berUPSR tu cuma duduk dalam bilik, katanya dengan wajah yang layu, "saya tengah ulangkaji". Entahlah. Abang-abangnya ada, tidur depan tv.

Aku bagaikan nak menangis bila melihat kuih-kuih raya di atas meja (kesukaan arwah kakakku), dengan nasi impit dan kuah kacang buatan tangah si ayah, yang diletak pewarna merah (mana entah orang lelaki itu dapat resepi yang pelik, layannzzzz). Juga rendang ayam dipotong dadu (lagi sekali, rendang ayam itu kelihatan sangat pelik).

Hmmm, mungkin lagi 3 minggu, sebulan seterusnya, aku akan menziarah mereka berserta home made lauk. Kasihan sangat sangat sangat dan sekali-sekala akan ambil anak gadis tunggal itu untuk tidur-tidur di rumahku.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

27 comments:

relevan said...

Selamat hari raya lagi Mak Su..

pB said...

salam


harus dieratkan lagi hubungan
supaya mereka tidak merasa terlalu kejauhan ...

kak ina kl said...

salam dan selamat hari raya su..

alahai sedihnya bila baca kisah anak-anak dan suami yang telah di tinggalkan dek isteri di saat hari raya hampir tiba..

al fatihah buat arwah kakak kamu dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

makdara TERDIVA said...

sedihnye entri ni...

tiba2 teringat kan my farhana plak..haishhh!

Mak Su said...

thanks relevan

betoi tu pb dan kak ina

sabar ya mdt

kak Erna said...

mak su..sedih..sedih sangat2..

nanaruzana said...

ttbe nak nanges :(

Mak Su said...

kak erna, nana - sy control dengan buat lawak bodoh jer haritu. tapi anak saya dok gelak tak hengat tgk kuah kacang berperwarna, sangat pelik... saya rasa nak piat jer tinga dorang

nabilah_2908 said...

sedihnya...mesti si ayah dh cuba sehabias baik tuk masak rendng n kuah kacang tu kan..hm..

maksu selalu2 la jenguk mereka..


jom ke APA KATA HATI pulak,
AWAS BUAYA DILEPASKAN

puterikurekure said...

kesiannya budak2 tu. tak sampai hati tengoknya.

ejaMaria said...

sian nye... mesti tak lalu nak makan... dah la mak dah takde... kuah kacang kaler merah pulak... huhuhu lagi la tak selera...
nak buat mcm mana lagi... sabar je la hati diorg masih sedih lagi...

Peminat Katie Holmes said...

Kesian2. semoga mereka tabah hadapi semuanya maksu.

Ain said...

sedihnya baca n3 ni, bergenang airmata....

walaupun hidangannya nampak pelik, tapi si ayah tetap usahakan jugak demi anak2....

moga mereka sekeluarga tabah...

kaljis aka onggon said...

Kesian anak2 arwah.. apa2pun, smoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh.. aminnn..

DrSinga said...

maksu take care anak2 yatim tu ya...

luahfikiran said...

SALAM MAKSU,
BILA TIADA, BARU KU RASA KEHADIRANMU AMAT KU PERLUKAN. TAPI TAK MENGAPA, AKU MASIH INGAT DAN AKU MASIH MAHU BERBAKTI KPD MU. KINI AKU DOAKAN SENTIASA AGAR DIRI KAU SENTIASA TENANG DI SANA. AKU AKAN ZIARAH BAGI MENERUSKAN SILATURAHIM DENGAN MEREKA YANG RAPAT DENGANMU, INSYAALLAH.

TERIMA KASIH ATAS N3 INI, MAKSU

Mak Su said...

thanks semua, sudi singgah sini utk baca baca :), arwah adalah kkk sy yang terrr_rapat, dan saya rs mmg t/jwb sy utk selalu jenguk anak2 dia

tapi sy pasti, sy x mampu nak jadi mak sedare ter'best' utk mereka

MOKCIK AZWA said...

Agaknya sisuami dapat idea untuk mewarnakan kuah kacang dan rendangnya untuk sekurang2nya menyamai air tangan arwah isteri. Azwa pun kenkadang bila tengok kuah kacang buatan sendiri pucat lesi..berfikir jugak apa cara nak jadikan dia kelihatan cantik macam kuah kacang MIL...

Semoga mereka tabah menghadapi dugaan..

Ibuhani said...

smoga anak arwah mendpt keputusan yg cemerlang....slmt hr raya mak su....

HEMY said...

betul mak su.ajak tido umah..leh main ngan anak2 mak su

atty's said...

salam maksu ..sedih ..aty baca..
diharap mereka semua tabah menghadapi .
dan utk anak buah yg amik upsr tu .semoga dia berjaya menjawab.dan mendapat keputusan yg cemerlang.

julietchun said...

anak perempuan arwah mesti sangat terasa ketiadaan ibu di syawal mulia, dan maksu lah tempat yg buleh dia sandarkan harapan.

Cik Pah said...

moga mereka tabah menghadapi dugaan yg mendatang

Dinas Aldi said...

kehilangan ibu..saya yg tua ni pun takut memikirkannya, inikan pulak anak2 yg masih memerlukan ibu itu.. mmg setiap insan tetap akan kembali padaNya tapi hanya yg mengalami kehilangan itu akan memahami..

SUZIE APAI said...

selamat hari raya mak su...

sedih plak baca n3 kali ni..semoga ank2 sedara mak su tabah dgn ujian Illahi...

shasha said...

anak pompuan sorang ke?sian..elok gak dia lepak2 kat umah mak su...

PinQib said...

semoga beliau tabah dan cekal menghadpi dugaan.. maksu tulis macam novel lah