Thursday, September 23, 2010

Cerita Kosong: Hak yang dinafikan

Nek qasidah termenung lagi di katilnya sambil mata menatap kosong ke arah rumahnya. Hairankan.. ? Macamanakah nek qasidah boleh duduk di katilnya sambil memandang ke arah rumahnya. Nek qasidah ada krisis dengan anak menantunya dan dia telah disuruh keluar dari rumahnya sendiri.

FLASHBACK

Pada suatu ketika dahulu selepas Tok Aki Leman meninggal, nek qasidah memanggil Long Yahya untuk tinggal diam di rumah itu, memandangkan nek qasidah keseorangan selepas anak semua dah besar dan berkeluarga. Long Yahya setuju untuk berpindah tinggal di rumah tua tinggalan arwah ayahnya menemankan ibunya dan mereka 7 beranak terus mendiami rumah itu, hingga sekarang. Ketika itu Long Yahya dan Long Jamiah susah, hidup di kampung dengan pendapatan kecil, anak 5 orang. Nek qasidah garang orangnya, terutama terhadap menantu dan cucu2nya. Tetapi garang perempuan tua orang kampung yang kesunyian, apa sangatlah dibandingkan dengan sokongan, kasihsayang, caring yang dia hulurkan kepada keluarga Long Yahya.

Kini, sejak anak-anak Long jamiah sudah bekerja, dia yang dulu cuma ada dalam $30, $50 dalam dompet, sekarang sudah mendapat RM3000 sebulan campur tolak, hasil pemberian dari anak-anaknya. Emas Long Jamiah pun sudah banyak, baju pun sudah bertukar baru. Kereta ada 2, dan rumah buruk tinggalan Tok Aki Leman sudah berganti dengan sebuah rumah banglo 3 bilik 2 bilik air. Sudah tiada lagi kenang-kenangan dari Tok Aki Leman cuma nama dan memorinya masih kekal dalam ingatan Nek Qasidah, malangnya sejak 5, 6 tahun lalu, Nek qasidah telah lumpuh sebelah badannya akibat strok.

Lama kelamaan, entah apa yang berlaku, entah apa yang menghasut, Long Yahya dan Long Jamiah kedua-duanya bermasam muka dengan Nek qasidah hinggalah seterusnya mereka kata mereka sibuk dan tidak dapat lagi menengok-nengok, membela, menjaga nenek tua itu. Dengan sedih, nek qasidah menerima saja bila dipindahkan ke rumah Bang Andak Aman. Mereka menerima nek qasidah seadanya, cumanya selama ini nek qasidah tak mahu duduk di rumah anaknya itu (yang berhadapan dengan rumah banglo si Long Yahya tu), kerana nek qasidah mahu duduk di rumah sendiri. Tak betah duduk di rumah orang. Biasalah, itukan adat orang tua, adat kita juga, manalah kita nak betah duduk di rumah orang lain sedangkan kita ada rumah sendiri.

Hinggalah pada pertengahan ramadhan, Kak andak lela bertanyakan kepada nek qasidah apa yang dimenungkannya? nek qasidah menjawab, "aku nak pergi rumah aku, aku nak duduk di rumah aku!", dengan nada marah dan sugul.

Kak andak diam langsung meneruskan kerjanya di dapur, sementara bang andak yang sedang mandi terus bernyanyi sumbang lagu pop 70an.

Tanpa mereka sedari, nek qasidah sudahpun berdiri di ambang pintu (dia sudah pulih sedikit dari lumpuh), dengan tangan kiri yang menggigil-gigil (umurnya adalah 80tahun+ kot), dan tangan kanan yang mengerekot kaku, nek qasidah mengheret tilamnya ke rumah banglo Long Yahya yakni, rumah nek qasidah sendiri.

Dalam usahanya yang terkial-kial, Nek qasidah terjatuh di tepi longkang, bunyi berdebuk di luar membuatkan kak andak terkejut dan dia berlari-lari terkedek-kedek, terkejut melihat mak mertuanya tergolek di tepi longkang dengan tilam berada di tepinya, kak andak terjerit-jerit memanggil abang andak dan dengan bertowel bang andak berlari pula ke luar mendapatkan emaknya.

Nek qasidah terkial-kial bangun sambil mengheret kakinya yang lemah, dia berusaha mencepatkan langkahnya ke banglo Long Yahya, Long jamiah terkejut mendengar bising-bising lalu berdiri di ambang pintu banglonya yang tersergam indah sambil mendengus. Long yahya yang sedang membaca paper meneruskan pembacaannya.

Sebaik nek qasidah sampai di depan pintu, "aku nak duduk sini, ini rumah aku"

Long Jamiah menjawab, 'tak boleh mak, kami tak dapat nak bela mak lagi, mak pergilah ke rumah andak, biar dia pula bela mak, kami sibuk, kami nak ke sana sini nanti susah, rumah ni kena dikunci selalu, tak boleh dibiar ternganga'. Sementara itu, Long Yahya tetap dengan pembacaannya.

Bang andak bergegas cuba merapatkan langkahnya dengan emaknya, Nek qasidah. Dia menjerit memanggil kak andak lela agar mengangkat tilam itu balik ke rumah dan cepat-cepat menyambar tangan emaknya sebelum terjadi pula sebarang perselisihan faham lebih lanjut di pintu rumah Long Yahya.

Long Jamiah melanjutkan cakapnya, 'rumah ni direnovate dengan duit anak-anak saya yang dah bekerja, mereka beri duit kepada saya tiap-tiap bulan dan mereka buat pinjaman untuk elokkan rumah ini, saya tak berani nak memandai-mandai sebab takut anak saya marah, saya kena hormat usaha anak saya bekerja dan mendapatkan duit', katanya dengan bengis terselit bangga di hati atas kejayaan anak-anaknya, dia memegang perutnya yang macam sejuk-sejuk gitu.

Nek qasidah menangis berlagu, tidak berlagu, mengongoi, 'aku nak duduk di rumah aku, aku nak duduk di rumah aku'

'Sudahlah mak, ni dah jadi rumah dorang, rumah ni pun dah cantik kerana duit anak-anak dorang, duit mak beli tanah dan buat rumah dulu kira dah burn dah, sudahlah mak, marilah balik ke rumah saya semula', pujuk bang andak aman.

Long Yahya tetap diam sambil baca paper.

Dan kini, nek qasidah masih lagi menangis, melihat ke rumahnya. Tergambar di ruangan matanya sebuah rumah kayu usang 1 bilik 1 bilik air yang dibina dengan tangan sendiri oleh suami tersayang Tok Aki Leman, jendela tingkap yang tidak berkunci hanya diselak saja pada waktu malam, dinding yang lusuh dan rapuh ditelan zaman. Reban ayam di tepi rumah dan dapur arang.

Kenangan, hanya tinggal kenangan, bertemankan airmata kesepian keseorangan menanti waktu dipanggil Ilahi. Tiada lagi bujukan dari suami tersayang, hanya renungan dari anak-anak yang berasa kasihan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

HEMY said...

siannya..cuma tak paham skit camne leh org lain plak dapat umah tu...nek tu just gi dok umah org lain je kan?

HEMY said...

ok..paham dah..tp tanah nama nek qasidah..mintak sewa la..huhu

puterikurekure said...

ala...ciannye kat nek tu ye maksu. kisah benar ke ni?

Mak Su said...

hemy, nenek kasik tukar nama tanah ke nama long yahya, dan korga lain stujus dgn syarat mak mereka masih tinggal menetap di situ bawah penjagaan long yahya... tapi sekarang lepas direnovate, lain plaks jadiknya

intan, benar gaks, tapi maksu adjust skit utk kasik sedap cerita, macam bab lagu pop tu tak da lah, hahaha

MOKCIK AZWA said...

Mak su,

Diakhirat nanti ada pembalasan terhadap orang yang berlaku zalim...nauzubillah.

Mohon ampun la dari ibu kandung/ibu mertua itu sementara dia masih hidup...aduss...

Fariza said...

oh alah..lupa daratan sungguh...

eh tapi kan citer nie ada mirip2 citer keluarga terdekat saya jugak...mmm..

Mak Su said...

mokcik :(

fariza, iya ker?

pB said...

salam di pagi khamis

Peminat Katie Holmes said...

gua nak jumpa long yahya tu.
mau kasi hantam jugak.haha

shasha said...

sib baik long yahya tak antar ke umah orang2 tua..kalo tak meh saya hentam itu long yahya..

a kl citizen said...

hidup kan macam roda...
satu hari nanti long jamiah dan suaminya akan dapat pembalasan....

a kl citizen said...

hidup kan macam roda...
satu hari nanti long jamiah dan suaminya akan dapat pembalasan....

nabilah_2908 said...

angkuhnya long Jamilah yg tk sedar diri...

dia akan dpt balasannya..mungkin anak2 dia yg akan buat pada dia pula..hrumm...


jom ke APA KATA HATI pulak,
RAGAM MANUSIA DI PETROL STATION

zella y said...

satu hari nanti pasti si org tu akan dpt pembalasan yg setimpal...

karma....

kakyong said...

kenapa la gamak buat mak macam tu...

AngahSayang2314 said...

nie kisah benar ke mak su la kalau benar cian nenek tue kan???