Tuesday, August 10, 2010

Tengok anak bulan

Ingatkan semalam tengok anak bulan, rupa-rupanya hari ni.

Sebagaimana ucapanku kepada kawan-kawan sekolah, 'Marilah kita teruskan menghayati Ramadhan dan keberkahan yang dibawanya, selamat datang Lailatul Qadar, dan berpuasalah dengan sebaik mungkin bukan setakat tahan lapar dan dahaga juga, malah juga lakukan puasa batin'. 'Kita bukan lagi kanak-kanak sekolah yang berlarian di padang bermain baling tin, malah kita dah pun melepasi umur 40 tahun; lalu marilah berhijrah ke usia yang lebih membanggakan'

Sebagaimana ceramah pendek dalam radio yang baru aku dengar, tingkatan puasa ada 3:
1 - hanya puasa lapar dahaga
2 - puasa lapar dahaga dan lain-lain perkara membatalkan puasa, dan pengharapan mereka terhadap Allah swt adalah syurga
3 - perkara-perkara 1 dan 2 di atas, tambahan, puasa hati juga - tiada buruk sangka, dendam, irihati dan lain-lain penyakit hati, pengharapan mereka hanyalah redha Allah, biarpun tanpa balasan syurga, asalkan dapat redha Allah pun sudah cukup.

Mampukah saya ikut puasa di tingkatan ke tiga?

Maaf zahir batin atas keterlanjuran kata-kata penulisan di dalam blog ini buat semua.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

23 comments:

Acik Erna said...

Mak su..Selamat menjalani ibadah puasa.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

selamat berpuasa mak su...
semoga ramadham yg bahagia buat mak su..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

tapi mak su..
nape gambar kat blog mak su tak bole klik??

Rozita said...

slmt berpuasa..
satu peringatan yg pendek & ringkas, namun cukup membuat kita insaf..sedar...

Yan said...

mudah2an maksu

endiem said...

selamat berpuasa..

Fuz said...

Selamat menyambut bulan ramadhan buat MAK su.

suzieapai said...

selamat berpuasa mak su...peringatan yg bagussss tuk kita semuaa

aNIe said...

Selamat Berpuasa Maksu...semoga ibadah kita kali ini lebih bermakna...

farwalis said...

saya cuba sampai tingkat 3. huhu

selamat berpuasa dan raya

DrSam said...

Salam Ramadhan al mubarak. semoga mendapat kerahmatan, keampunan dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Zaitun said...

Selamat berpuasa buat makSu.

Lee said...

Hello Mak Su, just dropped by to wish you a pleasant bulan puasa.
You stay young, and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

Shukri Mohd Ali said...

salam ramadhan, selamat melaksanakan rukun Islam yang ketiga dengan sempurna (^_^)

Pok Li said...

salam Ramadhan

ibundo said...

selamat menyambut ramadhan untuk maksu sekeluarga

Catwoman said...

Salam 1 Ramadhan, Mak Su Dearest.....

Selamat m`jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan buat Mak Su & family.

Semoga p`olehi k`berkatan dari-Nya di bulan mulia ini, Insya Allah.

Jaga diri ye, Mak Su.

:)

MOKCIK AZWA said...

Sama2 kita tingkatkan kualiti puasa kita tahun ini...aminnn

Yaya said...

marhaban ya ramadhan...

Mr feckry said...

sesama kita meraikan ramdhan

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Mak Su dan keluarga. Mudah-mudahan ibadah Ramadhan mendapat sebaik berkat dariNya :)

attyfir said...

selamat berpuasa maksu .

julietchun said...

sama2lah kita mengejar pahala yg belipat ganda.

slm ramadhan.