Tuesday, September 21, 2010

Cerita Raya 2, 8 september

Kitorang bergerak balik ke kampung paksu chot pada 8 sept, dan sampai di sana pada tengah malamnya terus tidur. Kami menumpang tidur di rumah abang ngah (abang kepada hubby). Tidak ada apa-apa yang hendak dibuat kecuali menolong puan ngah sediakan juadah berbuka dan buat kuih samprit selepas berbuka.
gambar 1, kaklang tanya kepada puan ngah apa barang itu benda hijau boleh buat. Puan ngah kata untuk tapis, buat katok orang pun boleh, oops!

gambar 2: tengoklah tangan puan ngah bertulang besi berurat dawai tu, aku serenderlah bab uli tepung, lenguh jari ai

Pada 9 syawal pula, aku ditelefon oleh orang gantian kerana dia tak tahu di mana nak cari emel encik tali leher. Aku suruh dia cari kat all documents, tapi dia pergi cari kat mycomputer, my desktop, my document dan dia hanya berjaya temui lagu-lagu dan gambar-gambar yang aku upload kat komputar, mau saja aku 'kasik putar roda ini', geram kan.... gayanya dia tu pandai banget deh...... alahai... oops! termelepas geram plaks.

Pada petang 9 september, anak ke 2 encik ngah balik kampung dan dia buat ikan bakar ala restoren sekinchan, marvellous (tak der gambar)

Gambar 3: Pada pagi raya 1, kita beraya ke rumah encik long yang terletak di sebelah rumah encik ngah, sekentut aja jaraknya.....

gambar 4: aku suruh mereka posing ayu jelita, tapi mereka posing gelak macam pontianak, ish... apa ler anak dara ramai-ramai dok gelak kui kui kui

Pada petang raya 1, puan ngah sibuk komplen sinki dapurnya gitu gini, lalu hubby sinsing lengan dan tukar ke pakaian reman (eh wah), lalu terus keluarkan penyodok, perata, simen, pasir apa bagai, buatkan sinki baru untuk puan ngah. Puan ngah pun happy menyebabkan aku terlupa nak ambil gambar, tak dapatlah aku nak menunjuk-nunjuk (oops!). Selain dari tu, kita semua sibuk di dapur sebab ramai tetamu datang especially nak melawat mak mertuaku.
Pada pagi raya 2, mak mertua dan semua lain-lain yang menumpang tidur di rumah abang ngah berebut-rebut bilik air yang satu, di situlah tempat mandi di situlah jamban. Encik ngah anak beranak ada 10 orang, keluarga yang menumpang tidur di situ ada 3 keluarga. Oleh kerana itu, hubby sekali lagi sinsing lengan dan renovate pula bilik air buat pembahagi untuk tempat mandi dan tempat termenung. Lalu semua orang pun happy dan lagi sekali, aku terlupa nak ambil gambar, sebab tetamu ramai sungguh datang, aku kena dok kat dapur basuh pinggan.
Selepas hubby berehat barang selelap dua lelap, kami gerak pula ke rembau dan sampai di rumah arwah orang tuaku pada pukul tiga pagi!!!
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

nabilah_2908 said...

bestnya kalau dpt hubby handyman mcm tu..

komlen sikit jer...dia terus buat sinki baru..tolilet pun mcm tu gak...ha...bertuahnya... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SERANGAN MALWARE

Ain said...

hari raya pun sibuk bertukang yerk...

bagusnya pak su chot..

ada kemahiran dan ringan tulang...

Kniedaz said...

wah...siap bertukang tu yang tak tahan..tapi yakpe janji raya meriah

julietchun said...

apa agaknya yg digelakkan oleh anak dara tu ye? meriah sungguh.

kamaruladli said...

peh, terus buat sinki baru!

Mak Su said...

nabilah, org syg dia sbb kemahiran dia... errr

ain, kita all tak kemana-mana, takkan ler maksu nak beraya kat kg dia tanpa dia, kan... huhuhu

kniedaz, hobinya

julietchun, entahler.. tentu gelak kat kuih raya, oopS!

kamarul, hahaha

puterikurekure said...

dasatnya suami puan ngah maksu tu. betul2 bersungguh dia buat keje.

m.q said...

bestnya encik hubby maksu
tukang serba serbi hihihi

kella said...

maksu!! salam aidilfitri.....!!
hehehe.. layan citer maksu jap.. lama tak menjengah..
bagus bertukang sendiri ni kan! kat rumah kita pun mcmtu maksu! hubby mmg suka buat sndiri je..kengkadang tu terlebih operate sampai takleh guna! hohohoh..

berkobar nak buat entri raya ni..bila tengok blog maksu tentang raya.. :)

luahfikiran said...

SALAM,
SIBUK BETUL NAMPAKNYA ! KE SANA KE MARI, BUAT ITU, BUAT INI ! HUJUNG MINGGU NI NAK RANCANG APA PULAK. LF ADA BEBERAPA RUMAH NAK KENA PERGI UTK OPEN HOUSE

echah_syed said...

maksu...bila dah ramai-ramai berkumpul yg penat mak-mak org sbb tak kering kuku dibuatnya....haih :D

slmt hari raya maksu.

Mak Su said...

intan, husband maksu ler, bukan asben puan ngah, dia mengorder jer, hahaaha, and sponsor air sejuk

mq, kalu tak de buat apa2 benda, dia jadik bosan katanya

kella. jum jum cerita

LF, this weekend nak rehat :)

combi, betoi

MOKCIK AZWA said...

Best la paksu chot tu...seronok la mak su...bleh komplen sikit2...terus paksu chot buatkan hahahaha

Yunus Badawi said...

wah hebat sungguh paksu. Mesti ramai yg puji kerana 2 kali menyelamatkan keadaaan.

maksu dah datang makan ikan bakar sekinchan tu ke? Dah dekatlah dgn rumah saya tu. Sekentut aje lagi sampailah hehehe