Friday, August 20, 2010

Puasa 10: Nogori Somilan

Dah 10 hari puasa, barulah nak bercerita tentang negeriku, N9 (nogori somilan). Kato orang kampung den, curiosity kill the cat, tapi tak kill me sebab kenalah kita belajar tepis-menepis, insyallah......

Maklumlah hari ni katanya nak cerita tentang martial art selepas tertengok budak jantan rambut pacak tu, a'ah, yang cari telur naga tu, tadi malam.... tengok tak?

Masa aku kecil-kecil dulu kalau nak pergi ke rumah uwan mesti lalu di samping (di tepi) Jalan Datuk Siamang Gagap, aku selalunya tak tahu samada nak hairan atau nak hairan dengan nama itu. Sampai sekarang pun aku begitu, hairan bin hairan binti ajaib.

Kenapa siamang gagap? why? why..? tell me why? tell me, tell me (takut plaks nak tanya banyak kali, takut kena lempang dengan bloggers yang nak tahu cerita selanjutnya, hahaha)

Jadinya di dekat Jalan Datuk Siamang Gagap ni ada pusat membeli belah centre point, dan kalau kita jalan terus sampailah kita ke rumah arwah uwan kita di Ampangan Blok A.

Seperti yang kita telah baca di blog Pak Latip iaitu novelis cerita-cerita sejarah tu, salam hormat buat Pak Latip :) , adalah diceritakan orang bahawa pernah wujud seekor siamang di Seri Menanti dan penduduk kg menganggapnya keramat kerana ia akan berbunyi tatkala ada musuh hendak datang menyerang. Oleh kerana bisingnya bunyi siamang itu, penduduk dapat bersedia menghadapi bala mendatang. Please take note that siamang di dalam cerita ini adalah gagap bila berbunyi (hari ni nak lawat Pak Latip di wall FBnya). W/bagaimanapun, tidaklah panjang umur si siamang gagap itu, matilah ia jua akhirnya.

Jadi, itulah kisahnya asal-usul penggunaan nama Siamang Gagap, makanya difahamilah bahawa biarpun hanya seekor animal, siamang pun ada kebaikan dalam ciptaannya oleh Yang Maha Esa.

Seterusnya, gelaran Panglima Siamang Gagap telah dianugerahkan oleh Yamtuan Seri Menanti kepada Kahar bin Haji Mukmin atas jasanya menyelamatkan Seri Menanti dari serangan orang-orang Rawa. Beliau lahir di Repah pada tahun 1817 iaitu tempat ini berdekatan dengan Tampin. Kahar adalah seorang anak kecil yang lincah dan cerdik tapi ada kekurangan iaitu dia gagap, lama kelamaan dia dapat mengatasi masalahnya. Dia pernah berguru dengan Tok Kali Singa dalam bidang agama sebelum ke Patani menyambung lagi belajar ilmu agama Islam dan juga ilmu persilatan, almarhum kemudian ke Minangkabau menyambung lagi belajar ilmu persilatan.

Kahar ini dikenali dengan nama Pendekar Siamang Gagap, dan beliaulah yang memimpin angkatan perang melawan orang-orang Inggeris di Bukit Putus pada 25/11/1875, malangnya angkatan perang pimpinan Datuk Siamang Gagap ini telah dikalahkan oleh kerana faktor bilangan askar Inggeris yang ramai juga mereka ada meriam.

Okey, itulah saja yang aku nak tahu, kenapa nama Datuk Siamang Gagap, rupa-rupanya ia adalah nama gelaran yang diberikan kepada Kahar b Haji Mukmin, orang Repah yang mana pabila diteruskan pembacaan di blog Pak Latip ni didapati bahawa Kahar telah meninggalkan tanah kampungnya, tapi ke mana tidak pasti kerana tidak ada rekod. Adakah beliau ke Pahang? (menukar nama kepada Datuk Bahaman? menyertai grup Datuk Bahaman?), ke Kajang? ke Bahau?

Untuk tahu lebih lanjut, jangan tanya saya hehehe ;)

Oleh itu, marilah mengimarahkan ramadhan dengan pegi join terawih di masjid, surau ;D

p/s: ramai lagi pahlawan-pahlawan Melayu yang tidak berapa ku kenal tapi aku akan find out.... tungguuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

kella said...

ooohhhhhh.... pdkar siamang gagap.. begitu critanya..

:) selamat berpuasa untuk maksu..

ikan emas said...

Salam Ramadhan,

IE percaya ramai g org nogori yg tak tau sejarah Dato Siamang Gagap ni..

p/s : tiap hari melalui jalan siamang gagap ..tak plaks jumpa siamang !..centre point adalah !

LiNda said...

Oooo...camtuh
dulu penah duk jelebu
lalu lalang ke seremban
selalu baca papantanda dia
baca jek !
hari ini baru tahu sejarah .

Fariza said...

Maksu,bila terbaca dato' siamang gagap...mcm penah dengar atau terbaca..baru teringat tiap2 bulan saya tulis alamat kat slip courier service(hantar cek zakat NS)...hehehhe....masa mula2 tulis dulu tergelak jugak...

makdara TERDIVA said...

menarik nama2 tu..kat perak pun banyak gak..tp masih x khatam sejarah perak..adoii!

Mak Su said...

kella, slmt berpuasa

IE hahaha

Linda, :)

fariza, oh...tapi biasa pegi ke center point tak?

makdara terdiva, nanti saya akan cuba korekkan ya :)

Rozita said...

ish..udah rasa mcm menyambut hari pahlawan aje mak su oiii

Rozita said...

ish..udah rasa mcm menyambut hari pahlawan aje mak su oiii

Fariza said...

Saya selalu tulis alamat je..tak penah pun sampai sana sebab tempat keje saya kat klang....mau sesat agaknya klu kena kesana..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

KOMEN LARI TAJUK~

sebut pasal N9 tingin plak nak makan masak lomak cili padi

Mr PenyuBiru said...

orang dulu² mmg hebat.

Yan said...

kg den kek labu mak su

Mak Su said...

rozita, heh heh

fariza, oh.... ingatkan menetap kat situ ;)

gadis kg separa bdr - mmg sodap

mr penyu :)

yan, oh.. adik ipar saya dok kat labu :)

syaf said...

denm orang rembau pown x taw pasal siamang gagagp ni...ponah dongar yo..ngee

Mak Su said...

syaf, hahaaha ;p

HEMY said...

mu mu mu mummm mummm mussuuuuhhhhh!!!!

jerit siamang itu

Mak Su said...

hemy .... hep ;p

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

orang dulu memang gitu tak sama orang sekarang

shasha said...

tengah bayangkan macam mana bunyi siamang gagap...