Thursday, September 23, 2010

Cerita Kosong: kriukkk tengah malam

Mila Karmila sedang makan kuih siput, saki-baki kuih rayanya sambil menonton cerita seram di kaca tivi tajuk kesurupan (bukan kesuburan ya.....).

Abang M dah tidur, begitu juga Kak I, adiknya H juga sudah tidur, tak ada yang mahu berjaga menemaninya menonton.

Dek kerana nak menjimatkan elektrik, Mila Karmila menutup suis lampu depan, yang tinggal hanya cahaya yang keluar dari peti telivisyen, dilatari cahaya lampu yang malap di dapur.

Keseraman di kaca tivi memberi bekas kepada Mila Karmila, apatah lagi tiba-tiba dia bagaikan terlihat kelibat satu lembaga putih berjalan keluar dari bilik menuju ke dinding langsung lesap ditelan kelam malam.

Mila Karmila tidak memperdulikan itu semua, memang tidak menjadi kehairanan baginya kerana dia sudah terbiasa dengan kelebihan yang ada padanya iaitu mempunyai mata yang 'terang'.

Selang beberapa detik, tiba-tiba sofa di sebelahnya berkriukkk bagaikan ada orang datang dan duduk. Mila karmila tidak memperdulikan tetapi terus konsentrat menonton tivi. Apatah lagi, Nia Ramadhani yang cun juga turut berlakun.

Tiba-tiba terdengar lagi, kriiukkkk....
.
.
.
kriiukkk krrriuukkk
.
.
.
.
kriukkkk
.
.
.
.
mata sudah tidak ke tivi sebaliknya ke sofa. kriuukkk kriuukk kriuukkkk, Mila Karmila tak tahan langsung melihat ke sofa sebelah dan terlihat satu lembaga besar juga SEDANG SAMA-SAMA menonton cerita Kesurupan itu..... huhuhu

heh! tak boleh jadi, Mila Karmila pantas menutup tivi dan lari masuk ke bilik tidur.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

nabilah_2908 said...

erk..!!!

kenapa tk temankan sj lembaga besar tu..dia pun nk tgk sama...heheheh...

wa...seram..!! (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
RAGAM MANUSIA DI PETROL STATION

Cik Pah said...

ishhh... seram... kalau cik pah dah lama pitam kot.

julietchun said...

besar sungguh lembaga tu sampai berkriukkk sofa...eeeiii..seram.

puterikurekure said...

apa kebenda lembaga tu maksu? hehe.

MOKCIK AZWA said...

Sempat lagik tutup tivi...klu mokcik agaknya dah lari masuk bilik terus hahaha...

err...lembaga tu tak marah ker dia tutup tivi ? kan dia tengah tengok tivi tu hehehe

Rozita said...

siapa si Lembaga besar tu???
suspen jugak cerita maksu kali nih...

annfrendly said...

Maksu....
Selamat hari raya...
maaf zahir & batin..
lamanya saya tak singgah melawat ex jiran kg cheras baru...

errrr.. seramnya saya baca cerita maksu ni. mak saya selalu pesan. kalau sorang2 dan rasa lain macam.. cepat2 tinggalkan tempat tu..

Mak Su said...

nabilah, akakaka

cikpah, elok sgtlah, biar dia usung ;p

julietchun, gamaknya

intan, rozita - sudah tentu bukan lembaga letrik negara

mokcik, ahahahah

annfredly, tambah2 lagi time tgk cerita seram, kan

shasha said...

lembaga makan maruku kah?? bunyi kriuk kriuk...ke tengah menggaruk??hehehehe...

Mak Su said...

shasha, lembaga tak leh mkn muruku, sbb depa tak dak peyut, hahaha - losongjer badan depa tu

kamaruladli said...

cobaannnn..........

Shukri Mohd Ali said...

kadang-kadang hantu pun nak tengok jugak macam mana rupa diorang dalam TV. hahaha =D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

milik siapakah lembaga itu??

kak ina kl said...

seramlah pulak..selalu lepak tgh malam mengunyah keropok bawang

HEMY said...

lembga besar??aleee...citer seram ke ni?

Whitetulip Tales said...

Aduh..mak su..seram bulu tengkuk ne. Ish..masa Mia tutup tv tu..lembaga tu tak marah ker?Kan dia pun nak tgk gak??hihihihi tp seram la mak su..

SUZIE APAI said...

huh...fengsan mak su oi....

kuih siput tu yg best!

PinQib said...

hha.. jadi lar maksu. maksu memang kretip.. x sabar nak tunggu lagi..

Shifu67 said...

hahaha... tengok tv sambil makan maruku eii...

ni penangan banyak sangat cerita hantu masa hari raya baru ni laaa

AngahSayang2314 said...

mak su badan angah tak sihat pun datang gak tengok mak su

angah pun kalau seram terus tinggalkan tempat tue