Monday, August 30, 2010

Puasa 20: Suka menulis

Itulah dia gambar quran bertulisan tangan, hasil kerja tangan Tuan Tulis atau nama asalnya ialah Ismail Jaaman. Gambar itu saya ambil dari blog ontahsapo. Dia telah pergi membuat lawatan ke makam Tuan Tulis yang terletak di di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid itu dikenali dengan nama Masjid Tuan Tulis Ismail.

Siapa Tuan Tulis ni? Beliau tak tulis blog, tapi sebaliknya Haji Ismail Hussin (nama sebenarnya) dikatakan lahir sekitar tahun 1840an di Kg Talang, anak yatim piatu; adalah seorang yang penduduk kampung yang sangat alim, dan diceritakan orang yang dia akan menulis kalimah 'Allah' pada daun, batang pokok juga pada batu, ketika mencari rezeki di hutan.

Satu perkara lagi, Tuan Tulis ni diberi jolokan Tuan Tulis kerana kerajinannya menyalin isi-isi kitab. Kitab I yang disalinnya ialah Tafsir Jalalain dan juga tafsir Al Quran 30 juzuk yang disimpan oleh Tuan Haji Ismail Hussein, iaitu imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang.

Pen yang digunakan oleh beliau dikatakan orang berasal dari bilah kabung segar dan dakwatnya adalah dari campuran arang & getah limau kasturi.

Beliau meninggal di tahun 1923, dan sempat mendirikan sebuah masjid yang masih kekal kini di Kg Talang. Beliau meninggal pada 10 ramadhan, selepas subuh ketika berusia 83 tahun.

Ada beberapa petikan cerita tentang kewaliannya di space ini, dan boleh sahaja membaca buku Tujuh Wali Melayu, tulisan En Abdul Ghani Said.

Selamat menyambut hari merdeka ke 53 tahun, Malaysia tanahairku tercinta, bangsa Malaysia berbudi bahasa, terus berjaya, Akhirat dijunjung dunia dikelek. Biarlah apa orang lain jiran tetangga nak kencohs, apa nak buat, mungkin masalah pms suka moody agaknya.... huhuhuh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Peminat Katie Holmes said...

getah limau kasturi?
menarik.

nottingham said...

cucu cicit haji ismail ni masih ada lagi tak? ada tak di antara mereka yang pandai dalam tulisan sebegini. amat menarik.

LiNda said...

Bagus..
dapat ilmu disini .

MERDEKA !

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

terima kasih bg info...

BUTTERANDBANANA said...

Maksu, Ramadhan yang mulia kian berakhir (jangan sia-siakan coz tahun depan belum pasti!)...insyaallah Syawal bakal menjelang tiba...Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

GDIZ said...

Dapat satu ilmu/pengetahuan hari ni. TQ maksu.

Mak Su said...

tq, sekadar perkongsian.

puan butter, lama x nmpk, bizi sokmo ek. aku siap2 nak 'the end' ler kot, entah bila-bila......

frwls said...

hebatnya dia.

kagummmm

PinQib said...

orng yng suke ktb ni.. orng berilmu.mcm hrun din