Thursday, August 19, 2010

Puasa 9: Berjabat tangan

Ceritanya bermula bila seorang lelaki muda bertanya pada paksu chot, kena jabat tangankah untuk bayar zakat fitrah? Lalu teranglah difikirku bahawa aku tak pernah pun bayar zakat fitrah apatah lagi nak jabat tangan amil dan mengucapkan, "Wang sebanyak tujuh ringgit ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir Masihi 2010/Hijrah 1431 tunai kerana Allah Ta'ala".

"Bang, ayang anje stroberi cupcake blueberri muffin tak pernah bayar fitrah, dulu abah bayarkan, lepas dia meninggal abang A bayarkan, sekarang ni paham-paham ler, kan. Ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin tak pernah jabat tangan amil, nak jugak tahu feelnya macamana".

"Hang nak jabat tangan amil buat apa, nanti akad fitrah jadi akad nikah! hoh! Biar orang lelaki uruskan".

Alamak, sudah marahlah..... Jadinya zakat fitrah ni adalah tanggungjawab ketua keluarga:
- untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- jika ada ahli tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Untuk lebih memahami, syarat-syarat WAJIB zakat fitrah ialah:
- orang yang ada lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- bayi yang dilahirkan sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- orang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Seperti dalam akad di atas, kadar zakat untuk negeri Selangor tahun ini ialah RM7/- atau bersamaan dengan 1 gantang beras (2.70kg) atau senilai dengannya ditentukan oleh Majlis Agama negeri-negeri, sebagaimana diterangkan di sini: "...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya". (Riwayat Muslim)

Sebagai ulangkaji, ini ialah kefardhuan zakat fitrah: "Rasullullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang syair ke atas tiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam". (Riwayat Muslim)

Sebagaimana buka puasa kena tengok jam, solat tengok jam, bayar zakat fitrah pun kena tengok jam:
WAKTU WAJIB - bila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehinggalah terbit matahari esoknya.
WAKTU AFDHAL - sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri
WAKTU SUNAT - sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH - selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM - selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Untuk bacaan lanjut boleh klik wikipedia dan di sini juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

27 comments:

PnConfused said...

thn nih pertama kali bukan abah yg byr... :)

nanaruzana said...

PnConfused...saye pon...1st time 'llaki' lain yg bayar....
Mak su...yg na tau...kalo pompuan tak pyh..just lafaz je...

PutRee SeJiNjaNg said...

salam dear...first time jengok blog ni...nway thanks sebab sudi jengok blog kite...salam perkenalan dari saya..=)

Mak Su said...

pnconfused :)

nanaruzana, alahai, tak salam ler... miss lah, heheeh

putree - tq sudi mai sini juga :)

T@sh Sch@ said...

dah 2 tahun bayar zakat sendir .. selalu g bayor kat sogo ... sambil2 membeli belah brg beraya ...

Tahun ni kat JB .. mood raya xda .. semalam round angsana plaza .. kaunter bayor zakat dah tutup @ 8.30pm .. huh!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selalu walid yg tolong bayarkan

he he he...

MOKCIK AZWA said...

Mokcik pernah diamanahkan membayar bagi pihak keluarga mokcik oleh arwah bapa dulu...takde la kena bersalam ..cuma niatkan dalam hati sajork huhu


kalau bersalam tak pasal2 batal puasa huhuhu

CuTeMiUt78 said...

sama la kita maksu.. dolu2... ayah yg bayarkan.. sekarang ni en somi la yg bertanggungjawab

Mak Su said...

tash, dia nak gi terawih kot

gadis, temankan walid tak?

mokcik, bukan nanti depa cakap 'sah' ker? ;p

rina :)

Zareda Norman said...

zar pun tak pernah amik tahu hal zakat fitrah ni.. belum kawin abah uruskan.. lepas kawin hubby uruskan

Alimaz-Kembara Terasing said...

Salam... emmm saya pun tak pernah bayar fitrah...ekekekkekekek....

sahromnasrudin said...

salam maksu..trime kasih atas peringatan nie..
p/s: sy nak pastikan sy dh folo atau lum blg maksu ini..rupanya2 dah tapi camne leh tak termasuk dlm blog list sy..apepun, trime kasih sudi singgah dan komen di blog sy....

Jard The Great said...

hihihi... akad nikah la plak kalau pompuan yg berjabat ek... kelakar la plak..

relevan said...

Ha..nak berjabat tangan ni.. Salam Mak Su..

makdara TERDIVA said...

ni kali ke 4 baya sendiri..sob..sob!

aNIe said...

Hehehe...akak tak pernah pi bayar zakat...cik abang yg bayarkan...

Kalau kena berjabat tangan dgn amil...beruntung siapa yang jadi amil tu...hehehe

HEMY said...

sy pn pes time bayar zakat utk tanggungan..hehe

Mak Su said...

zar, kita relax jer

alimaz, oh... sapa payungkan?

sahrom, ada, hari tu maksu dah kabo dah, thanks lagik :)

jard, ahaks

relevan - err, tak mo, tak mo

makdara terdiva, sabo ya, itu maknanya independent :)

anie, saya leh tak jadik amil? oops! nak salam ngan mawi, ahaks

Mak Su said...

hemy, caiyuk caiyuk

GaDis CoMeL said...

sy pi bayar sendiri zakat fitrah since zaman sekolah menengah lagi.untungnya duduk kat kampung, boleh eratkan lagi silaturrahim.

sayangsayangibu said...

sya pun tak pernah bayar zakat sendiri, masa bujang ayah yg bayarkan, lepas tu dah kawen enpakwe lah pulak
Alhamdulillah enpakwe dah bayar zakat pada puasa ke -2

Rozita said...

tuan rumah sy belum lagi bayar zakat fitrah utk kami sekeluarga. biasa2nya minggu akhir nak Raya nnti..emmm..
gua tk ambik kisah pun..

en_me said...

baru bayar smlm.. ehehe

Tie said...

tie pun tak pernah bayah fitrah sendiri, dulu ayah bayarkan, sekarang ni abg pulak.

nabilah_2908 said...

sy pun tkpernh bayar zakat...biasanya ayah saya yg bayarkan...

erm...if kita dh bekerja..tp masih lagi duduk dgn family...if kita tk keluar duit pun tuk bayar zakat..ayah kita gak yg bayarkan..xpe ke kalau macam tu Maksu..?

ada org kata..bila kita dah ada pndapatan sndiri..maka kita sendiri yg kena bayar...

jom ke APA KATA HATI pulak,
OH SCARY..!!!

Cik Pah said...

bagunsye info..mana mak su dapat cerita cerita camni ek?

Peminat Katie Holmes said...

haha. Baru nak ambi tau pasal info nie lepas maksu buat entry...