Thursday, August 12, 2010

Puasa 2: B E N A R

'yang berkata benar', adalah gelaran yang diberikan kepada Encik Abu Bakar, yang lebih dikenali dengan nama asalnya Abdul Ka'bah, bermaksud hamba Ka'bah.

Kemudian sahabat baiknya, Rasullullah menggantikan kepada Abdullah (hamba Allah), iaitu Abdullah bin Abi Quhafah sehinggalah beliau dikenali dengan nama Abu Bakar as-Siddiq.

Sebelum Khalifah Abu Bakar menjadi Islam, beliau merupakan seorang tokoh kaum Quraisy yang dihormati kerana keluhuran budinya, perangai-perangainya yang terpuji dan kekayaannya yang melimpah-ruah. Berasal dari keluarga bangsawan Quraisy yang kaya-raya dan muda 2 tahun dari baginda Rasullullah saw.

Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang shahih dari Aisyah, dia berkata: "Demi Allah, Abu Bakar as Siddiq tidak pernah melantunkan satu syairpun di masa Jahiliyah dan tidak pula dimasa Islam. Abu Bakar as Siddiq dan Utsman bin Affan tidak pernah minum minuman keras di zaman Jahiliyah".

Rasulullah menghargai hubungan persahabatannya yang akrab dengan Abu Bakar sejak zaman sebelum wahyu, dan Abu Bakar adalah orang ke-3 memeluk agama Islam selepas Saidina Ali dan Zaid bin Harithah (hamba kepada Rasulullah). Rasulullah bersabda, "Tak seorang pun yang pernah kuajak memeluk Islam yang tidak tersendat-sendat dengan begitu berhati-hati dan ragu, kecuali Abu Bakr bin Abi Quhafah. la tidak menunggu-nunggu dan tidak ragu ketika kusampaikan kepadanya."

Rasulullah sangat menyayangi Abu Bakar dan pengorbanan amat dihargai Baginda, "Islam tertegak diatas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu Bakr r.a".

Ketika orang lain menafikan pengalaman Rasulullah dalam peristiwa Isra, Abu Bakar berdiri teguh membenarkan kata-kata Baginda, "Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai".

Marilah kita perhatikan diri kita, jika kita bersahabat dengan seorang yang berlidah lurus dan tidak mengamalkan tipu-daya atau muslihat untuk kepentingan dirinya sendiri, kita tahu itu kerana kita kenal dia, adakah kita akan membenarkan sebagaimana tulusnya persahabatan Abu Bakar bin Abi Quhafah dengan Muhamad bin Abdullah [??]

Ada beberapa sumber menyatakan biografi Abu Bakar As-Siddiq, ini antaranya, (sumber 1) dan (Sumber 2).

Tambahan, menurut An Nawawi, Abu Bakar, MASUK ISLAM dengan sempurna....
wow!

Apakah kita, dari perut ibu ke dunia serba canggih ni, dan masuk pula Islam, dengan sempurna [??]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

Mr feckry said...

perjuangan para sahabt tiada tolok bandingannya

Cik Pah said...

insyaalah .moga jalan untuk beribadah itu di permudahkan

mamarempit said...

diri kite sendiri kadang2 gagal mem"benar"kan sifat sendiri...

kak ina kl said...

salam dan selamat berpuasa mak su..

kecian anak kecik tu...tapi biasalah budak-budak..bila tak kena tak ingat..dah kena baru jerit kuat-kuat..sakit ...sakit...

HEMY said...

apa maksud masuk islam dengan sempurna?

Mak Su said...

terima kasih sebab sudi baca :), mr feckry, cik pah, mamarempit, kak inakl, hemy.

hemy - suatu persoalan yang bagus, lalu mengapakah Abu Bakar as Siddiq itu dpt jaminan syurga, kan...

masuk Islam dengan sempurna, tak ada kira cincai, hati islam, batin islam, otak islam, akal islam, interest islam, hobi islam, solat islam, wuduk islam, zakat islam, mati islam... dll :)

Yan said...

mudah2an

Mak Su said...

yan, insyallah

shasha said...

byk sgt kekurangan diri ini mak su....sigh...

buka apa kita ari nih?

tiefazatie said...

salam pekenalan maksu...salam ramadhan dari ifa ye..=)

KAMATO said...

terlalu jauh antara kita dan para sahabat

arsaili said...

salam ramadan..selamat berpuasa mak su

en_me said...

salamm ramadhan maksu itteww..

T@sh Sch@ said...

maksu ...
rindu kat maksu ... banyak tol ilmu dapat arini ...

Tx ..
salam ramadhan ..

alvin takda umah harga 8juta said...

mak su..
kita yg lahir sbg islam blum tentu mencari islam..

adess...
sgt bagus entri ni..

SUZIE APAI said...

mekasih mak s...bg info...namun byk perlu dihuraikan lagi....

Mak Su said...

thanks semua, sudi lepak2 di sini.

suzie apai, saya sekadar tulis untuk suka-suka, jadi agak ringkas ler, hehehe