Tuesday, September 21, 2010

Cerita Raya 3, 3 Syawal

Kitorang bergegas ke rembau sebab pada 3 syawal tu ada buat kenduri kahwin anak buah aku, si along di rumah pusaka arwah orang tuaku. Rumah itu dah jadi milik kakakku, Teh (bukan teh o ataupun teh masala ya.... oops! kalau teh tahu lawak ni, mesti telinga aku kena piat)

Nak kena kabo jugerk sebab dulu rumah tu adalah untuk aku, tapi aku ni kan expatriate dari rembau ke kl, so agak sukar untuk maintain (maintain apa ntah).

Kebiasaannya arwah kakak aku yang baru meninggal hari tu masa bulan posa tu akan bersibuk2 siapkan lauk pengantin, oleh kerana dia dah tak ada dan the next person is me, akulah yang kena pikul tanggungjawab itu, sediakan lauk pengantin yang sudah dimasakkan oleh emak pengantin, siapkan pinggan cawan sudu gerepu mangkuk semualah. Aku dibantu oleh anak bongsu si Teh, tapi letihnya, sudahnya aku keseorangan sebab dia lesap bila kawan2 dia datang bertandang. Aku dibantu oleh kakak dan kakngah yang memang bikin aku letih.

Aku siapkan semua sampai bereskan kawasan hidangan termasuk basuh pinggan dan clearance. Oleh kerana itu, tiada gambar jugak...ish! tak dapat nak menunjuk-nunjuk!

Belah senjanya pula, aku ke rumah kawan sekolah rendah, Man yang buat open house aka majlis reunion raya.

Pada 4 syawal, aku sekeluarga berziarah ke rumah adik-beradik dan senjanya pula terus melanjutkan ke seremban iaitu di rumah adik bongsu hubby.
gambar 1: Itulah dia adik bongsu hubby yang tua setahun dariku (itupun nak kabo, hahaha)


gambar 2: gambar lutut aku, oops! itu kakngah dan anak sulung tuan rumah. Baju kurung aku dan penutup balang kuih adalah sedondon. Actually kita (aku dan penutup balang kuih) dah berjanji hari tu, masa di bulan rejab tu, kita nak gunakan warna yang sama iaitu hijau pucuk pisang.

gambar 3: apa yang buat w jadi berkerut tu? ini mesti anak bongsu tuan rumah mintak duit raya kat dia, hahaha

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

puterikurekure said...

hehe. comel je w buat muka camtu.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku pasal orang neger9 sembilan yang aku cukup suka rendang kerang ngan masak lemak cili api dia zass teranggkat

Mak Su said...

intan, heheeh, natural look

brutalsolo, hahaha, pergghhh

GaDis CoMeL said...

okeh, sgt sedondon dgn bekas kuih raya tu. agak2 tahun depan kaler apa plak? hehe.

julie^beth said...

seronoknya beraya sakan!

kaljis aka onggon said...

Slmthari raya aidil fitri Mak Su.. Life goes on..

Mak Su said...

gadis comel, hehehe, lum decide

julie, kaljis :)

azq said...

tq maksu share cerita ceriti raya.. terhibur saya ptg2 gini.. :)

kayteeze said...

Wah!lawa juga kaler baju raya maksu, hihihi....

Mak Su said...

azq, hahaha

tie, sedondon gitew

shasha said...

saya gi beraya umah org layan kerepek je mak su...kuih2 butter ni payah skit arrr...

Yan said...

owhh skang baju bukan sedondon dgn famili member je eh... ngan tutup bekas kuehpun kena hahahah

cam hubby last year sedondon dgn langsir umah waakakka

Mak Su said...

shasha, kerepek sedap all the times, kan

yan. ahaks