Friday, August 13, 2010

Puasa 3: eks

Pada tahun 1952, dia telah menukar surnamenya dari Little kepada X, katanya bukan dalam Bahasa Melayu, 'X adalah lambang kepada nama keturunan African Americannya yang tidak mungkin dia akan tahu'. Dan ada sambungan lagi di mana saya telah mengambil keputusan untuk bersikap malas dan biarlah sesiapa yang berminat carinya sendiri di laman sesawangnya (yang sebenarnya aku malas nak translate, har har har)

Malcolm X (atau nama lainnya ialah El-Hajj Malik El-Shabazz) dilahirkan pada sembilan belas haribulan Mei tahun 1925, di Omaha, Nebraska diberikan nama Malcolm Little.

Bapanya meninggal ketika Malcolm berusia 13 tahun dan ibunya pula dihantar menjalani rawatan di hospital mental.

Jika dibaca di laman sesawang, dapatlah diketahui bahawa Malcolm merupakan seorang kanak-kanak pintar dan sangat fokus, beliau merupakan seorang pelajar cemerlang. Beliau telah hilang minat untuk meneruskan persekolahan selepas guru kesayangannya menyatakan bahawa menjadi peguam bukanlah suatu cita-cita yang realistik untuk seorang negro.

Selepas ketiadaan orang tuanya, Malcolm berpindah ke rumah anak yatim ke sana ke sini dan telah terlibat dalam jenayah kenit di kawasan Boston dan New York (kenit sebab dia pun budak lagi masa tu, kalau jenayah besar, maknanya pelakunya adalah orang yang besar, oops! apa punya penerangan ler - ish, ini tak boleh pakai), lalu seterusnya Malcolm telah menjalani hukuman penjara selama 8 ke 10 tahun.

Tika dalam penjara, beliau menjadi ahli Nation of Islam, dan selepas dibebaskan dengan parol pada tahun 1952, beliau menjadi salah-seorang jurucakap juga salah seorang pemimpin kepada pertubuhan tersebut. Selepas sedekad dengan Nation of Islam, unfortunately wujud ketegangan antara Encik Malcolm X dengan Elijah Muhammad menyebabkan Malcolm mengambil keputusan untuk meninggalkan pertubuhan berkenaan pada tahun 1964.

Hidayah datangnya dari Allah subhanawataala, (sejuk rasa perut bila menyebut namaNYA dan dada seakan ingin memecahkan diri sendiri), walau bagaimanapun Encik Malcolm X terlibat dalam menginspirekan Cassius Clay untuk menjadi seorang Muslim dan seterusnya BERTUKAR! kepada Muhammad Ali.

Selamat jalan Malcolm X.

Malcolm X telah ditembak oleh 3 orang lelaki dari grup mana entah ketika sedang berucap dalam sebuah majlis di New York yang membawa kepada kematiannya iaitu pada tahun 1965, dua puluh satu haribulan dua.

Ketika masih bersama dengan Nation of Islam, Malcolm menyumbang dalam menaikkan angka mualaf dari 500 pada tahun 1952 menjadi 25 ribu pada tahun 1963. What a big number!

Rujukan Malcolm X dan wikipedia.

Terima kasih kepada joyahsport, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

24 comments:

HEMY said...

wah....informatif entri-entri pose mak su..hehehe

Mak Su said...

hemy, hehehe

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, ni saya datang nak wish you and all at home a pleasant bulan puasa.

Also, nak tanya you going to make rendang, ketupat for hari raya? And your World famous ayam goreng, sambal belachan? Ha ha....
Kalau say in Malaysia I sure give big hints nak datang visit you.....

You have a nice day, stay young and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

Rozita said...

mak su X :))

shahrul said...

fuh...hebat Malcom x ni eh rupenye....bagus info nih..

=)

Mak Su said...

timakasih uncle lee :)

rozita x

shahrul, gitu ler

CuTeMiUt78 said...

oh.. gitu ya.. :D selamat berpuasa mak su.. menu apa ari ni tuk berbuka

atty's said...

banyak jasa malcolm..nie..aty pun baru tau pasal ni .dr mak su .tq..

Cik Pah said...

hemmm.. tak pernah dgr pasal dia nih.. good info mak su

Mak Su said...

rina, kari ayam kot

atty, cik pah :)

~~ciklinn~~ said...

info menarikk baru... best baca...selamat berpuasa mak su

nabilah_2908 said...

hmmm lebih kurng mcm cerita mike tyson la kn,,..?

mereka mendapat hidaya semasa mereka dipenjarakan.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KEHEBATAN CINTA

makdara TERDIVA said...

pernah gak dengar cerita pasal Malcolm X ni..tp mat saleh memang x suka dgn negro2 ni..mentang2la dorang tu hitam..heh!

Mak Su said...

tq ciklinn

nabilah, a'ah

makdara terdiva, iya, mentang2 ler depa cerah, eleh....

julietchun said...

dia penah masuk penjara ke? baru tau.

MOKCIK AZWA said...

Malcolm X..aaa..mokcik suka baca ini sebab mokcik peminat sejarah hehehe.

pasni maksu korek citer mike tyson boleh?

GaDis CoMeL said...

good entri nih. ramai dok cerita pasal makan ja bulan posa ni, entri ni kira hat terbaekk la setakat ni.

Suzi said...

tq maksu berkongsi info.

berbuka apa hari ni maksu? trylah buat nasi jepun hehehehe....

sayangsayangibu said...

baguslah info maksu ni

selamat berpuasa ....
baby w puasa tak? ;p

kakpah said...

salam maksu..
dah buat juadah untuk berbuka?

Mak Su said...

julietchun, a'ah

mokcik, dah kat bawah nun

tq gadis comel :), sharing

suzi, tunggu saya beli beras dari nobita

kakpah, belum, esok lusa bolehlah kot

joyahsport said...

ala maksu ni...mention name joyah, malu jap..hik..

blog yg berinformasi n santai...so...i folo..hee..

Mak Su said...

joyahsport, oohh... alahai, forgot nak samarkan.... hehehe, thanks again

ckLah@xiiinam said...

Selamat menempuh hari ke 4 pula....