Wednesday, August 18, 2010

Puasa 8: Petua-petua kita

Hari ni letak beberapa petua di sini, senang saya nak refer sekali-sekala, dua-kala ker, tiga-kala ker. Lagipun boleh anak-anak buat rujukan kot-kot saya dah 'blah' nanti, :)

Nombor 1, bawang merah, saya kerap sakit kepala, dulu dah kurang, tapi sekarang ni penyakit ni datang semula. Menurut pengirim emelnya, ambil seulas bawang merah belah dua, segera sedut aroma tengik bawang tu pakai straw hidung. Kemudian akan terasa perit buat sesaat dua tapi terus sedut aroma bawang tu, jangan menyerah kalah kepada bawang. Kita manusia, kita boleh penyek-penyek bawang sesuka hati, ingat, jangan menyerah kalah. Selepas 2 - 5 minit, insyallah sakit kepala akan hilang.

Nombor 2, memandangkan sekarang ni musim denggi merebak, apakata tukar kepada minum jus epal hijau untuk pesakit denggi yang payah nak kebah, ada juga dikatakan orang, ia lebih mujarab dari sup ketam.

Nombor 3, siapa kenal daun durian belanda angkat tangan? errr... ok, ok, turun tangan. Daun durian belanda ni ambillah barang beberapa helai dan cucilah dulu, blenderkan dengan air mati (air mati tu bukan air batu tau, aiyayaya), tapis dan bolehlah diminum airnya, kata orang, cara begini adalah untuk menangani penyakit kanser (p/s: tak perlu pergi ke belanda nak petik daun ni, kat belakang rumah dia pun ada, tu, dia tu... a'ah)

Nombor 4, kalau hubby ke pasar, tentu taugeh jadi pilihannya, buat masak lemak dengan tokua (betul tak ejaan ni) (tokua - tauhu. Tahu tak?). Yang makan kemudiannya, cuma saya dan dia. hahaha, budak-budak tu? semua tak nak makan sayur. tah hapa-hapa ntah.

a. adalah orang dah buat kajian, katanya taukeh taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia seperti canavanine (sejenis asid amino). Kanavanin ni katanya berupaya melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

b. Taugeh juga ada estrogen semulajadi. Awak ada estrogen tak? Haa.... estrogen taugeh ni dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis), ooooo...... nak makan taugehlah petang ni.

c. Buat orang wanita, taugeh boleh membantu menghindarkan dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Hah? mesti nak makan taugehlah

d. macam-macam lagilah, biarpun taugeh tu rendah, janganlah pandang rendah kat dia, sian dia tau..... tengok, sesiapa yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, yang ada lemak darah yang tinggi dianjurkan mengambil tauge dalam menu harian mereka. Padat dengan antioksidalah, jenis sayur yang buat anda tampak lebih mudalah (cepat-cepat pandang kat paksu chot...... oooooo), taugeh ni ada banyak serat dan air. Tak caya tengok kat taugeh, kan, ada kan.

Nombor 5 (eh! dah 5 dah??). Timun dan kentang tu, bukan boleh dibuat makan saja, tapi boleh buat masker untuk settlekan masalah parut jerawat. Timun tu tak buang kulit pun tak apa, tapi kentang tu dibuanglah kulitnya, parut halus kedua-dua bahan tadi altogether dan letak garam kunyit sudah lumat lalu tepekkan ke muka. Biarkan ia kering sendiri, orang putih kata room temperature, tak perlu taruh kat pendiangan dan lepas tu bolehlah dicuci dengan air bersih (bukan air sirap bandung ya).

Cukuplah ni, penat dah aku menaip, dahlah posa, letih jari-jemari ai. siku pun letih juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

27 comments:

alvin takda umah harga 8juta said...

nak cuba petua pertama tu jap lagi..

Mak Su said...

alvin, jgn ngap plaks ya.....

PnConfused said...

mcm singseh laa maksu nih...


Tabib MakSu...


bravo2

ejaMaria said...

Mak Su, kite nak tambah kegunaan daun durian belanda... kalau ada tikus kat rumah... letak daun durian belanda tu kat sudut yg dia suka lalu lalang / tpt keluar masuk dia... insyaAllah... dia tak datang dah... dia tak suka bau daun durian belanda tuh... :)

shasha said...

mak su..nak request petua awet muda...ada tak?

Mak Su said...

pnconfused... hah? tabib maksu? wakakaa, singseh tak per, jangan sekeh ;P

thanks ejamaria

shasha, errr, ratah togeh? takpun isap darah, tengokler vampire, mana ada tua. muda jer... ;p

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, hey....I still remember my mother would pound that bawang merah and rub behind our ears, forehead bila ada demam. But the smell....yeeeech!

Sayasuka no. 4....taugeh masak lemak tokua.....ini la tentu tiga pingan nasi lichin. Ha ha ha.

By the way, what about your famous sambal belachan handed down from Hang Tuah days? Ha ha.
If you make send me telegram....Lee.
Oh ya, simpan satu lagu dalam hati, L.

shahrul said...

petua yg bes bes bes..

=)

Mak Su said...

uncle lee tahu tokua? dahsatlah

shahrul - tq

en_me said...

rajinnyerr mak menaip kanns.. ekeke

ima said...

salam mak su...bagus ye petua2 ni semua...yg no 5 ima sendiri pernah amalkan..tp hanya guna timun sahaja...tp mak su, tu 10 tahun dulu..sekarang dah hampir terlupa..hhihi,tq ye berkongsi.

atty's said...

terimakasih maksu ..semua petua tu berguna..ya amat..

Yunus Badawi said...

Salam mak su,
Dah letak banyak2 petua esok boleh dibukukan.

nabilah_2908 said...

tersengeh sorang2 bila baca petua2 ni..hehe..

best la maksu..ada unsur2 humor di situ..x bosan bila baca.. ;)

rasa macam nk try je petua yg last.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HEADER IMPIAN

MOKCIK AZWA said...

ooo mokcik memmangg suker taukeh errr...taugeh hehehe

Ain said...

thanks sharing maksu.....

boleh terai satu dua petua ni....

Shifu67 said...

kena makan taugee banyak2 ni

syaf said...

wah hebat mak su,, petue2...bawang merah???arghhh

makdara TERDIVA said...

alamak! saya alegic bawang merah..camne ni???

tauge plak angin..sekarang pun dah berangin2 perut ni.. :(

tapi cayalah maksu..sume petua ni sy x penah dpt kat mane2 lagi..

Mak Su said...

erk... errr lupa nak kabo, petua2 dapat dari emel... hehehe, bukan dari mak saya ;)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice petua cepat berbuka je tak de

armouris said...

info tentang demam denggi di SIHAT SELALU - Demam Denggi Berdarah Membawa Maut

kal jis (im not carl zeiss) said...

Bagus la petua si mak su ni.. Thanks for sharing.. saya jugak peminat taugeh hehehe..

izman said...

petua yg sgt berguna dan boleh dipraktikan kerana tersangat la mudah.

terima kasih kerana kongsikan.

PutRee SeJiNjaNg said...

thanks for sharing dear...=)

CuTeMiUt78 said...

bagus2.. thanks maksu sharing petua2 ni... kot la nak guna senang nak di cari

Alimaz-Kembara Terasing said...

chopppp...rumah saya ada pokok durian belanda....hehehehhe