Wednesday, September 22, 2010

Cerita Raya 4: Pergi melawat sepupu arwah abah

Pada 3 syawal masa majlis kenduri kahwin anak buah aku tu, sepupu arwah abah datang, pakcik yeh (yeh, bukan pop yeh yeh, hep)

Terang lagi matanya, dia datang dengan lenggang lengguknya naik motor. Jadinya, kakak-kakak aku dan abang-abang aku panggil aku untuk bersalaman dengan pakcik yeh, dorang memang suka nak perkenalkan aku kepada saudara-mara, 'ni mak su, anak abah yang bongsu', lepas tu saudara mara pandang kat aku (tak kecik pun.... oops! hahaha).

Oklah, sambung cerita, ni kali ke2 aku jumpa pakcik yeh selepas ...... 8 tahun kot. Dulu dia dok di kepong, sekarang dah balik kampong, pencen dah.

Oleh kerana teruja, aku paksa paksu chot bawa kereta ke seluruh nusantara rembau untuk mencari rumah pakcik yeh, tiada alamat dia cuma kata belok kanan kiri lagi kiri lagi, rumah batu pagar batu. Nasib baik kita tak tersesat ke kuala pilah, selepas berpusing-pusing dan naik darah, kita pun bertemu rumah pakcik yeh. Aku membahasakan diri pakcik yeh sebagai pakcik (lah, kan... kata kezen). Tapi pakcik yeh bahasakan diri dia sebagai atok (thanks pakcik, anda bikin saya rasa muda rumaja semula).

Pakcik dan makcik mempelawa kami menjamah kuih2 raya, pakcik ada buat operation lemah jantung bypass lebih kurang 7, 8 tahun yang lalu, sebelum itu katanya dia tak pernah sakit apa-apa. Makcik pula duduk di atas kerusi roda, sebab terjatuh di lantai simen, itu jer, bukan ada sakit apa pun.

Apa yang menarik tentang pakcik yeh ialah tentang keseronokan dia bercerita bab dia mencari rumah pusaka tinggalan arwah abah, dia TERSESAT juga, macam aku tersesat nak cari rumah dia. Dia sebab explanation tentang yang rumah itu mengelirukan, tak berapa perasan jalan pun ada, dia tu bekas askar dok merantau sana sini. Aku pula tak perasan jalan sebab itulah first time aku melawat sepupu arwah abah, padan muka aku, kan. Tapi at least aku ambil inisiatif untuk mengeratkan semula tali silaturahim. eh wahhh

Pakcik yeh ni style dia bercerita, akan tepuk lutut dan, ''atok sosek cari ghumah abah ekau, apo tak koba an ghumah lamo, kok koba an ghumah lamo mostilah atok tau, ni poie koba an ghumah bawah, atok poie cari ghumah kek bawah tak ado, ponek atok tanyo-tanyo oghang"

(terjemahan: "atuk sesat cari rumah abah kau, kenapa tak cakap rumah lama? kalau cakap rumah lama mestilah atuk tahu. Ni tak, pi cakap rumah bawah, atuk cari rumah di bawah tapi ada, penat atuk tanya-tanya kat orang")

Pakcik yeh akan ulang dialog di atas tu, dan menurut si kakak, adalah dalam 6 kali dan setiap kali dia cerita dia akan tepuk lutut, aku perasan anak-anak aku dok jeling kat lutut pakcik yeh sambil mengangkat-angkat kening dan senyum-senyum sesama sendiri. Heeiiiiii... tak baik gelakkan orang tua.

Akhir kata dari pakcik yeh, 'kirim salam kek omak kau yo'.

Insyallah......

p/s: pakcik yeh ni memang bestlah, mak saya dah lama meninggal ler, mesti pakcik yeh konpius antara saya (anak buah) dengan cucu pakcik yeh, kan... hahaha, layan jer lah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

6 comments:

julietchun said...

nasib baik jumpa, kalo tidak ada yg bergaduh dlm kereta :P

Marina Monroe said...

Eloklah tuh, yg muda cari yg tua, merapatkan silatulrahim.

Mak Su said...

julietchun, hampir nak bergaduh, paksu chot marah sbb sy nak cari umah tu without addres, without telephone number, hahaha, just based on ingat-ingat and instinct

auntie, betoi tu :)

Rozita said...

sib baik maksu jumpo ghumah pakcik Yeh...

hheheh bab kem salam kek omak kau tu yg kelakor..abis apa mak su jawab???

lain kali jwb lah "ok, nnti den SMS kek omak" hehehe

Mak Su said...

rozita, hahaha, adoiyaiii

SUZIE APAI said...

sakan raya ye mak su...

tak der plan ke johor??