Wednesday, August 4, 2010

Puisi selandak

Akukah landak ?
eksotik yang kecil
idaman hati
mu
aku yang lahir
bersama
duri keluli
sungguh bermutu
tapi tiada armour buat penahan
dari menjadi seekor landak
yang lucu dan lugu
senantiasa menjadi tontonan bahan lelucon
Mereka

Mereka mencabik duri keluliku
dari serata arah dan waktu
dan ketogelanku yang kesejukan
membuat mereka riang tertawa

dan sehabis puas
Mereka menendangku jauh
Jauh
hingga aku tersesat
Entah
di mana
aku
buntu
di telinga
juga
di mata
hati
ini

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

Tihara said...

wow..puisi landak..menarik ;)

kak Erna said...

mak su..ado pulak puisi landak..dah lama tak makan landak..kecik2 dulu puas makan..

MOKCIK AZWA said...

Dulu-dulu suka benor kumpul duri landak..hehe..sekaranng ni payah dah jumpa landak nie..

yang tinggal cuma puisi saja kot..

shasha said...

saya mahu jadi platipus....tamau jadi landak...heheh

silbi abigail said...

duri keluli... transform...!

Rozita said...

oh! daKu bukan seekor lanDak ye maK sU~

Shukri Mohd Ali said...

jerat landak dengan buah kuini. hehe. sedap itu landak =)

ryann said...

mereka jeles tu..tiada duri keluli

Peminat Katie Holmes said...

hahaha. cubaan pertama nak jadi persisi a samad said

Cik Pah said...

dulu time kecik kecik guna duri landak blaja ngaji..

n daging landak ni mmg cik pah dapat makan setiap kali raya.. best.

zino said...

kat mana nak jumpa landak ya..

azq said...

gulai landak sedap!