Thursday, September 30, 2010

Cerita Kosong: Kawan datang

Untuk minggu ni dan minggu lepas, ada saja kawan-kawan budak-budak ni yang datang ke rumah, samada selepas maghrib ataupun ikut mereka selepas balik sekolah untuk beraya juga buat study group, maklumlah periksa dah dekat. Dan kebiasaanya, spy aku adalah dak w tu, nanti dia mengadulah, 'mak, tadi kawan kakak/kakngah datang, ramai... satu tiga empatbelas, ramai sangat'.

Dia boleh cerita hal tu tak kira masa, bila-bila saja dia teringat. 2 malam lepas selepas dia menangis sebab aku tutup tv, iaitu kira-kira 12 malam, dia komplen tak boleh tidur.

'w ni tak boeh tidurlah, mata macam tak nak tutup jer', aku tak mahu layan dia, hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba dia cerita lagi tentang kawan kakak, kakngah yang datang. Dalam pada dia bercerita tu, sambil baring, aku terdengar pintu sliding macam terbuka dan tertutup tapi bila aku tengok, tak ada pun kejadian yang pelik berlaku. W tiba-tiba....
.
.
.
.
.
.

"mak, ada kawan mak datang", katanya kepadaku dengan mata yang bulat dan muka yang sangat serius, "kita nak beri minum apa ni kat kawan mak ni? kuih raya dah abis, nasi dah abis, ada air kopi dengan air suam jer". (memang pun kat dapur tu masih ada baki air kopi dalam jag, kira-kira setengah jag, dan air kosong memang ada).

'sudahlah, tidurlah', aku yang keseraman memujuk dia tidur.

"tak boleh tidur, mak jangan tidur, kawan mak datang", dia masih terus memandang kepadaku tidak berkelip.

Aku mula rasa tak tentu hala dan memandang sekeliling. 'Sudahlah, tidurlah, sekarang masa orang tidur, bukan masa tetamu datang, ni dah malam, orang tidur, bukan datang raya, mana boleh datang raya tengah-tengah malam, itu mengganggu namanya'.

Selepas mengucapkan kata-kata itu dengan semangat kuat yang dibuat-buat - berani-berani takut; aku dapati w tiba-tiba tukar cerita lain seperti dia nak sekolah, kena tidur cepat, bangun pagi kena mandi, nak tengok cerita jerry dan lain-lain.

Pagi esoknya, nak pergi bekerja, aku dapati pintu sliding terbuka, aku pun apa lagi, teruslah menyiasat apakah pintu sliding itu terbuka sejak malam tadi tanpa sesiapa sedari??? (timbul seram di hati). "ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin tak suka tau, sapa lalai ni? nyamuk masuk tau, apa plaks biar sliding ni terbuka!?" (cover line, sebenarnya aku giler seram time ni).

"abang yang buka pintu tadi nak cari stokin", kata paksu chot....

oohh... ingatkan sapa terlupa tadi, takut nyamuk masuk kat rumah jer (hahaha)

* pengalaman benar, mmg serammm siuuttt

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

21 comments:

kak Erna said...

mak su..huish..seram..akak pernah kul dua bels lebih..masa tu..yang kecik umur 3 tahun lebih..dia boleh cakap..mak tak boleh tidur.."budak ni..kacau"..kata dia..adui..seram akak..malam2 budak mana pulak..masa tu dia tidur kat depan..terus ajak dia masuk tidur kat bilik..

MOFASAD said...

hahahaha

Tihara said...

baca cerita maksu ni.. tetiba je stand fan kat rumah tertunduk sendiri..uwaaaaaa..seramm

shasha said...

isskk...apakah yg baby W nampak sebenarnya mak su? seram saya..dah la malam jumaat nih

Shifu67 said...

alaa.. ada yg datang nak beraya la tu.. kan raya lum habis lagi ni

Suzi said...

huhuhu siapakah 'kwn' yg dtg beraya mlm2 tu....
seram juga tu...kan? lg2 kalau muka yg cerita tu cam seius betul je...

Pala Maldini said...

"ramai... satu tiga empatbelas, ramai sangat"

ayat ni memang best.. kalau anak aku dia kata..

"one teen, two teen, three teen.."

Pensil Organik said...

kalau aku pun seram sejuk macam nih bila anak aku kata kawan datang tengah malam...

kella said...

uiiii.. memang seram lah maksu oiii... memalam ada pula org ckp camtu kat kita..
tak keruan dibuatnya... huhu

Zareda Norman said...

caitttt dah buka tak reti reti tutup ler pulak.. nanti bukan setakat nyamuk jer masuk.. ehhehe

nabilah_2908 said...

uish...mcm mana W boleh nmpk kwn maksu...tp maksu tk nampak...erk..!!

jom ke APA KATA HATI pulak,
BOLEH PANDANG TAK BOLEH PEGANG

makdara TERdiva said...

agak2nye kan maksu, kita ni memang tak seswai duduk 1 rumah..dua2 giler penakut..haha!

julietchun said...

rugi maksu tak nampak kwn yg dtg tu ye :P

Peminat Katie Holmes said...

starting dah cantik.
ingat cerita nusantara tadi maksu.hehe

Nia said...

isyk,..nasib baik mak su boleh buat berani kat anak. budak2 ni memang, ade aje la dia nampak, kita buat bodo aje. kita jgn tunjuk kita takut.

arsaili said...

salam syawal...alamak seramnya citer ehehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nasib baik semangat budak tu kuat...

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

ishkk...
saya cuba kawal rasa seram...

nge~~

MOKCIK AZWA said...

maksu...buat2 berani tanya kawan tu rope camna huhuhu...mokcik baca pun serammmm

Whitetulip Tales said...

salam mak su..

Buatlah kenduri tahlil kat umah mak su..budak2 ne bila nmpk ssuatu..mmg betul tu..nnti tak senang W nak tidur..cian W..banyak2 baca Yaasin setiap malam yer Mak Su..insyallah..

kayteeze said...

Err....
Tak tanya ke pada W tu macam mana rupa kawan mama ? Mana tau kot-kot Tie kenal, hehehe..

Kat rumah Tie ni pun ada gangguanlah Maksu,, Baru je kelmarin sibongsu dengar pintu bilik air dibuka tutup, padahal tiada orang di bawah. Aderk!