Sunday, August 22, 2010

Puasa 12: I let it die

Aku bersabar saja tau, siap dengan rendah hati lagi bila laki aku kata dia rindukan masakan mak dia, iaitu kari ikan sembilang dan kalau dapat ratah bahagian kepala, sedap sungguh katanya. Saja jer kan, nak buat aku terliur, tapi tak menetes-netes okeh sebab aku....

TAK MAKAN ikan sembilang mahupun ikan keli or cat fish or cat, err...... Katanya maknya akan menggiling rempah kari sendiri sebab MIL ni memang tak akan masak/makan rempah kari serbuk yang dibeli di kedai tak kira apa jenama pun. "Itulah yang powernya", kata paksu chot lagi.

MIL tak sihat, sejak serangan strok kira-kira matematik agak-agak 9 atau 10 tahun yang lalu, tangan kanannya sudah tak boleh berfungsi lagi, sekarang ni berjalan pun slow sangat, lemah saja, menyeret kaki. Lalu aku cadangkan, "suruhlah kak ipar abang masakkan kari ikan keli untuk abang", aku kan isteri penyayang dan waras, tentulah aku akan berikan cadangan bernas kepada laki aku, sila tepuk tangan, terima kasih, DAN laki aku pun setuju, selamaaaat aku.... hahahaha

Sebenarnya aku segan-silu nak mengaku pada paksu chot yang aku pernah let the ikan sembilang went dead begitu saja pada suatu ketika dahulu. Masa tu abang aku si A tu, bawa balik ikan sembilang, entah berapa ekor, dalam plastik, dia main passing macam tu saja kat aku, aku ni kan.... tak geng dengan dapur kaedahnya, jadi aku takut tengok ikan sembilang sekawan tu, tanpa melihat kepada mata-mata mereka yang mencerlang lalu aku cepat-cepat campakkan ikan sembilang tu ke dalam freezer peti ais refrigerator mak aku kat dapur tu, tapi sebelum tu, aku pastikan si A dah blah go away [takut kena leter].


Malamnya, dia tanya, "mana ikan sembilang tu?", aku beritahulah aku dah simpan ke dalam peti ais. Dorang punya berleterlah, tak sesuai sungguh kata mereka tentang treatment aku terhadap ikan sembilang yang malang tu..... siap suruh aku pergi kursus masak. Ada aku pergi?

Aku pergi kursus kahwin, hahahaa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

Shukri Mohd Ali said...

ikan bermisai...catfish. hehe.

elly said...

Dulu memang tak leh makan, sekarang dah jadi favorite plak...

kakngah said...

kite pun tak pernah msk ikn sembilang @ keli. xpndai la nak 'membela' ikn tersebut. pandai mkn je...

kakpah said...

kakpah pun tak suka ikan sembilang dan tak suka masak ikan tu gak. kepalanya sungguh menggerunkan aku..
sapa nak makan ikan sembilang, pergi restoren haha..

alvin takda umah harga 8juta said...

wa tgk muka ikan tu mcm gangster je mak su...

shasha said...

sembilang...haruan..keli...my favvy mak su!!
ayah saya tiap2 hari makan ikan sembilang goreng berlada pun dia tak heren...

Peminat Katie Holmes said...

woaaah.
ridnu sama ikan keli masak cabai.

Peminat Katie Holmes said...

woaaah.
ridnu sama ikan keli masak cabai.

Peminat Katie Holmes said...

woaaah.
ridnu sama ikan keli masak cabai.

LiNda said...

Tepuk-tepuk ! amai-amai...
Bijak sungguh cara perkiraan maksu
sibbaik paksu malas nak fikir
maka diterima cadangan bulat2.
hahahaha

Time tuh kalau Abang A tahu maksu gi daftar Kursus kawen .
sure dia meroyan histeria !
ekekee

Shifu67 said...

ni lagi sorang.... tak baik tau tunjuk gambar tu,,, air liur aku cair

noorlara said...

Maksu,
pekabo lama tak jenguk menjenguk. Namapknye kita serupa tak makan dan tak reti nak masak ikan sembilang. Akak pernah simpan ikan sembialang tu hingga 4 bulan dalam iebox, penyudahnye...paam paam le.
Selamat berbuka..

PnConfused said...

maksu...


sy pandai sgt2... makan...

masak?? hohohoh.. pegang pun geli, keh3

kal jis (im not carl zeiss) said...

Aaa... sy ikan bermisai aka keli baru je stop makan sbb kebelakngan ni kesihatan agak sensitif makan ikan sungai.. hehehe.. Doc suh mkn ikan laut itupun yg trtentu je :P

Yan said...

yan sangat suke makan ikan keli... tp ikan sembilang tak penah lg kot.. haha ekceli yan ni bukan kenal ikan sangat..

tp untuk menyiang ikan keli mmg takla,.. slalu beli dah siap siang.. tgl balik basuh2.. lumur kunyit garam then goreng.. buat goreng2an jek.. tak penah lg wat lauk pauk

frwls said...

sembilang masak asam pedas. pergh meletuppp!!!

joyahsport said...

ngeri lak tgk gambo ikan tu..
..
..
kih..kih..kursus kawen ek..

roslaini saad said...

Salam..
kari ikan sembilang...aduhh..cecur air liur..memang sedap...saya kalau balik kampung, mesti nak cari ikan sembilang dan buat kari....sedappppp.....

Dinas Aldi said...

Mak saya buka langkah silat kalau kena masak ikan sembilang & ikan2 bermisai lain. saya lagi bagus, langsung tak reti, kehkeh! tapi saya suka makan gulai sembilang so pi beli kat kedai ja yg dah siap masak.

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, ikan sembilang? Looks very delicious. But never eaten before.
But it sure looks delicious.
You have a pleasant buka puasa, Lee.

gee ryder said...

mesti sdp sgt tu kalo rempah pun buat sendiri

m.q said...

hihihi...kelako betol